Agih 10 Peratus Keuntungan Pasir Kepada JKKK

rajaan Negeri bercadang akan mengagihkan 10 peratus hasil keuntungan perlombongan pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) kepda seluruh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengagihan itu akan dibuat akhir Disember ini selepas akaun kumpulan berkenaan ditutup dan diaudit.

“Walaupun belum dua tahun KSSB beroperasi ia telah menunjukkan keuntungan dan kita bercadang akan mengagihkan 10 peratus daripada keuntungan itu kepda seluruh JKKK di Selangor.

“Ianya sebagi satu elaun tambahan dalam bentuk bonus kerana KSSB telah menjalankan operasi melombong pasirdi kawasan mereka dan keuntungan itu akan diterjemahkan kepada rakyat,”katanya.

Beliau berkata pengagihan ini akan melibatkan 6,705 ahli JKKK di kampung-kampung termasuk Kg Bagan, Kg Baru dan Kg Tersusun.

Menurut Tan Sri Abdul Khalid , ia adalah satu cara kerajaan Selangor memulangkan keuntungan yang diperoleh kepada para pemimpin di peringkat akar umbi yang sanggup berkhidmat dengan elaun bulanan sebanyak RM 450.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga mengagihkan sejumlah peruntukan kepada ketua-ketua kampung untuk menjalankan projek menaik taraf infastruktur di kampung mereka.

“Jika ada banyak lagi keuntungan kita akan jalankan program-program di kawasan-kawasan sana dalam bentuk pemberian tempat permainan, tadika, pembaikan tempat-tempat oarang ramai dan sebagainya,”katanya.

9 Mac 2010, Sinar Harian

Admin1

Leave Comment :