Rodziah : Kerajaan Negeri Komited Utama Kebajikan Rakyat

PETALING JAYA, 26 April –Kerajaan Negeri Selangor melalui dasar agenda kebajikannya komited berusaha memberikan keutamaan perkhidmatan kebajikan kepada rakyat dengan sebaik mungkin kepada semua, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Rodziah Ismail. Selain itu menurut Kerajaan Negeri menjalankan projek SKIM SEL dan Mikrokredit MiMBAR dengan peruntukan RM70 juta setahun bagi memastikan masyarakat mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan terus mendapat pembelaan. Antara lain, golongan yang dibantu ialah golongan yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan rawatan tertentu, hilang upaya mencari nafkah dan anak-anak yang kehilangan ibu bapa melalui pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan

Kerajaan Selangor Umum 10 Kejayaan Merakyatkan Ekonomi Selangor

SHAH ALAM 23 April – Kejayaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasarMerakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program Merakyatkan Ekonomi Selangor tidak menjadi penghalang Kerajaan Negeri mengekalkan status pilihan pelaburan nombor satu dengan bilangan projek perindustrian tertinggi. Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor ( Tawas ) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta. Satu Pusat Dialisis Rakyat juga telah dibuka di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun, manakala sebanyak 500 buah rumah ibadah bukan Islam juga menerima sebanyak

100 Hari di Putrajaya: Selangor telah laksana, Muhyiddin Ketinggalan

SHAH ALAM, 28 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan. Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT. Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila beliau berpendirian sedemikin walau sedikit kecewa kerana orang no. 2 negara gagal meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas mentadbir negara. Ini menunjukkan Umno-BN sememangnya akan meneruskan corak pemerintahan sejak 52 tahun dahulu yang tidak meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan walau terpukul teruk

PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) 2010

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan program-program yang dirancang dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Pada tanggal 30 September 2010, satu program Sambutan Aidilfitri Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah pun diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program anjuran Yaysan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan program yang julung kali diadakan dimana sebahagian peserta yang terlibat dalam agenda MES untuk fasa pertama diundang khas bagi menjayakan program pada malam tersebut. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan anak-anak syariakat di bawah kerajaan Negeri

MB Rasmi Pecah Tanah Tadika Rakyat

PETALING JAYA, 25 SEPT- Selaras dengan dasar ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ (MES) kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim merasmikan pecah tanah bagi tapak ‘Tadika Rakyat’ di Jalan PJS bagi penduduk Desa Mentari, Desa Ria dan Kampung Lindungan, semalam. Kira-kira 100 penduduk hadir ketika majlis berlangsung walaupun dalam keadaan hujan lebat. Khalid dalam ucapannya memberitahu Kerajaan Pakatan Rakyat sudah pun berjaya membina 20 kelas ‘Tadika Rakyat’ diseluruh Selangor sejak memerintah pada 2008. Tambahnya lagi, hari ini satu lagi sejarah tercipta apabila kerajaan negeri bersetuju membina lapan buah lagi ‘Tadika Rakyat’ kerana dikawasan ini kekurangan kemudahan awam selain

Selangor Tekad Hapus Curi Pasir

RAJAAN Selangor bertekad menghapuskan aktiviti curi pasir atas dasar rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum lalu untuk mentadbir Selangor dengan lebih telus dan efektif. Pencurian pasir umpama mencuri harta rakyat. Pasir adalah sumber alam yang merupakan hasil negeri yang sewajarnya dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor melalui program kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor, bukannya untuk memperkayakan kroni. Isu curi pasir di Selangor telahpun wujud jauh lebih serius sewaktu pentadbiran BN dahulu. Kerajaan negeri di bawah pentadbiran PR sentiasa komited bagi memastikan kegiatan perlombongan pasir dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan agar tidak menjejaskan kualiti alam sekitar dan ekosistem. Dalam

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MERIAH

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk mendampingi dan bertemu rakyat telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu (HBPB) Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Program HBPB ini merupakan kali pertama bagi tahun 2010 ini yang telah diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 25 dan 26 Mei 2010 bertempat di Kompleks PKNS Bangi, Daerah Hulu Langat, Selangor. Program HBPB adalah satu program di mana pelbagai jabatan/agensi Kerajaan di Negeri Selangor secara bersama-sama turun padang dengan membuka kaunter penerangan, pendaftaran dan aduan. Pelangan mendapatkan informasi berkenaan denagn Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Program HBPB ini telah beroperasi dari jam 10

Skuad MES Kunjungi Pasar Malam

‘Skuad MES’ kini mempergiatkan usaha untuk memberi maklumat dan menyampaikan manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada orang ramai hingga ke akar umbi, dengan mengunjungi pasar-pasar malam yang ada di Selangor… Pengunjung ingin mendapatkan maklumat Orang ramai khususnya rakyat Selangor berhak mengetahui hasil sumber kekayaan negeri yang diperoleh Kerajaan Negeri seterusnya dikongsi bersama semua lapisan masyarakat. Menyedari hal itu, ‘Skuad MES’ kini mempergiatkan usaha untuk memberi maklumat dan menyampaikan manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada orang ramai hingga ke akar umbi, dengan mengunjungi pasar-pasar malam yang ada di Selangor. Pasar malam merupakan tempat tumpuan umum di mana, semua bangsa

MES UNTUK SEMUA BANGSA, AGAMA DAN LATARBELAKANG

Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor pada 08 Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat(PR) telah memulakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi mengagihkan kekayaan Negeri Selangor kepada seluruh warganegara Selangor yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan latarbelakang. Selaras dengan Motto Selangor Negeri Maju dan Berkebajikan, agenda MES dimulakan dengan pemberian air percuma kepada seluruh rakyat Selangor bagi penggunaan air 20 meter padu pertama. Sebanyak RM200,143,073.97 telah dibelanjakan semenjak skim ini dimulakan pada Jun 2008 sehingga Dis 2009. Selain itu, bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pula, sebanyak RM25,500,000.00 telah dibayar kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia daripada jumlah

Agih 10 Peratus Keuntungan Pasir Kepada JKKK

rajaan Negeri bercadang akan mengagihkan 10 peratus hasil keuntungan perlombongan pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) kepda seluruh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangor. Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengagihan itu akan dibuat akhir Disember ini selepas akaun kumpulan berkenaan ditutup dan diaudit. “Walaupun belum dua tahun KSSB beroperasi ia telah menunjukkan keuntungan dan kita bercadang akan mengagihkan 10 peratus daripada keuntungan itu kepda seluruh JKKK di Selangor. “Ianya sebagi satu elaun tambahan dalam bentuk bonus kerana KSSB telah menjalankan operasi melombong pasirdi kawasan mereka dan keuntungan itu akan diterjemahkan kepada rakyat,”katanya. Beliau