Bapa kematian anak terima RM1,500

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 MEI: Seorang bapa yang kehilangan anaknya ekoran jangkitan kuman pada otak Disember tahun lalu merima khairat kematian Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bernilai RM1,500.

Sumbangan diserahkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari kepada Mohd Farid Mohd Sani di kediamannya, pada 25 Mei lalu.

13233122_1148868208486055_5769426354915743670_nKanak-kanak berdaftar di bawah skim TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun, layak menerima khairat kematian.

Ibu bapa boleh membuat tuntutan itu dengan melaporkannya di pejabat TAWAS atau di mana-mana pusat khidmat DUN di kawasan tempat tinggal.

Pada masa sama, Dr Yaakob turut mengajak orang ramai supaya menyertai skim TAWAS yang akan memberi manfaat kepada anak-anak dalam tempoh jangka panjang.

“Kepada anak kelahiran Selangor, sila mendaftar di bawah program TAWAS kerana ia adalah tabungan RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun.

“Jika anak meninggal dunia, dia dilindungi Takaful. Hanya isi borang secara atas talian dan bawa ke pejabat DUN untuk pengesahan,” katanya.

-AA-

Admin1

Leave Comment :