Dua anak istimewa terima sumbangan YAWAS

SHAH ALAM, 1 JUN: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) memperuntukkan sejumlah RM5,000 kepada dua penerima Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal, baru-baru ini. Ahli Dewan Negerinya (ADN), Mazwan Johar berkata, dua anak istimewa iaitu Muhammad Ikmal Mohd Kamarul Arifin dan Siti Umaiyah Mohamad Sobri merupakan penerima sulung untuk program yang baharu dilaksanakan tahun ini. Katanya, kedua-dua anak istimewa berusia 10 dan 12 tahun itu mengidap penyakit ‘cerebral palsy’ dan memerlukan kerusi roda khas untuk kemudahan mobiliti mereka. “Sumbangan ini bertujuan untuk membiayai pembelian kerusi roda terbabit. “Saya berharap bantuan yang kami usahakan ini meringankan