6,180 belia terima manfaat Insentif Perkahwinan Belia

cp2a9386-800x533-500x333

SHAH ALAM, 2 OGOS: Seramai 6,180 belia menerima manfaat Program Insentif Perkahwinan Belia setakat April 2016, melibatkan peruntukan berjumlah RM3.09 juta.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata seramai 3,802 daripadanya beragama Islam sementara 2,378 lagi merupakan bukan Islam.

“Insentif kepada golongan belia ini selari dengan matlamat Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli.

“Ia juga merupakan satu inisiatif mensejahterakan rumahtangga dan keluarga di Selangor,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib berhubung program berkenaan.

Amirudin berkata, sejak diperkenalkan pada 2013, sejumlah 11.3 juta dibelanjakan bagi menjayakannya dengan lebih 26,000 belia menerima manfaat.

Pada 2013, seramai 5,952 peserta dengan peruntukan RM1.19 juta, tahun berikutnya meningkat kepada 6,451 peserta (RM3.2 juta) dan pada 2015 pula seramai 7,555 peserta (RM3.7 juta).

OLEH LIZAWATI MADFA

EZY

Admin1

Leave Comment :