STATUS TERKINI PROGRAM INITIATIF PEDULI RAKYAT (IPR) SEHINGGA 31 DISEMBER 2016

STATUS TERKINI PROGRAM INITIATIF PEDULI RAKYAT (IPR) SEHINGGA 31 DISEMBER 2016 *Jumlah Penerima Faedah Program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3)  Pertama  adalah merupakan bilangan pengguna meter individu dan ia juga termasuk pengguna yang  diberikan kemudahan kupon percuma. *Program Hijrah Selangor merupakan gabungan Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2015

Pendaftaran Peduli Siswa mula dibuka hari ini

PENDIDIKAN SELANGOR   February 1, 2017 11:43 am SHAH ALAM, 1 FEB: Anak Selangor yang menuntut di universiti awam diharap tidak melepaskan peluang menyertai Program Khas Peduli Siswa. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sejumlah RM10 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membiayai pengajian menerusi pinjaman tanpa faedah.  Katanya, ia juga berbentuk pinjaman boleh ubah berdasarkan kecemerlangan akademik menerusi pencapaian Prestasi Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir pelajar. “Melalui Belanjawan Selangor 2017, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan inisiatif baru ini bagi membantu anak Selangor yang ingin menyambung pelajaran di universiti

Selangor kekal rekod cemerlang 2016

SELANGOR    January 16, 2017 5:05 pm   SHAH ALAM, 16 JAN: Selangor mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus berbanding kadar pertumbuhan nasional iaitu lima peratus pada 2016 walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, Selangor juga berjaya kekalkan kedudukannya sebagai negeri penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 22.6 peratus. Katanya, Selangor turut mendominasi tiga sektor ekonomi utama iaitu sektor pembinaan dengan sumbangan 31.8 peratus, sektor pembuatan (28.9%) dan sektor perkhidmatan (25.1%). “Pencapaian ini adalah hasil pentadbiran bijak Kerajaan Negeri dan kesungguhan penjawat awam melaksanakan perancangan dengan efisyen. “Namun, kita jangan alpa dan