MB: Baru sebulan sudah 40,000 daftar Skim Peduli Sihat

KAJANG, 28 FEB: Skim Peduli Sihat berjaya mendaftarkan hampir 40,000 orang ahli selepas  sebulan dilancarkan sejak 24 Januari lalu. Prestasi menggalakkan ini menyaksikan pencapaian hampir 80 peratus pendaftaran bagi tiga bulan pertama disebalik sasaran 50,000 ahli berdaftar bagi suku tahun pertama 2017. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sokongan yang ditonjolkan rakyat terhadap skim ini membuktikan selama ini mereka menantikan satu skim kesihatan berkualiti. “Fakta ini membuktikan bahawa rakyat telah sekian lama menanti untuk mendapatkan rawatan berkualiti seperti ini. “Dalam tempoh sama lebih 100 ahli aktif Peduli Sihat telah mengunjungi doktor setiap hari dan mendapatkan rawatan kesihatan

Orang ramai beratur panjang serbu kaunter TAWAS

SUNGAI BULOH, 26 FEB: Program Penyampaian Penyata dan Pendaftaran Baru Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang diadakan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mendapat sambutan luar biasa. Hal ini terbukti apabila SelangorKini mendapati orang ramai mula beratur panjang sebaik sahaja kaunter TAWAS dibuka pada jam 8.30 pagi. Eksekutif Perhubungan Awam & Pengurusan Acara YAWAS, Noor Hayati Bibid berkata, pihak YAWAS menjemput seramai 5,560 peserta berdaftar TAWAS untuk hadir mengambil penyata dan kad keahlian TAWAS. “Fokus program ini untuk ahli berdaftar di kawasan DUN Paya Jaras, Kuang dan Bukit Lanjan dengan

Orang luar teringin sertai Tawas, rakyat Selangor jangan lepas peluang

SUNGAI BULOH, 26 FEB: Penduduk di Selangor disarankan supaya tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang disediakan Kerajaan Negeri untuk rakyatnya. Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata antara program terbabit adalah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang turut menarik perhatian rakyat negeri lain. “Sejak 2008 Kerajaan Negeri tidak meletakkan syarat hanya pengundi sahaja yang dapat manfaat program Kerajaan Negeri tetapi bukan pengundi seperti kanak-kanak juga boleh dapat manfaat seperti TAWAS di mana bila umur dia mencecah 18 tahun dia akan dapat RM1,500 seorang. Kalau dalam keluarga itu ada tiga anak, dah

HIJRAH agih RM781,000 kepada 62 usahawan Daerah Petaling

SUBANG, 17 FEB: Seramai 62 usahawan daerah Petaling menerima baucar HIJRAH Selangor bernilai RM781,000 yang disampaikan Penolong Pegawai Daerah, Nasir Mohamad bagi mengembangkan perniagaan masing-masing. Pemilik perniagaan pakaian berjenama D’Safia, Ahmad Sayuti Mohd Yunos, 38 berkata, pinjaman yang diperolehi itu membolehkan beliau mengembangkan modal pusingan bagi persiapan menghadapi permintaan tinggi menjelang hari raya nanti. “Ini adalah pinjaman pertama saya sebanyak RM30,000 untuk tambah modal pusingan disebabkan sekarang dah nak masuk bulan tiga dan permintaan semakin hari semakin meningkat sehingga menjelang musim raya nanti. “Kebanyakkan permintaan sekarang adalah persediaan raya dan stok yang ada tidak dapat menampung banyak permintaan. Ini juga

DUN Batu Tiga tawar pemeriksaan Mamogram percuma

SHAH ALAM,7 FEB : Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menawarkan sesi pemeriksaan Mamogram percuma kepada kaum wanita di negeri ini. Ahli Dewan Negerinya, Rodziah Ismail berkata, sesi tersebut terbuka kepada wanita berumur 35 tahun ke atas. “Tarikh pemeriksaan untuk pendaftaran terkini iaitu pada 17 Februari di KPJ Selangor Seksyen 20 bermula jam 6.00 petang hingga 9 malam. “Untuk pendaftaran orang awam perlu menyertakan nama penuh berserta dua salinan kad pengenalan, alamat dan nombor telefon di talian 0192676879,” katanya. Terdahulu, Kerajaan Negeri meneruskan program tersebut sebagai inisiatif bagi menimbulkan kesedaran optimum terhadap bahaya penyakit kanser dalam kalangan wanita. Program pemeriksaan

Pendaftaran Peduli Siswa mula dibuka hari ini

SHAH ALAM, 1 FEB: Anak Selangor yang menuntut di universiti awam diharap tidak melepaskan peluang menyertai Program Khas Peduli Siswa. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sejumlah RM10 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membiayai pengajian menerusi pinjaman tanpa faedah. Katanya, ia juga berbentuk pinjaman boleh ubah berdasarkan kecemerlangan akademik menerusi pencapaian Prestasi Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir pelajar. “Melalui Belanjawan Selangor 2017, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan inisiatif baru ini bagi membantu anak Selangor yang ingin menyambung pelajaran di universiti awam. “Universiti berkenaan adalah Universiti Islam Antarabangsa (UIA),

Ucapan Pelancaran Skim Peduli Sihat

OLEH Dato’ Menteri Besar Selangor Hari ini adalah paling bersejarah pada rakyat Selangor, kerana Kerajaan Negeri akan melancarkan satu program kesihatan yang hanya ada di Selangor.Tidak ada di negeri lain. Hanya di Selangor. Rakyat Malaysia hari ini diancam oleh penyakit tidak berjangkit – noncommunicable diseases (NCDs) – seperti sakit  jantung, kanser, penyakit pernafasan dan kencing manis. Pada masa ini 73 paratus kematian di Malaysia adalah berpunca dari penyakit-penyakit tidak berjangkit, paling ramai adalah serangan jantung dan stroke. Trend penyakit tidak berjangkit ini semakin meningkat. Analisis dari National Health and Morbidity Survey 2011 menunjukkan sekurang-kurangnya 63 peratus orang dewasa berumur 18

TAWAS semakin popular, catat keahlian lebih 250,000

SHAH ALAM, 21 JAN: Angka penyertaan anak kelahiran Selangor dalam skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) terus meningkat kepada 258,530 sejak dilancarkan pada Jun 2008. Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 258,253 masih hidup sementara 277 sudah meninggal dunia. Pendaftaran ahli tertinggi dicatatkan bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan. Sementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,32o sahaja. Bagi 2016, lebih 24,148 permohonan diterima, namun 19,370 yang lulus. Daripada pecahan kaum, Melayu mendahului dengan 173,785 ahli (67%) diikuti Cina 48,051 ahli (19%) sementara India 29,376 ahli (11%) dan lain-lain 7,041 ahli

JANGAN LEPASKAN PELUANG SERTAI PEDULI SIHAT

SUNGAI BULOH, 16 JAN: Masyarakat di Selangor diseru supaya tidak melepaskan peluang menyertai skim Peduli Sihat yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2017. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri memperuntukan RM125 juta bagi membantu rakyat negeri itu meringankan tanggungan masing-masing untuk mendapatkan rawatan ketika memerlukan. “Rakyat perlu mengambil manfaat daripada usaha Kerajaan Negeri ini di mana setiap keluarga diperuntukan sebanyak RM500 untuk mendapat rawatan di klinik dalam Selangor,” katanya pada Program Exco Turun Padang di Dewan Pangsapuri Kuang Raya di sini, semalam. Jelasnya, Kerajaan Negeri berusaha sedaya mungkin bagi memastikan rakyat di