Ahli TAWAS kini 251,354

SHAH ALAM, 2 DIS: Seramai 251,354 anak kelahiran Selangor berjaya mendaftar sebagai ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak dilancarkan pada Jun 2008.

Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 251,094 ahli masih hidup sementara 260 sudah meninggal dunia.

 Pendaftaran tertinggi dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan.

tawasSementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,32o sahaja.

Bagi 2016, lebih 18,000 permohonan diterima, namun 15,262 yang lulus, sehingga hari ini.

Dalam perkembangan lain, seramai 113,410 ahli sudah menerima penyata, manakala baki 135,684 belum.

Setiap ahli TAWAS layak menerima RM1,500 apabila mereka mencecah usia 18 tahun.

Bermula Mac 2014, Skim Khairat Kematian TAWAS pula diperkenal iaitu waris bakal menerima RM1,500 sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh ke laman sesawang TAWAS di http://www.tawas.org.my.

OLEH NAEEM RAFFI

-nR-

Admin2

Leave Comment :