1,522 Permohonan Diterima Dari Januari Hingga Mac 2010

Shah Alam – Kerajaan Negeri menerusi Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan menghadiahkan RM1,000.00 kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Diploma dan Ijazah Sarjanamuda di IPT sama ada di dalam negara mahupun di luar negara bergantung kepada syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak Urus Setia HPIPT.

Merujuk kepada statistik permohonan Hadiah Pengajian IPT, semenjak program berkenaan diadakan mulai 1 Julai 2008 sehingga 31 Disember 2009, sebanyak 13,648 borang permohonan telah diterima oleh pihak Urus Setia. Daripada jumlah tersebut sebanyak 9,581 permohonan layak menerima hadiah RM1,000.00 manakala sebanyak 4,067 permohonan tidak layak untuk dipertimbangkan atas sebab tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Status permohonan bagi 1 Januari 2010 hingga 29 Mac 2010 pula, sebanyak 2,394 permohonan telah diterima. Daripada jumlah tersebut, permohonan yang layak adalah sebanyak 1,522 permohonan manakala permohonan yang tidak layak adalah sebanyak 569 permohonan dan selebihnya adalah permohonan tidak lengkap iaitu sebanyak 303 permohonan.

Para pelajar dan ibu bapa datang mendaftar untuk Hadiah Anak Masuk IPT

Menurut pihak Urus Setia Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) permohonan yang tidak layak untuk dipertimbangkan adalah disebabkan kelahiran di mana salah seorang di antara pemohon ataupun ibu bapa tidak lahir di negeri Selangor, pendapatan ibu bapa pemohon telah melebihi RM1,500.00. Syarat utama bagi permohonan hadiah Anak Masuk IPT ini adalah pendapatan ibu bapa pemohon mestilah kurang daripada RM1,500.00.

Selain daripada itu, faktor permohonan yang tidak layak adalah dari segi peringkat pengajian di mana, hanya peringkat Diploma dan Ijazah Sarjanamuda sahaja yang layak untuk memohon manakala pengajian peringkat Sijil, Matrikulasi, Master dan PHD adalah tidak layak untuk dipertimbangkan.

Disamping itu juga, pemohon mestilah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai sesi Julai 2008 ke atas sahaja yang layak untuk memohon sekiranya permohonan dibawah sesi Julai 2008 adalah tidak layak dipertimbangkan dan Pemohon perlu mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPTA/ IPTS, sekiranya didapati permohonan berkenaan adalah secara separuh masa maka ianya tidak layak untuk dipertimbangkan. Bagi pemohon yang tidak layak, surat maklum balas akan dihantar kepada pemohon melalui alamat yang tertera pada borang permohonan.

Pemohon-pemohon yang telah memenuhi syarat layak terima hadiah

Bagi borang permohonan yang tidak lengkap adalah disebabkan tiada salinan lampiran dokumen sokongan yang diperlukan serta salinan dokumen sokongan tersebut tidak mendapat pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Profesional) dan Surat Perakuan Pendapatan (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) hendaklah diperakukan oleh ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung sahaja

Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat maklum balas menyatakan borang permohonan tidak lengkap akan di poskan beserta borang permohonan tersebut bagi meminta pemohon melengkapkan semula permohonan berkenaan. Dianggarkan sebanyak 700 permohonan yang diterima setiap bulan. Ini menunjukkan rakyat Selangor menyambut baik program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Kita sedia maklum, apabila pelajar ingin melanjutkan pengajian di peringkat IPT, ianya memerlukan kos yang tinggi. Oleh yang demikian, Ianya bertetapan dengan program Hadiah Pengajian IPT ini, di mana hadiah yang diberi sebanyak RM1,000.00 dapat digunakan oleh para pelajar untuk menampung kos yuran kemasukan, perbelanjaan dan sebagainya bagi meringankan beban keluarga.

Selain daripada itu, tujuan kerajaan melalui program ini adalah untuk menghargai dan meraikan pelajar-pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT setelah berusaha bersungguh-sungguh di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap rakyatnya.

Diharap, rakyat Selangor dapat menafaatkan kemudahan yang diberi bukan sahaja dari Program Hadiah Pengajian IPT, malah dari Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang lain.

Penerima-penerima hadiah RM 1,000.00
Admin1

Leave Comment :