Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) semakin rancak

Ucapan ADUN Kampung Tunku Lau Weng San semasa membahas Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) 2011 pada 11 Julai 2011 di Shah Alam: Pakatan Rakyat Selangor memulakan konsep pentadbiran kerajaan negeri dengan berlandaskan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mulai tahun 2008. Keuntungan Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) telah mencecah RM24 juta pada tahun 2010. Secara keseluruhan, keuntungan keseluruhan yang diperolehi oleh kerajaan melalui aktiviti perlombongan pasir sudah sampai melebihi RM40 juta. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan program “Jom Pergi Shopping Bersama ADUN”. Harapan saya ialah pelaksanaan ini boleh diringkaskan dengan hanya memberi kupon secara langsung kepada mereka. Rizab kerajaan negeri bertambah. Mengikut

Tiga tahun memerintah – Pastikan 25 janji kepada rakyat

panjang tiga tahun pakatan Rakyat (Pakatan) diberi mandat menerajui Selangor bermula 2008, Rodziah Ismail adalah antara individu yang diberi kepercayaan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai salah seorang Exco di Selangor. Memegang jawatan sebagai Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi katanya bukan sesuatu yang mudah, malah menuntut ketekunan dan fokus yang tinggi untuk menerajuinya. lkuti temu bual eksklusif wartawan Selangor Kini bersama pemimpin wanita ini dengan pelbagai kupasan isu menarik di pejabatnya di Bangunan SUK, Shah Alam baru-baru ini. Apakah cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang tiga tahun memegang jawatan sebagai Exco Selangor serta pencapaian

RM500 juta dikembalikan kepada rakyat –Program MES berjalan

ANG KALI – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa syukur di atas kejayaan Program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ (MES) yang dilihat semakin berkesan sebagai usaha kerajaan negeri mengembalikan hasil negeri untuk rakyat. Sehingga kini, lebih RM500 juta telah dikembalikan terus kepada rakyat tanpa sebarang halangan dalam tempoh lebih tiga tahun enam bulan Pakatan Rakyat (pakatan) memerintah Selangor. “Saya rasa pelaksanaan MES sudah mencapai tahap yang boleh kita banggakan. Pada tahun 2008, ketika Pakatan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan kepimpinan negeri Selangor, kita cuba untuk melaksanakan pengurusan dasar yang terus kepada rakyat tanpa ada sekatan untuk rakyat berjumpa dengan pemimpin,”

Selangor Catat Lebihan Dana RM200 juta

SHAH ALAM 6 JULAI – Kedudukan kewangan negeri kerajaan Selangor bermula Disember 2010 sehingga Jun 2011 mencatatkan peningkatan positif melebihi 20 peratus menerusi lembaran imbangan kewangan yang dilaporkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Abdul Khalid, laporan kewangan Selangor meningkat daripada RM1.59 bilion tahun lalu kepada RM1.77 bilion tahun ini dengan penambahan melebihi RM200 juta. Jelasnya, penambahan kewangan yang dicatatkan itu adalah disebabkan oleh dasar ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diamalkan pimpinan kerajaan Selangor selama ini. Abdul Khalid berkata, lebih RM1 billion wang yang diperoleh kerajaan negeri Selangor itu dilaburkan dalam bentuk wang tunai wang cair dalam sistem

Selangor Bantu Rakyat Bayar Premium Tanah

Rakyat yang menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium tanah akan dibantu kerajaan negeri demi memastikan rakyat di Selangor memiliki rumah sendiri. Kerajaan negeri menetapkan bayaran serendah RM1,000 bagi penyelesaian isu itu dan bagi mereka yang masih tidak mampu berbuat demikian, mereka boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudiannya akan membantu individu tersebut menjelaskan bayaran premium berkenaan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri prihatin dan menyedari terdapat sebahagian rakyat di negeri ini menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium yang tinggi bagi pemilikan tanah. Ekoran itu katanya kerajaan negeri  membuat keputusan rakyat yang

Dana Baharu RM 5 Juta Untuk Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM 20 Jun – Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan satu dana khas berjumlan RM 5 juta untuk pembangunan pendidikan dan modal insan anak-anak kakitangan kerajaan negeri. Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri membuat keputusan tersebut supaya anak-anak kakitangan kerajaan yang memerlukan bantuan kewangan untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ada peluang untuk mendapatkan pembiayaan yang sepatutnya. “Pendidikan dan modal insan adalah amat penting kepada kerajaan negeri dan kami mahu pastikan anak-anak kakitangan membesar dengan sempurna kerana ini akhirnya akan membantu membentuk negeri yang maju dan berdaya saing. “Ini juga adalah tanda penghargaaan kami

Rodziah : Kerajaan Negeri Komited Utama Kebajikan Rakyat

PETALING JAYA, 26 April –Kerajaan Negeri Selangor melalui dasar agenda kebajikannya komited berusaha memberikan keutamaan perkhidmatan kebajikan kepada rakyat dengan sebaik mungkin kepada semua, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Rodziah Ismail. Selain itu menurut Kerajaan Negeri menjalankan projek SKIM SEL dan Mikrokredit MiMBAR dengan peruntukan RM70 juta setahun bagi memastikan masyarakat mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan terus mendapat pembelaan. Antara lain, golongan yang dibantu ialah golongan yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan rawatan tertentu, hilang upaya mencari nafkah dan anak-anak yang kehilangan ibu bapa melalui pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan

Kerajaan Selangor Umum 10 Kejayaan Merakyatkan Ekonomi Selangor

SHAH ALAM 23 April – Kejayaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasarMerakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program Merakyatkan Ekonomi Selangor tidak menjadi penghalang Kerajaan Negeri mengekalkan status pilihan pelaburan nombor satu dengan bilangan projek perindustrian tertinggi. Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor ( Tawas ) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta. Satu Pusat Dialisis Rakyat juga telah dibuka di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun, manakala sebanyak 500 buah rumah ibadah bukan Islam juga menerima sebanyak

100 Hari di Putrajaya: Selangor telah laksana, Muhyiddin Ketinggalan

SHAH ALAM, 28 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan. Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT. Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila beliau berpendirian sedemikin walau sedikit kecewa kerana orang no. 2 negara gagal meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas mentadbir negara. Ini menunjukkan Umno-BN sememangnya akan meneruskan corak pemerintahan sejak 52 tahun dahulu yang tidak meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan walau terpukul teruk