IPR berjaya, Kerajaan Negeri teruskan dalam Belanjawan 2018

BATU CAVES, 1 OKT: Kerajaan Negeri meneruskan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam Belanjawan 2018 berikutan kejayaannya yang memberi manfaat kepada rakyat. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keberkesanannya membuktikan dasar digariskan Kerajaan Negeri adalah tepat apabila hasil kekayaan negeri disalurkan kepada rakyat dalam bentuk program. “Ia amat berjaya dan setakat ini kita ada 42 program IPR di mana Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM2 bilion yang diserahkan kepada rakyat. “Oleh kerana keberkesanan program ini yang dapat memberdayakan rakyat maka ia akan diteruskan dalam Belanjawan 2018 akan datang,” katanya kepada media. Beliau berkata demikian selepas Majlis Menyemarakkan

30 laluan Bas Percuma Smart Selangor bentuk jaringan pintar

SUBANG JAYA, 25 SEPT: Sebanyak 30 laluan Bas Percuma Smart Selangor di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dihubungkan dengan pelbagai jaringan pengangkutan awam seperti komuter, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan Express Rail Link (ERL). Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, jaringan pintar (Smart Network) itu memberikan perkhidmatan yang menyeluruh serta mengaplikasikan konsep pengangkutan berasaskan ‘First Mile Last Mile’. “Dengan adanya kesalinghubungan di antara Bas Smart Selangor dan pengangkutan awam lain seperti komuter, ERL, MRT, LRT dan BRT akan menjadikan sistem pengangkutan awam yang lebih baik, teratur dan

Lebih 10 juta guna Bas Percuma Smart Selangor

SHAH ALAM, 25 SEPT: Sejumlah RM42.5 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyediakan perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor, setakat ini. Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, RM33.5 juta merupakan peruntukan disediakan Kerajaan Negeri manakala baki RM9 juta pula ditanggung PBT. Katanya, PBT berkenaan adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Sepang. “Kos yang dibelanjakan adalah merangkumi kos sewaan termasuk pengurusan dan penyelenggaraan yang dipertanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat bas dilantik. “Kos lain termasuk ‘wrapping

Bas Smart Selangor ke-100 dilancar, diiktiraf MBOR

SUBANG JAYA, 24 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini melancarkan Bas Smart Selangor ke-100 yang turut menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR). Beliau berkata, pelancaran itu bukti keupayaan Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat. “Kita satu-satunya negeri yang memperkenalkan bas percuma dalam negara dan mungkin di dunia. “Inisiatif ini sejajar hasrat Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat, di samping 42 inisiatif lain yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya di hadapan lebih 200 hadirin. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor ke-100, di Pintu Masuk Utama Pusat Membeli Belah

‘Smart Bus Stop’ bakal diperkenal Oktober ini

SHAH ALAM, 19 SEPT: ‘Smart Bus Stop’ yang dilengkapi kemudahan aplikasi dalam talian akan diperkenalkan, pada Oktober ini. Pengurus Projek Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Mazlan Mahadi berkata, sebagai permulaan hanya beberapa lokasi dipilih sebagai perintis kepada perancangan itu menjelang tahun depan. Katanya, satu sistem pengawasan bas menerusi pusat kawalan akan turut diperkenalkan bersama pelancaran aplikasi itu nanti. “Pengguna boleh mendapatkan maklumat lokasi hentian terdekat dan laluan bas, sekali gus menjimatkan masa. “Hasil perkongsian maklumat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kami juga sedang memajukan sistem pengesan bas yang membolehkan pengguna membuat aduan secara terus. “Ia membabitkan cara pemanduan, kejadian tidak

Hampir 41,000 peniaga terima pembiayaan HIJRAH

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kira-kira 41,000 peniaga kecil menerima manfaat daripada skim mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) bagi mengembangkan perniagaan masing-masing. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Mohamed Azmin Ali berkata, peningkatan memberangsangkan itu turut mendorong pertumbuhan ekonomi usahawan, sekali gus meningkatkan pendapatan mereka. “Selangor sebagai kerajaan peduli rakyat akan terus membantu peniaga ini untuk meningkatkan operasi perniagaan mereka,” katanya ketika sesi dialog Malaysia Baru bersama Dato’ Menteri Besar, di Muzium Sultan Alam Shah, di sini, pada 16 September lalu. Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri turut menimbang menambah jumlah kewangan bagi pembiayaan skim terbabit dan akan diputuskan jika wujud keperluan untuk

Warga emas perlu ambil peluang daftar SMUE

SHAH ALAM, 8 SEPT: Rakyat di Selangor berusia 60 tahun ke atas disarankan mendaftar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi memastikan bantuan RM2,500 dapat disalurkan kepada waris terdekat untuk mengurangkan kos pengurusan kematian. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, sekiranya mereka sudah melepasi had umur tetapi tidak mendaftar, ia akan menimbulkan kesukaran menuntut wang pendahuluan RM1,000. “Apabila meninggal dunia, waris boleh menuntut di Pusat Khidmat DUN dan RM2,500 dibayar dalam dua fasa. “Fasa pertama waris akan menerima RM1,000 dan baki akan dibayar dalam fasa kedua,” katanya laporan Sinar Harian. Menurutnya, bantuan tersebut dapat digunakan untuk

Bas percuma Selangor dicemburui rakyat negeri lain

SHAH ALAM, 7 SEPT: Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dicetuskan Kerajaan Negeri bukan sahaja dinikmati anak jati Selangor malah turut memberi manfaat kepada warga negeri lain yang menetap di sini Program Bas Smart Selangor misalnya, cukup dicemburui penduduk negeri lain sekali gus membandingkan kemudahan itu dengan kemudahan di negeri mereka. Pengguna, Giman Saliman menyifatkan perkhidmatan itu memberi manfaat yang besar kepada penduduk tetap selain kepada rakyat yang ‘menumpang’ kasih mencari rezeki di negeri itu. “Terbaik Selangor. Walaupun bukan anak Selangor..alhamdulliah dapat juga nikmati sebagai rakyat menumpang kasih di negeri orang..tahniah dan terbaik Kerajaan Selangor,” tulisnya di laman Facebook. Selain itu,

Selangor bayar RM211.8 juta kepada waris SMUE sehingga Julai

SHAH ALAM, 6 SEPT: Walaupun berhabis berbilion ringgit, namun kebajikan rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan terus mendapat keutamaan Kerajaan Negeri termasuk ketika berhadapan dengan detik kehilangan orang tersayang. Hal ini dapat dilihat apabila sehingga 31 Julai 2017, Kerajaan Negeri membelanjakan RM211,877,000 untuk khairat kematian kepada waris peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi membantu meringankan tanggungan perbelanjaan urusan pengkebumian dan urusan lain selepas kematian si mati. Statistik terbaru dikeluarkan laman sesawang Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi program yang diperkenalkan selepas Pakatan menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008 itu juga menunjukkan sebanyak 83,964 keluarga atau waris si mati telah menerima bayaran

280,568 ahli TAWAS sejak 2008

SHAH ALAM, 3 SEPT: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mencatatkan 280,568 ahli berdaftar dengan 280,246 masih hidup dan baki 322 sudah meninggal dunia, setakat hari ini. Tinjauan di laman rasmi TAWAS juga menunjukkan 128,412 ahli sudah menerima penyata sementara 151,834 masih belum menerimanya. Berdasarkan statistik, bangsa Melayu mencatatkan ahli tertinggi dengan 190,509 diikuti Cina (50,993), India (31,155) dan lain-lain (7,589). Pendaftaran tertinggi diterima pada 2013 dengan 47,901 berbanding pendaftaran diterima pada tahun pertama, 2008 dengan 23,844 sahaja. Untuk tahun ini, setakat 2 September, TAWAS menerima 11,020 permohonan, namun hanya 7,304 didapati layak. Diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), TAWAS terbuka