‘Smart Bus Stop’ bakal diperkenal Oktober ini

BAS-SMART-SELANGOR-MBSA

SHAH ALAM, 19 SEPT: ‘Smart Bus Stop’ yang dilengkapi kemudahan aplikasi dalam talian akan diperkenalkan, pada Oktober ini. Pengurus Projek Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Mazlan Mahadi berkata, sebagai permulaan hanya beberapa lokasi dipilih sebagai perintis kepada perancangan itu menjelang tahun depan. Katanya, satu sistem pengawasan bas menerusi pusat kawalan akan turut diperkenalkan bersama pelancaran aplikasi itu nanti. “Pengguna boleh mendapatkan maklumat lokasi hentian terdekat dan laluan bas, sekali gus menjimatkan masa. “Hasil perkongsian maklumat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kami juga sedang memajukan sistem pengesan bas yang membolehkan pengguna membuat aduan secara terus. “Ia membabitkan cara pemanduan, kejadian tidak

Hampir 41,000 peniaga terima pembiayaan HIJRAH

HIJRAH-SELANGOR-NEW-1170x550

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kira-kira 41,000 peniaga kecil menerima manfaat daripada skim mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) bagi mengembangkan perniagaan masing-masing. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Mohamed Azmin Ali berkata, peningkatan memberangsangkan itu turut mendorong pertumbuhan ekonomi usahawan, sekali gus meningkatkan pendapatan mereka. “Selangor sebagai kerajaan peduli rakyat akan terus membantu peniaga ini untuk meningkatkan operasi perniagaan mereka,” katanya ketika sesi dialog Malaysia Baru bersama Dato’ Menteri Besar, di Muzium Sultan Alam Shah, di sini, pada 16 September lalu. Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri turut menimbang menambah jumlah kewangan bagi pembiayaan skim terbabit dan akan diputuskan jika wujud keperluan untuk

Warga emas perlu ambil peluang daftar SMUE

SMUE-1170x550

SHAH ALAM, 8 SEPT: Rakyat di Selangor berusia 60 tahun ke atas disarankan mendaftar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi memastikan bantuan RM2,500 dapat disalurkan kepada waris terdekat untuk mengurangkan kos pengurusan kematian. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, sekiranya mereka sudah melepasi had umur tetapi tidak mendaftar, ia akan menimbulkan kesukaran menuntut wang pendahuluan RM1,000. “Apabila meninggal dunia, waris boleh menuntut di Pusat Khidmat DUN dan RM2,500 dibayar dalam dua fasa. “Fasa pertama waris akan menerima RM1,000 dan baki akan dibayar dalam fasa kedua,” katanya laporan Sinar Harian. Menurutnya, bantuan tersebut dapat digunakan untuk

Bas percuma Selangor dicemburui rakyat negeri lain

KAJANG 04 JANUARI 2016. Bas Smart Selangor yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Kompleks Hentian Kajang. NSTP/ Muhd Asyraf Sawal

SHAH ALAM, 7 SEPT: Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dicetuskan Kerajaan Negeri bukan sahaja dinikmati anak jati Selangor malah turut memberi manfaat kepada warga negeri lain yang menetap di sini Program Bas Smart Selangor misalnya, cukup dicemburui penduduk negeri lain sekali gus membandingkan kemudahan itu dengan kemudahan di negeri mereka. Pengguna, Giman Saliman menyifatkan perkhidmatan itu memberi manfaat yang besar kepada penduduk tetap selain kepada rakyat yang ‘menumpang’ kasih mencari rezeki di negeri itu. “Terbaik Selangor. Walaupun bukan anak Selangor..alhamdulliah dapat juga nikmati sebagai rakyat menumpang kasih di negeri orang..tahniah dan terbaik Kerajaan Selangor,” tulisnya di laman Facebook. Selain itu,

Selangor bayar RM211.8 juta kepada waris SMUE sehingga Julai

smue

SHAH ALAM, 6 SEPT: Walaupun berhabis berbilion ringgit, namun kebajikan rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan terus mendapat keutamaan Kerajaan Negeri termasuk ketika berhadapan dengan detik kehilangan orang tersayang. Hal ini dapat dilihat apabila sehingga 31 Julai 2017, Kerajaan Negeri membelanjakan RM211,877,000 untuk khairat kematian kepada waris peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi membantu meringankan tanggungan perbelanjaan urusan pengkebumian dan urusan lain selepas kematian si mati. Statistik terbaru dikeluarkan laman sesawang Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi program yang diperkenalkan selepas Pakatan menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008 itu juga menunjukkan sebanyak 83,964 keluarga atau waris si mati telah menerima bayaran

280,568 ahli TAWAS sejak 2008

tawas01-1170x550

SHAH ALAM, 3 SEPT: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mencatatkan 280,568 ahli berdaftar dengan 280,246 masih hidup dan baki 322 sudah meninggal dunia, setakat hari ini. Tinjauan di laman rasmi TAWAS juga menunjukkan 128,412 ahli sudah menerima penyata sementara 151,834 masih belum menerimanya. Berdasarkan statistik, bangsa Melayu mencatatkan ahli tertinggi dengan 190,509 diikuti Cina (50,993), India (31,155) dan lain-lain (7,589). Pendaftaran tertinggi diterima pada 2013 dengan 47,901 berbanding pendaftaran diterima pada tahun pertama, 2008 dengan 23,844 sahaja. Untuk tahun ini, setakat 2 September, TAWAS menerima 11,020 permohonan, namun hanya 7,304 didapati layak. Diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), TAWAS terbuka

30,813 peminjam HIJRAH sehingga 16 Ogos

HIJRAH-SELANGOR-NEW-1170x550

SHAH ALAM, 3 SEPT: Skim pembiayaan mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) mempunyai 30,813 peminjam berdaftar dengan pembiayaan berjumlah RM231,343,500 sehingga 16 Ogos 2017. Dipecahkan mengikut tiga zon, zon 1 yang terdiri daripada cawangan Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Shah Alam, Sungai Besar dan Tanjong Karang mempunyai peminjam teramai berjumlah 13,591 dengan pembiayaan RM93,057,500. Diikuti Zon 2 terdiri daripada cawangan Ampang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Pandan, Puchong, Sepang dan Serdang mempunyai 8,812 peminjam dengan pembiyaan berjumlah RM71,242,500. Manakala Zon 3 yang terdiri dari tujuh cawangan dengan RM63,371,500 melibatkan 8,410 peminjam. Mengikut pecahan cawangan, Kapar mempunyai jumlah peminjam tertinggi seramai

Peduli Sihat sedia perkhidmatan efektif, ambil peluang segera

peduli-sihat

SHAH ALAM, 30 OGOS: Program Skim Peduli Sihat Selangor mendapat sambutan positif rakyat di Selangor berikutan kemudahan rawatan yang efektif dan menyenangkan. Rata-rata peserta yang menyertai program diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak awal tahun ini, berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan menerusi 1,000 klinik di seluruh Selangor di bawah program berkenaan. Sehubungan itu, rakyat Selangor berkelayakan disaran menggunakan kemudahan program itu kerana Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta bagi tujuan itu dengan sasaran sejuta orang memperoleh manfaat melaluinya. Seorang peserta melahirkan rasa puas hati terhadap skim berkenaan melalui laman sosial facebooknya, Pak Pen Firdaus, menyatakan kemudahan dialami ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik

Skim ‘Zero to Hero’ bantu mula langkah bisnes

HIJRAH-SELANGOR-NEW-1170x550

SHAH ALAM, 26 OGOS: Dalam usaha membantu golongan yang tidak berpendapatan, Kerajaan Negeri melaksanakan Skim ‘Zero to Hero’ bagi membantu rakyat Selangor yang ingin memulakan langkah perniagaan. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, progam di bawah HIJRAH itu dilaksanakan melalui pengkaedahan dirancang untuk membantu golongan sasaran yang belum menjalankan perniagaan tetapi berminat menceburi bidang itu. “Kerajaan Negeri tidak meminggirkan rakyatnya yang masih di bawah garis kemiskinan iaitu yang berpendapatan di bawah RM1,500, oleh skim tersebut bakal membantu mereka keluar dari paras kemiskinan. “HIJRAH Selangor akan memilih dan melantik syarikat pembimbing yang berpotensi untuk melaksanakan

Lagi usahawan dibantu menerusi HIJRAH

HIJRAH-SELANGOR-NEW-1170x550

SHAH ALAM, 26 OGOS: Seramai 412 orang menerima baucer Skim Pinjaman Hijrah (HIJRAH) yang bernilai RM3.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di Karnival Hari Terbuka Universiti Selangor (UNISEL) 2.0, hari ini. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri meletakkan matlamat melalui HIJRAH menjadikan Selangor mencapai tahap miskin sifar selaras strategi pembangunan negeri. “Tujuan skim ini adalah untuk memastikan usahawan dan peniaga kecil dapat berniaga dengan baik melalui pemberian pinjaman daripada RM3,000 hingga RM50,000 “Selain itu, secara tidak langsung dapat mempertingkatkan taraf ekonomi usahawan kecil agar boleh terus maju dari satu tapak ke satu tapak