RM825,000 jaya pembangunan, IPR di DUN Sungai Kandis

KLANG, 19 JULAI: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM825,000 kepada peserta Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dan pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, di sini, semalam. Sunbangan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari pada Program Menyantuni dan Menyemarakkan IPR DUN Sungai Kandis bersama Dato’ Menteri Besar di kawasan berkenaan. “Pemberian sumbangan ini bukan datang pada pilihan raya umum atau kecil tetapi kita beri hampir setiap bulan. “Sebelum ini, mantan Dato’ Menteri Besar (Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali) dalam tempoh tiga ke empat tahun lalu, turun hampir ke semua daerah bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dan pada masa sama,

Selangor komited teruskan IPR

SHAH ALAM, 10 JUN: Kerajaan Negeri komited meneruskan Insiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dilaksanakan sejak 2008 lalu. Exco Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berpendapat IPR akan terus diperkasa dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Katanya, Kerajaan negeri perkenal pelbagai program dengan peruntukan jutaan ringgit termasuk dari segi pendidikan kepada golongan memerlukan. “Kita turut perkasakan anak muda tercicir dalam meneruskan pelajaran. “Kita beri pendidikan percuma dan lebih 4,000 anak muda di Selangor dapat manfaat tajaan Kerajaan Negeri sejak 2008,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Facebook, semalam. Ganabatirau berkata, program Jom Shopping masih diteruskan dengan

MB: Jamin terus semarakkan IPR demi rakyat

 KUALA SELANGOR, 23 APR: Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk terus komited menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam usaha meringankan bebas kos sara hidup rakyat. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menyedari kos sara hidup yang tinggi ketika ini, menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk merancakkan usaha itu. Katanya, ia selaras gagasan membangun bangsa dan memakmur negeri yang dilaungkan Selangor. “Lebih 42 IPR dilaksanakan sejak 2008. Ia semata-mata mahu meringankan beban kos sara hidup rakyat. “Rakyat ketika ini cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya. Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Kerja dan Menyantuni

RM2.557 bilion laksana IPR demi kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM2.557 bilion (RM2,557,189,458.84) sepanjang 10 tahun pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bermula 2008. Exco Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, walaupun membelanjakan jumlah peruntukan besar, Kerajaan Negeri optimis program itu memberi impak kepada penerima. Katanya, ia berdasarkan penerimaan dan reaksi rakyat terhadap program itu sehingga kini. “Daripada jumlah itu, bekalan air percuma 20 meter padu percuma mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sebanyak RM1.35 bilion. “Ia diikuti dengan Skim Hijrah Selangor sebanyak RM339 juta serta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM223 juta,” katanya menjawab pertanyaan Ng Tien Chee-Balakong. Terdahulu,

Selangor pelopor kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 18 FEB: Selangor menjadi pelopor kepada amalan berkebajikan demi kepentingan rakyat yang menjadi asas kukuh pentadbiran Kerajaan Negeri, hari ini. Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, ia dapat dilihat apabila Selangor muncul negeri pertama menawarkan air percuma 20 meter padu, sejak 2008. “Pada 2008, kita bermula dengan keadaan ‘zero’ dan tiada apa yang boleh dibanggakan kerana rizab ketika itu hanya RM400 juta. “Justeru, kita cuba sedaya upaya menawarkan dan memenuhi manifesto untuk diterjemahkan kepada rakyat antaranya pemberian air percuma, yang tidak pernah dilaksanakan di mana-mana negeri,” katanya. Beliau berkata demikian dalam temu bual FB Live

Sambutan bermakna dengan Jom Shopping

SHAH ALAM, 3 FEB: Sambutan Tahun Baru Cina bakal disambut meriah dan lebih bermakna apabila 500 warga emas, orang kelainan upaya dan golongan kurang berkemampuan dibantu secara berterusan menerusi Program Jom Shopping. Penerima Tan Tang Peng, 73, berkata walaupun nilai RM100 dilihat kecil oleh sesetengah pihak, namun bagi warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan, pemberian ini membawa erti yang besar. Katanya, dengan sumbangan itu beliau dapat membeli barangan keperluan untuk menyambut perayaan terbabit tidak lama lagi. “Saya sangat gembira. Setiap tahun kami sekeluarga dapat melengkapkan keperluan perayaan dengan sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini. “Kami sekeluarga berharap, sumbangan

DUN Selat Klang agih sumbangan pakaian sekolah

KLANG, 2 JAN: Seramai 350 pelajar dalam kalangan anak-anak asnaf, fakir miskin dan anak yatim, di DUN Selat Klang menerima sumbangan pakaian seragam sekolah “Back to School” di Dewan Putra, Kampung Delek Kanan, baru-baru ini. Ahli Dewan Negeri Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa tidak berkemampuan menyediakan persiapan sekolah anak mereka. “Terpancar kegembiraan di wajah anak ini sewaktu menerima sumbangan terbabit. “Semoga mereka semakin rajin dan gigih ke sekolah bagi menimba ilmu,” katanya. Pada masa sama, Dr Halimah turut meluangkan masa melawat projek pembinaan Masjid Nurul Iman Telok bagi melihat perkembangannya. Katanya, masjid

DUN Sementa sumbang 500 peralatan sekolah

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM, 2 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa mengagihkan 500 beg sekolah kepada peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tahun satu yang terpilih. Menurut kenyataan, program “Back To School” DUN Sementa itu berlangsung semalam dan disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi. Turut hadir, Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali dan ketua kampung. Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat, terutama pada zaman ekonomi yang kian meleset. Pada masa sama, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) turut menyumbangkan 500 pakaian seragam sekolah. Mohd Jaafarudin berkata,

IPR pemangkin tambah baik khidmat untuk rakyat

HULU KELANG, 15 DIS: Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), di Selangor bukan gula-gula pilihan raya, sebaliknya pemangkin bagi negeri lain menambahbaik perkhidmatan mereka kepada rakyat. Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib, berkata, langkah Kerajaan Negeri memperkenalkan 42 skim itu juga boleh dianggap sebagai ‘latihan’ sebelum program besar dilaksanakan di peringkat Persekutuan, jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya. “Skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Kad Peduli Sihat dan lain-lain dalam IPR bukan gula-gula tetapi untuk melatih negara melaksanakan perkhidmatan kepada rakyat dengan pelbagai skim lain,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Pimpinan Bersama Rakyat 2017,

Kerajaan Negeri belanja RM2 bilion laksana IPR

SHAH ALAM, 16 DIS: Kerajaan Negeri sudah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk melaksanakan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sejak diperkenalkan, pada 2008. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hasil kekayaan yang diperoleh di Selangor mesti diserahkan kepada rakyat kerana ia bukan milik pemimpin atau parti politik, sama ada dalam bentuk program mahupun inisiatif. “IPR mendapat perhatian bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh Malaysia. “Kedah ikut cara Selangor beri air percuma. Kita sudah belanjakan RM180 juta untuk memberikan air pecuma 20 meter padu kepada enam juta penduduk di negeri ini. Terengganu juga mengikut skim Selangor,” katanya. Beliau berkata