Selangor perkenal skim rawatan kesihatan percuma untuk keluarga B40

SHAH ALAM, 31 OKT: Disebalik langkah Kerajaan Persekutuan memotong perbelanjaan bagi sektor kesihatan, Kerajaan Negeri sebaliknya memperuntukan RM125 juta setahun bagi melaksanakan Skim Peduli Sihat di negeri itu. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, skim itu bakal menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan percuma bagi 250 ribu keluarga atau satu juta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. “Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap tahap kesihatan rakyat yang boleh menjejaskan produktiviti. Biarpun Kerajaan Negeri tidak mempunyai sumber pendapatan sebesar Putrajaya, namun kita memiliki rasa kepedulian yang raksasa. “Kerajaan Negeri memperkenalkan skim perlindungan perubatan dan kesihatan (medical and

Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak Siri 1/2016

Pada 15 -17 April 2016, Rantaian Mesra Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak untuk pertama kali bagi tahun 2016. Kursus Taska Di Rumah tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Hotel Puteri Garden, Klang yang dihadiri oleh seramai 28 orang peserta. Para peserta yang hadir di kursus ini akan mendapat sijil penyertaan dari Negeri Selangor serta sijil kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Seterusnya para peserta boleh mendaftar Taska dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), buka akaun Taska dan juga mendaftar dengan program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) bagi bantuan yuran

‘Back To School’ bantu ringankan beban ibu bapa

Nor Az Azlan bersama sebahagian penerima sumbangan Program Tawas di Pasir Penambang. PASIR PENAMBANG – Beban lebih 100 ibu bapa diringankan menerusi sumbangan ‘Back To School’ Program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas). Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad berkata, seramai 134 anak penduduk dipilih menyertai program itu yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008 lagi. “Program Tawas antara agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Selangor. “Ketika rakyat dihimpit pelbagai bebanan dan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali komited membantu