Blog

EXCO gesa bakal usahawan kuasai perniagaan dalam talian

OLEH NADIAH ZAMLUS

DENGKIL, 13 OGOS: Bakal usahawan menerusi Program Blueprint disaran menguasai penggunaan internet bagi melebarkan perniagaan dalam talian seiring perkembangan dunia digital.

EXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, ini kerana hampir semua urusan perbankan daripada urusan memesan makanan sehingga membeli keperluan dapur kini, dilakukan secara dalam talian.

“Mahir perniagaan dalam talian ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan diri dan keluarga malah ia membantu usahawan terbabit menikmati kehidupan yang lebih selesa.

“Ubahlah konsep perniagaan sedia ada dengan mencari ilmu supaya usahawan berpotensi menjana lebih banyak pendapatan,” katanya.

V Ganabatirau ditemani Borhan Aman bergambar bersama penerima bantuan peralatan Program Blueprint Pembasmi Kemiskinan Daerah Sepang. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Bagi Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Daerah Sepang 2019 di Dewan Orang Ramai Dengkil, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah, ADN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah dan Pegawai Daerah Sepang, Mohd Yazid Sairi.

Terdahulu, seramai 73 penduduk Sepang menerima bantuan pelbagai peralatan bernilai RM301,250 antaranya mesin jahit, peti ais, dapur memasak dan mesin pemerah santan.

Ganabatirau berkata, sehingga kini Kerajaan Negeri meluluskan 290 permohonan untuk sembilan daerah membabitkan peruntukan RM1.1 juta bagi bantuan peralatan mesin menerusi Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan.

Nor Azni Abdul Rahman, 53 menerima bantuan mesin jahit sulam daripada Kerajaan Negeri menerusi Program Blueprint Pembasmi Kemiskinan Negeri Selangor.
Sumbangan disampaikan oleh V Ganabatirau di Dewan Orang Ramai Pekan Dengkil Sepang pada 13 Ogos. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.

“Namun buat julung kalinya Sepang mengungguli daerah-daerah lain dengan menerima peruntukan paling tinggi iaitu sebanyak RM301,250 serta merupakan penerima yang paling ramai diluluskan permohonannya.

“Semua ini hanya demi memastikan rakyat di daerah Sepang dapat turut sama menikmati bantuan atau insentif dari pada Kerajaan Negeri,” katanya.