Kerajaan Negeri belanja RM2 bilion laksana IPR

SHAH ALAM, 16 DIS: Kerajaan Negeri sudah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk melaksanakan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sejak diperkenalkan, pada 2008. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hasil kekayaan yang diperoleh di Selangor mesti diserahkan kepada rakyat kerana ia bukan milik pemimpin atau parti politik, sama ada dalam bentuk program mahupun inisiatif. “IPR mendapat perhatian bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh Malaysia. “Kedah ikut cara Selangor beri air percuma. Kita sudah belanjakan RM180 juta untuk memberikan air pecuma 20 meter padu kepada enam juta penduduk di negeri ini. Terengganu juga mengikut skim Selangor,” katanya. Beliau berkata

Pemberian air percuma demi keperluan & kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 27 DIS: Pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat di negeri ini bukan bersifat rasuah politik Kerajaan Negeri untuk memancing undi pilihan raya, kata Pengerusi BBC, Ng Suee Lim. Sebaliknya beliau berkata, pemberian tersebut adalah bersifat keperluan selaras dasar dan prinsip negeri berkebajikan yang dibawa komponen Pakatan menerajui kepimpinan pentadbiran Selangor. “Puak Umno ini sudah tidak ada modal dan menggunakan isu lapuk untuk menyerang Kerajaan Negeri yang sejak dari awal mementingkan kebajikan rakyat. “Dakwaan mengatakan kononnya pemberian air percuma itu rasuah memang tidak masuk akal, kerana keperluan ini merujuk kepada semua rakyat. “Tidak seperti BRIM yang jelas

Selangor semak semula pemberian air percuma 40m3

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m3 selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum Kerajaan Negeri membuat sebarang keputusan. “Sukacita saya memaklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40m3 daripada 20m3. “Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan. “Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun hadapan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini. Beliau berkata, Kerajaan Selangor akan

Tarif air kekal munasabah

Penstrukturan industri air Selangor boleh dikatakan satu-satunya projek gergasi berimpak tinggi di Malaysia yang berorientasikan pengguna. Ini kerana penstrukturan itu bakal dipadankan dengan komitmen mengekalkan tarif air pada kadar munasabah, dan program pemberian 20 meter padu air percuma yang dilaksanakan sejak 2008. Pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sahaja melibatkan 26,145 km jaringan paip merentangi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain 1,469 tadahan, tangki air dan tangki sedut, serta 557 stesen pam booster. Syarikat induk, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) pula menguruskan 29 loji rawatan air, dan operasi di Empangan Sungai Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Tasik

201 pangsapuri terlibat rundingan air percuma

SEBANYAK 201 pangsapuri terbabit dalam rundingan pelaksanaan Skim Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu (PERMAI) untuk menikmati pemberian 20 meter padu air percuma Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata daripada jumlah itu 44 kawasan sudah berjaya diselesaikan di bawah skim berkenaan. Ia dikendalikan sepenuhnya sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada Jun 2012 antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bersama Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). “Mesyuarat diadakan secara berjadual supaya pemaju badan pengurusan bersama (JMB) atau perbadanan pengurusan dapat diberi khidmat nasiha secara terus dan tepat daripada SYABAS berkenaan mekanisme pelaksanaan migrasi meter air individu khususnya bagi pangsapuri bukan

Air percuma KL, Putrajaya bukti PR perjuang hak rakyat

ALAM 19 FEB : Kesediaan Kerajaan Selangor menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira sempadan politik. Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata perkara itu juga sudah lama dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri dengan mengambil kira penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya juga merupakan pelanggan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Katanya, perancangan itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan sekiranya Syabas masih dikawal sepenuhnya oleh pihak swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata. “Tetapi seandainya penstrukturan semula berjaya dan kerajaan negeri dapat menguruskan pembekalan air, maka

Air percuma diteruskan 10 tahun lagi

Pemberian subsidi air percuma 20 meter padu akan diteruskan lagi sehingga tempoh 10 tahun akan datang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian itu akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air Selangor berjaya diselesaikan. “Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya dihujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang. “Kita harap dapat selesaikannya kerana kita tidak mahu aset yang paling penting untuk rakyat ini diuruskan oleh pihak yang tiada kepakaran,” katanya dalam ucapan perasmian di Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Sebelum

Rakyat mahu Kerajaan Negeri urus air

AMPANG – Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Ampang, Cheah Ken Voon, 63, berkata, rakyat di Selangor tidak pernah merasai manfaat air percuma semasa berada di bawah pentadbiran Kerajaan Umno-BN. Tambahnya, forum air anjuran Kerajaan Negeri ini membuka mata ramai pihak berhubung fakta sebenar dakwaan krisis air yang sering diputar belitkan oleh Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). “Terima kasih atas usaha Kerajaan Negeri memberi penerangan kepada rakyat tentang krisis air yang didakwa berlaku di negeri ini. “Secara keseluruhannya, rakyat tidak boleh menafikan bahawa kita sememangnya menerima manfaat air percuma daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sejak 2008. “Malah kita

Lima Juta Rakyat Selangor Bakal Dapat Saham Air

SHAH ALAM : Setiap rakyat Selangor bakal mendapat saham industri air sekirannya Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir Selangor sekali lagi dalam pilihanraya umum akan datang. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan ini akan berlaku apabila Kerajaan Negeri berjaya mengambilalih industri air Selangor. “Bukan susah untuk menggira. Ada lima juta rakyat Selangor. Kerajaan Negeri tawarkan RM 9.65 bilion. Jika saham RM 2,000 kali dengan lima juta jumlahnya RM 10 bilion. “Setiap rakyat Selangor akan dapat saham. Jadi pulangan dari industri air boleh beri untung kepada kita dan anak cucuk kita,” Abdul Khalid berkata semasa melancarkan jentera pilihanraya Ijok di

92% Pangsapuri Kos Rendah Terima Air Percuma

SHAH ALAM 21 SEPT : Sejak program pemberian air percuma dilancarkan pada Jun 2008, sehingga kini lebih satu juta penduduk yang menggunakan meter individu menikmati air percuma termasuk penghuni pangsapuri kos rendah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, usaha memastikan pemberian air percuma dapat dinikmati penghuni pangsapuri kos rendah dilakukan sejak Jun 2010 lagi dan akan di teruskan selagi Pakatan Rakyat memerintah Selangor. “Usaha tersebut dilakukan kerana kita tidak mahu rakyat miskin di rumah bertingkat kos rendah menjadi mangsa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang merumitkan proses penukaran meter pukal kepada individu. “Antara lain kita mewujudkan Skim