HIJRAH-SELANGOR-NEW-1170x550

30,813 peminjam HIJRAH sehingga 16 Ogos

SHAH ALAM, 3 SEPT: Skim pembiayaan mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) mempunyai 30,813 peminjam berdaftar dengan pembiayaan berjumlah RM231,343,500 sehingga 16 Ogos 2017.

Dipecahkan mengikut tiga zon, zon 1 yang terdiri daripada cawangan Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Shah Alam, Sungai Besar dan Tanjong Karang mempunyai peminjam teramai berjumlah 13,591 dengan pembiayaan RM93,057,500.

Diikuti Zon 2 terdiri daripada cawangan Ampang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Pandan, Puchong, Sepang dan Serdang mempunyai 8,812 peminjam dengan pembiyaan berjumlah RM71,242,500.

Manakala Zon 3 yang terdiri dari tujuh cawangan dengan RM63,371,500 melibatkan 8,410 peminjam.

Mengikut pecahan cawangan, Kapar mempunyai jumlah peminjam tertinggi seramai 1,956 orang diikuti Sepang (1,919) dan Sabak Bernam (1,866).

Bagi menambahbaik skim itu, Kerajaan Selangor bakal memperluaskan tawaran pembiayaan modal perniagaan kepada golongan mahasiswa berkelayakan.

Dana khas di bawah Skim Hijrah Selangor itu bakal membuka tawaran kepada mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) sebagai saluran bantuan permodalan kepada mahasiswa yang ingin memulakan perniagaan.

=EZY= OLEH SYAZWANI SUFIAN(selangorkini.my)

Admin2

Leave Comment :