Jom Shopping meriahkan sambutan Tahun Baru Cina

SHAH ALAM, 6 FEB: Sambutan Tahun Baru Cina bakal disambut meriah dan lebih bermakna apabila 400 masyarakat cina DUN Morib menerima baucer Jom Shopping. Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharuddin berkata, program itu bertujuan memberi peluang masyarakat cina berpendapatan RM1,500 kebawah membuat persediaan menyambut Tahun Baru Cina. “Kita mengharapkan sambutan kali ini akan lebih bermakna kepada masyarakat cina yang menyambutnya,” katanya, dipetik Sinar Harian. Hasnul berkata, bagi memberi peluang untuk semua penduduk di kawasannya berpeluang menerima baucer itu, pihaknya menjalankan tapisan terhadap penerima yang sudah tiga kali menerima bantuan itu. “Langkah itu diambil supaya dapat memberi peluang kepada penerima

Sambutan bermakna dengan Jom Shopping

SHAH ALAM, 3 FEB: Sambutan Tahun Baru Cina bakal disambut meriah dan lebih bermakna apabila 500 warga emas, orang kelainan upaya dan golongan kurang berkemampuan dibantu secara berterusan menerusi Program Jom Shopping. Penerima Tan Tang Peng, 73, berkata walaupun nilai RM100 dilihat kecil oleh sesetengah pihak, namun bagi warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan, pemberian ini membawa erti yang besar. Katanya, dengan sumbangan itu beliau dapat membeli barangan keperluan untuk menyambut perayaan terbabit tidak lama lagi. “Saya sangat gembira. Setiap tahun kami sekeluarga dapat melengkapkan keperluan perayaan dengan sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini. “Kami sekeluarga berharap, sumbangan

Jom Shopping: 500 penduduk DUN Batu Caves terima bantuan Syawal

GOMBAK, 25 JUN : Seramai 500 keluarga kurang berkemampuan menerima kupon beli belah bernilai RM100 di bawah Program Jom Shopping bagi persediaan sambutan Aidilfitri, Julai ini. Program tersebut mensasarkan golongan berpendapatan di bawah RM1,500, merupakan inisiatif jangka panjang Kerajaan Negeri memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat seluruh negeri. Hadir mewakili Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari, Masdiana Muhamad berkata, bantuan tersebut diadakan sepanjang tahun meliputi hari-hari perayaan kaum utama di Malaysia. “Program ini bukan hanya tertumpu kepada hari perayaan Aidilfitri dan kaum Melayu sahaja, sebaliknya kita adakan sepanjang tahun membabitkan kaum-kaum lain di seluruh Selangor. “Contohnya untuk perayaan Tahun

Program Jom Shoping Diperkemas Bolehkan Ramai Terima Manfaat

PELABUHAN KLANG, 4 OGOS: Program pemberian kupon membeli belah bernilai RM100 bagi Program Jom Shopping sempena perayaan akan diperkemaskan lagi bagi membolehkan lebih ramai golongan kurang berkemampuan mendapat manfaat dari program ini. Tindakan tersebut diambil selepas Kerajaan Negeri mengambil kira maklum balas yang diterima berhubung komposisi sesuatu kaum yang berbeza di setiap kawasan DUN di Selangor. Selain itu, Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, program yang diperluaskan bagi perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali ini juga akan dijadikan program tahunan dan peruntukkannya akan dimasukkan di dalam belanjawan tahunan Kerajaan Negeri. “Ada sesetengah DUN, peratus komposisi masyarakat Islam sangat

Ibu Tunggal Menangis Terima Bantuan Raya Jom Shopping

BATU CAVES, 1 OGOS: Peserta Program Jom Shopping Bantuan Raya memuji usaha Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang prihatin terhadap rakyat menjelang sambutan Aidil Fitri. Bagi mereka bantuan RM100 dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan seperti mereka membuat persiapan menyambut hari raya. Seorang ibu tunggal, Norbaya Ahmad, 63, dari Kampung Kerdas 5 yang menderita penyakit kanser payu dara sejak 13 tahun lalu amat bersyukur dengan bantuan ini “Alhamdullilah, walaupun bantuan ini hanya RM100, tetapi dapat membantu saya buat persiapan menyambut Aidilfitri kali ini, maklumlah saya tidak lagi boleh berkerja lagi, tiada sumber pendapatan, suami dah meninggal dunia, anak pun tiada.

Pemberian Kupon Jom Shopping Perayaan Akan Diperluaskan

ANG 27 JULAI : Pemberian Kupon Membeli Belah bagi Program Jom Shopping sempena perayaan akan diperkembangkan untuk juga semasa perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, untuk program Jom Shopping untuk Perayaan Aidilfitri, setiap DUN diperuntukkan kira-kira 500 kupon membeli belah itu yang akan diberikan kepada keluarga berpendapatan bawah RM1,500. Beliau berkata demikian semasa Program Jom Shopping yang diadakan di Pasaraya Econsave di sini. Dalam program itu, seramai 300 keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 terpilih untuk menerima kupon Jom Shopping itu yang bernilai RM100. Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan seramai 28,000 rakyat Selangor