PULAU INDAH MENJADI DESTINASI PERTAMA PROGRAM SERAHAN PENYATA SIMPANAN TAWAS BAGI TAHUN 2017

OLEH HAYATI YAWAS PULAU INDAH, 5hb Februari 2017 – Awal Februari lalu, Pulau Indah buat julung kalinya mengadakan Program Semarak Kasih Jiran Sekampung yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Sungai Pinang, Kampung Perigi Nenas , Kampung Teluk Nipah dan Kampung Sungai Tembung.  Karnival yang diadakan selama 2 hari itu telah dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat DUN Pelabuhan Klang .YAWAS turut dijemput bagi membuka kaunter serahan penyata, kad  dan kaunter pendaftaran Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Menurut Encik Azmizam Zaman Huri, Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, beliau mahu penduduk-penduduk di kawasan Pulau Indah ini cakna dan tidak terlepas segala maklumat