Ekonomi kukuh, Selangor terus ‘dicemburui’

KUALA SELANGOR, 23 JAN: Walaupun difitnah pihak tertentu, pentadbiran Selangor terus kukuh memacu hala tuju kemajuan negeri dengan penuh konsisten dan berdaya saing. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dakwaan negatif terhadap Kerajaan Selangor dilempar ekoran perasaan cemburu pihak tertentu terhadap kejayaan dikecapi negeri itu. “Setiap hari, setiap malam kita diserang. Tetapi saya cukup berasa bangga saya kerana saya masih boleh berdiri tegak untuk memaklumkan Selangor kekal negeri paling tinggi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. “Sebab itu ramai yang cemburu. Kita diserang, tetapi dengan keyakinan yang ada pada pucuk pimpinan negeri, kita akan terus membangunkan Selangor dan

KISS bukan untuk rokok, gincu

SHAH ALAM, 23 JAN: Pasar raya dan kedai berdaftar di bawah program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tidak dibenarkan menjual peralatan kosmetik dan rokok kepada penerima skim berkenaan. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, arahan berkenaan berkuat kuasa serta-merta kepada lebih 500 pemilik kedai berdaftar. “Saya sudah keluarkan arahan kepada semua pasar raya, jika ada ibu yang datang nak beli rokok untuk suami, jangan benarkan. “Itu arahan menteri besar. Rokok tidak boleh, gincu juga tidak boleh. Kelengkapan lain, boleh kita pertimbangkan,” katanya. Terdahulu, Mohamed Azmin merasmikan program KISS di bawah peruntukan RM72 juta bagi meningkatkan status sosio

KISS bantu, GST miskinkan rakyat

KUALA SELANGOR, 23 JAN: Pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tepat pada masanya tatkala ekonomi semakin tenat, pada masa kini. Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, KISS mendapat sambutan luar jangkaan ekoran ramai dalam kalangan penerima skim berkenaan dibelenggu kos sara hidup tinggi. Katanya, situasi itu berbeza dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan Kerajaan Persekutuan yang menyebabkan semakin ramai rakyat menjadi papa kedana. “Semuanya berpunca daripada pelaksanaan GST menjadikan harga barangan semakin tinggi dan rakyat terhimpit dengan bebanan membeli barang keperluan,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran KISS, di Padang

Rebut peluang mohon KISS

KUALA SELANGOR, 22 JAN: Pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membuka peluang kepada seluruh wanita, khususnya golongan ibu, di negeri ini untuk memohon skim terbabit bagi meringankan beban. Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, beliau berharap lebih ramai wanita mahupun golongan ibu memohon KISS, pada masa akan datang. “Peluang emas begini tiada di mana-mana negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan, jadi saya harap golongan wanita mulai sedar dan ambil peluang memohon KISS. “Saya rasa terharu kerana Kerajaan Negeri mengiktiraf status dan sumbangan golongan wanita dan ibu, di Malaysia dengan mewujudkan program yang

KISS: Inisiatif RM72 juta, Selangor dahului komitmen bantu wanita

KUALA SELANGOR, 22 JAN : RM72 juta diperuntukan Kerajaan Selangor bagi membantu meningkatkan martabat wanita dan golongan ibu menerusi pengenalan inisiatif berkebajikan, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor mendahului negeri lain dalam membantu merancakkan agenda pembangunan wanita di negara ini. Beliau berkata, komitmen itu seiring matlamat yang digariskan dalam Dasar Wanita Selangor, bertujuan meningkatkan status sosio ekonomi dan autonomi wanita terpinggir. “Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri mengiktiraf setiap ibu yang layak untuk menerima bantuan sebanyak RM2,400 setahun, atau RM200 setiap bulan. “Peserta KISS mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak

KISS: Sinar baru buat ibu Selangor

KUALA SELANGOR, 22 JAN: Pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diyakini mampu membawa sinar baru kepada golongan ibu, di negeri ini. Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, inisiatif berkenaan dilihat relevan ketika golongan itu terus terbeban dengan pelaksanaan dasar yang menekan rakyat, di peringkat Persekutuan. Beliau berkata, menerusinya penerima boleh membeli keperluan makanan dan perlatan serta kelengkapan, di pasar raya berdaftar. “Jadi tidak hairanlah selepas KISS dibentangkan, tular di media sosial dengan jelas ada pihak yang cemburu dengan pelaksanaan berkebajikan, di Selangor. “Hakikatnya, dasar ini dilihat mampu memberi sinar baru kepada golongan ibu,

KISS tepat masanya, bantu hadapi cabaran ekonomi

SHAH ALAM, 20 JAN: “Apabila melihat kepada permohonan daripada golongan wanita khususnya ibu tunggal, saya sangat sedih,” luah Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan keluarga, Dr Daroyah Alwi. Hal itu kerana pendapatan yang mereka terima sangat sedikit berbanding tanggungjawab yang dipikul golongan itu. Katanya, ada dikalangan ibu tunggal memelihara enam hingga tujuh orang anak dengan hanya berpendapatan kira-kira RM1,000 sahaja. “Jadi, pada saya langkah Kerajaan Negeri mewujudkan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sangat bertepatan. “Ketika ekonomi sangat mencabar ini, mereka sangat memerlukan kita sebagai pihak kerajaan untuk membantu mereka,” katanya. Beliau berkata permohonan KISS itu kini terdiri daripada

KISS terima sambutan luar biasa

SHAH ALAM, 17 JAN: Bakal dilancarkan pada 22 Januari ini, program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) menerima sambutan luar biasa apabila hampir setiap kawasan DUN menerima lebih 1,000 permohonan. Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, walaupun Kerajaan Negeri hanya menetapkan kuota 500 permohonan di setiap DUN, namun pejabatnya masih menerima permohonan baru sehingga kini. “Kalau ikot kuota, kawasan saya memang tidak cukup sebab masih ramai pemohon berpendapatan rendah dan sederhana rendah. “Justeru, saya berharap Kerajaan Negeri boleh meluluskan untuk memberi kuota bagi kawasan DUN yang masih tidak penuh kepada kawasan yang lebih memerlukan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Selgate yakin pendaftaran Skim Peduli Sihat terus meningkat

SHAH ALAM, 17 JAN: Kumpulan Selgate optimis meningkatkan jumlah pendaftaran Skim Peduli Sihat bagi 2018, selain mensasarkan lebih banyak pembayaran tuntutan daripada klinik panel berdaftar setiap bulan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Hisyam Ghouth berkata, sehingga 31 Disember 2017, seramai 286,667 keluarga atau 1.147 juta orang sudah mendaftar dan ia melepasi sasaran awal 250,000 keluarga, di Selangor. “Sepanjang 2017, kita sudah membuat bayaran balik tuntutan berjumlah RM11.3 juta kepada klinik yang berdaftar dengan program ini. “Untuk tahun ini, kita akan teruskan dan sekarang pemahaman masyarakat terhadap program ini lebih mendalam dan saya jangka penggunaan akan lebih banyak selepas ini,” katanya kepada

Dua pusat pendidikan khas terima sumbangan EIP

SETIA ALAM, 15 JAN: Kerajaan Negeri berbesar hati menyerahkan sumbangan RM200,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia (NASOM) Negeri Selangor dan Pusat Pendidikan Khas Minda. Setiap pusat pendidikan masing-masing menerima sumbangan RM100,000 menerusi Program Intervensi Awal (EIP) yang diserahkan sendiri Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi di Pusat Terapi NASOM Setia Alam. NASOM diwakili Naib Pengerusi, Datuk Chuah Ching Wah manakala Pusat Pendidikan Khas Minda diwakili Penasihat Kokurikulum, Muliani Abu Bakar. Daroyah dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta untuk program EIP yang dimulakan sejak tahun lalu. Beliau turut menyeru lebih banyak pusat pendidikan kanak-kanak