15,000 warga DUN Seri Andalas terima manfaat IPR

OLEH ERMIZI MUHAMAD SHAH ALAM, 13 JUL: 15,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas menerima pelbagai manfaat daripada pelaksanaan dasar Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sejak ia dilaksanakan. Ahli Dewan Negerinya (ADN), Dr Xavier Jayakumar berkata, pencapaian itu diraih hasil usaha keras pentadbiran negeri dan pusat khidmat DUN turun padang menyantuni rakyat. “Kita banyak mencapai perubahan terutamanya pelaksanaan di bawah program IPR membabitkan penglibatan masyarakat Seri Andalas. “Berpandukan jangkaan, seramai 15,000 warga Seri Analas sudah dibantu di bawah program kebajikan IPR bersama Kerajaan Negeri. “Tentunya ini pendekatan yang sangat bermanfaat kepada masyarakat di kawasan ini,” katanya kepada SelangorKini. Sebelumnya, Dr

38 program IPR demi kesejahteraan rakyat

PETALING JAYA, 10 MEI: Sebanyak 38 program dilaksanakan Kerajaan Selangor dalam usaha membantu rakyat menikmati hasil kekayaan negeri bersesuaian dengan agenda peduli rakyat. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran PAKATAN sejak 2008 memberi penekanan terhadap pembangunan dan kepentingan rakyat. Justeru, katanya, pelbagai program dirancang saban tahun demi mencapai sasaran ditetapkan. “Bermula pada 2008 dengan tujuh program, Kerajaan Negeri menambah sehingga 38 program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat, maka tercetusnya nama baru iaitu Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). “Saya rasa bangga dengan pelaksanaan program ini yang membantu rakyat kerana sememangnya rakyat berhak berkongsi

Sultan Selangor bangga idea segar Inisiatif Peduli Sihat

SHAH ALAM, 27 MAC: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar yang terus tampil dengan idea baru menerusi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Baginda bertitah, ia termasuk Skim Peduli Sihat dan Peduli Siswa yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia dengan tumpuan khusus kepada golongan B40 dan mahasiswa.  Titah baginda, program berkenaan adalah cerminan rasa peduli Kerajaan Negeri terhadap sektor pendidikan dan kesihatan rakyat. “Dengan pembiayaan RM 125 juta, dapatlah rakyat beta melakukan saringan kesihatan secara percuma untuk mengesan tanda awal sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit tidak berjangkit. “Program Peduli Sihat terunggul di Malaysia dan hanya

IPR bebas rakyat daripada belenggu kemiskinan

KUALA SELANGOR, 24 MAC: Kerajaan Selangor terus berikrar memelihara agenda sosial dan menjamin kebajikan rakyat secara berterusan di negeri itu. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha gigih itu dipersembahkan menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan sejak 2008. Katanya, ia turut memperlihatkan kejayaan apabila Selangor terlepas daripada belenggu kemiskinan dan mencatatkan 0.2 peratus insiden kemiskinan berbanding Malaysia, pada kadar 0.6 peratus. “Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kualiti dan taraf hidup rakyat ekoran kos sara hidup meningkat memberi kesan kepada kehidupan seharian dan akhirnya rakyat menjadi mangsa. “Maka, Kerajaan Negeri tampil dengan hasrat memberdaya rakyat demi memastikan pendapatan isi

Selangor sedia RM3 juta bantu pusat pendidikan khas

KOTA DAMANSARA, 21 MAC: Kerajaan Negeri memperuntukkan dana RM3 juta untuk membantu pusat pendidikan khas bagi menyediakan program khusus pembangunan golongan anak orang kelainan upaya (OKU). Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pusat pendidikan khas itu mampu menjadi jambatan menghubungkan Kerajaan Negeri dengan anak-anak istimewa dan ibu bapa mereka. “Kita tahu kesukaran dihadapi pusat seperti ini di mana untuk pendidikan anak khas ini memerlukan banyak keperluan khas seperti terapi pertuturan, fisioterapi dan lain-lain lagi yang bukannya murah dan memerlukan pakar yang perlu dibayar gaji tinggi kerana kepakaran mereka,” katanya. Daroyah berkata demikian pada sidang

38 inisiatif, RM1.9 bilion, namun MB masih cari idea bantu rakyat

KOTA DAMANSARA, 21 MAC: Walaupun hingga kini sudah hampir 38 inisiatif diwujudkan di bawah 17 program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali masih lagi memikirkan jalan untuk memastikan kekayaan negeri itu dapat diagihkan dengan lebih menyeluruh. Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, hal ini dapat dilihat apabila Mohamed Azmin mencetuskan idea mewujudkan Inisiatif Peduli Sihat yang dilancarkan pada tahun ini. “Bila kita senaraikan, di bawah IPR ini kita ada hampir 38 perkara atau pecahan untuk semua lapisan peringkat umur tetapi Dato’ Menteri Besar sentiasa memikirkan apakah lagi sumbangan

MB: Baru sebulan sudah 40,000 daftar Skim Peduli Sihat

KAJANG, 28 FEB: Skim Peduli Sihat berjaya mendaftarkan hampir 40,000 orang ahli selepas  sebulan dilancarkan sejak 24 Januari lalu. Prestasi menggalakkan ini menyaksikan pencapaian hampir 80 peratus pendaftaran bagi tiga bulan pertama disebalik sasaran 50,000 ahli berdaftar bagi suku tahun pertama 2017. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sokongan yang ditonjolkan rakyat terhadap skim ini membuktikan selama ini mereka menantikan satu skim kesihatan berkualiti. “Fakta ini membuktikan bahawa rakyat telah sekian lama menanti untuk mendapatkan rawatan berkualiti seperti ini. “Dalam tempoh sama lebih 100 ahli aktif Peduli Sihat telah mengunjungi doktor setiap hari dan mendapatkan rawatan kesihatan

Orang ramai beratur panjang serbu kaunter TAWAS

SUNGAI BULOH, 26 FEB: Program Penyampaian Penyata dan Pendaftaran Baru Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang diadakan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mendapat sambutan luar biasa. Hal ini terbukti apabila SelangorKini mendapati orang ramai mula beratur panjang sebaik sahaja kaunter TAWAS dibuka pada jam 8.30 pagi. Eksekutif Perhubungan Awam & Pengurusan Acara YAWAS, Noor Hayati Bibid berkata, pihak YAWAS menjemput seramai 5,560 peserta berdaftar TAWAS untuk hadir mengambil penyata dan kad keahlian TAWAS. “Fokus program ini untuk ahli berdaftar di kawasan DUN Paya Jaras, Kuang dan Bukit Lanjan dengan

Orang luar teringin sertai Tawas, rakyat Selangor jangan lepas peluang

SUNGAI BULOH, 26 FEB: Penduduk di Selangor disarankan supaya tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang disediakan Kerajaan Negeri untuk rakyatnya. Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata antara program terbabit adalah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang turut menarik perhatian rakyat negeri lain. “Sejak 2008 Kerajaan Negeri tidak meletakkan syarat hanya pengundi sahaja yang dapat manfaat program Kerajaan Negeri tetapi bukan pengundi seperti kanak-kanak juga boleh dapat manfaat seperti TAWAS di mana bila umur dia mencecah 18 tahun dia akan dapat RM1,500 seorang. Kalau dalam keluarga itu ada tiga anak, dah

PULAU INDAH MENJADI DESTINASI PERTAMA PROGRAM SERAHAN PENYATA SIMPANAN TAWAS BAGI TAHUN 2017

OLEH HAYATI YAWAS PULAU INDAH, 5hb Februari 2017 – Awal Februari lalu, Pulau Indah buat julung kalinya mengadakan Program Semarak Kasih Jiran Sekampung yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Sungai Pinang, Kampung Perigi Nenas , Kampung Teluk Nipah dan Kampung Sungai Tembung.  Karnival yang diadakan selama 2 hari itu telah dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat DUN Pelabuhan Klang .YAWAS turut dijemput bagi membuka kaunter serahan penyata, kad  dan kaunter pendaftaran Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Menurut Encik Azmizam Zaman Huri, Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, beliau mahu penduduk-penduduk di kawasan Pulau Indah ini cakna dan tidak terlepas segala maklumat