KAJANG 04 JANUARI 2016. Bas Smart Selangor yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Kompleks Hentian Kajang. NSTP/ Muhd Asyraf Sawal

Bas percuma Selangor dicemburui rakyat negeri lain

SHAH ALAM, 7 SEPT: Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dicetuskan Kerajaan Negeri bukan sahaja dinikmati anak jati Selangor malah turut memberi manfaat kepada warga negeri lain yang menetap di sini

Program Bas Smart Selangor misalnya, cukup dicemburui penduduk negeri lain sekali gus membandingkan kemudahan itu dengan kemudahan di negeri mereka.

Pengguna, Giman Saliman menyifatkan perkhidmatan itu memberi manfaat yang besar kepada penduduk tetap selain kepada rakyat yang ‘menumpang’ kasih mencari rezeki di negeri itu.

NETIZEN“Terbaik Selangor. Walaupun bukan anak Selangor..alhamdulliah dapat juga nikmati sebagai rakyat menumpang kasih di negeri orang..tahniah dan terbaik Kerajaan Selangor,” tulisnya di laman Facebook.

Selain itu, Fauzin Mustafa menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan menyifatkan pelaksanaan program itu menjimatkan belanjanya ke pejabat.

“Alhamdulillah…terima kasih! Selain jimat belanja saya, ia dapat mengurangkan kesesakan untuk memberi laluan bagi mereka yang memandu sendiri ke pejabat. InsyaAllah sepenggal lagi,” katanya.

“Menteri Perak kenapa tak buat bas macam ini…untuk kemudahan rakyat,” tulis Hafiz Hussain.

Yazid Mohd Deni pula mencadangkan negeri lain khususnya ditadbir Barisan Nasional mencontohi Kerajaan Selangor dalam melaksanakan inisiatif itu.

“Elok negeri negeri kerajaan persekutuan ikut Kerajaan Selangor…urustadbir yang profesional,” katanya.

BAS SMART SELANGORTerdahulu, Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkangsi pengalaman menaiki bas Smart Selangor ke pejabatnya di faceebook.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen sekali gus berkongsi pandangan seperti yang SelangorKini laporkan di atas.

“Hari ini saya pergi pejabat dengan menaiki bas SmartSelangor. Saya dapati bas menepati masa, bersih dan ada kemudahan wifi.

“Ramai pelajar U dan pelajar sekolah menaiki bas percuma ini. Sangat menjimatkan. Ibu bapa tidak perlu menanggung belanja bas atau van sekolah,” katanya.

 

OLEH NORHAYATI UMOR (selangorkini.my)

Admin2

Leave Comment :