Blog

Pertandingan Unimaker, UNISEL layak mara peringkat kebangsaan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 OKT: Dua kumpulan pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat dari Universiti Selangor (UNISEL) layak mara ke peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Unimaker, yang berlangsung semalam di Universiti Sultan Zainal Abidin.

Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan berkata, Unimaker adalah pertandingan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi fokus dalam penghasilan teknologi masa depan.

“Dalam pertandingan tersebut, dua kumpulan yang mewakili UNISEL berjaya meraih tempat keempat dan kelima.

“Bagaimanapun, seluruh warga UNISEL mengucapkan setinggi tahniah kepada dua kumpulan pelajar tersebut yang sudah mengharumkan nama universiti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasril berkata, pasukan itu diketuai Mohamad Hafiz Che Hamid mendapat tempat keempat berjaya mencipta aplikasi Jom Q manakala, kumpulan kedua yang diketuai S Thennaran pula berjaya mencipta Mini Hidropower sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan RM4,000 dan RM3,000.

“Menerusi kemenangan itu, kedua-dua pasukan UNISEL tersebut layak ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 23 dan 24 November ini di Universiti Malaya.

“Semoga kejayaan yang dicapai menjadi inspirasi buat semua warga UNISEL,” katanya.