30 Peserta Ikuti Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK)

YB Dr Daroyah Alwi hadir merasmikan Program Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) anjuran Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & keluarga Negeri Selangor yang dijayakan bersama Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Seramai 30 orang peserta terdiri dari suri rumah yang mengasuh anak-anak atau ‘Baby Sitter’ di rumah diberikan peluang mengikuti kursus penjagaan dan pelbagai aspek untuk menjaga anakanak asuhan mereka dirumah. Ini bagi meningkatkan kualiti penjagaan anak-anak ini di rumah dengan lebih baik di Negeri Selangor.

Setiap tahun sebanyak 4 siri program dianjurkan dengan kapasiti setiap siri adalah 30 orang yang diberi peluang mengikuti kursus ini secara percuma. Sehingga kini hampir 500 orang Pengasuh di Rumah telah berjaya mengikuti kursus KIPK anjuran kerajaan Negeri Selangor ini.

Admin1