Masa menunggu kini lebih singkat

SELAYANG, 3 OKT: Masa menunggu perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kini disingkatkan kepada 20 minit daripada 35 minit sebelum ini. Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, ia berdasarkan peningkatan jumlah penumpang di laluan pertama di MPS yang mencecah 90,000 sebulan. Katanya, Kerajaan Negeri memutuskan supaya MPS menambah dua bas di laluan berkenaan yang mula beroperasi dengan empas bas sejak beroperasi pada pertengahan 2016. “Dengan penambahan dua bas ini, tempoh masa menunggu juga dapat dipendekkan kepada 20 minit, berbanding lebih setengah jam sebelum ini. “Jumlah penumpang juga kini sudah meningkat kepada

Perkhidmatan Bas percuma Smart Selangor ringankan beban rakyat

SELAYANG, 3 OKT: Sebanyak RM1.25 juta setahun diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan laluan kedua perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor bagi kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mula beroperasi pada 26 Julai lalu. Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, penyediaan laluan baru iaitu MPS2 dari Tesco Rawang ke KTM Rawang dan Terminal Bas dan Teksi Rawang itu menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri bagi meringankan bebanan rakyat. Katanya, penambahan dua buah bas di laluan MPS1 pula menggunakan peruntukan MPS dengan kos RM626,460 setahun. “Kerajaan Negeri berharap rakyat dapat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan bas disediakan secara percuma ini bagi membantu meringankan

30 laluan Bas Percuma Smart Selangor bentuk jaringan pintar

SUBANG JAYA, 25 SEPT: Sebanyak 30 laluan Bas Percuma Smart Selangor di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dihubungkan dengan pelbagai jaringan pengangkutan awam seperti komuter, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan Express Rail Link (ERL). Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, jaringan pintar (Smart Network) itu memberikan perkhidmatan yang menyeluruh serta mengaplikasikan konsep pengangkutan berasaskan ‘First Mile Last Mile’. “Dengan adanya kesalinghubungan di antara Bas Smart Selangor dan pengangkutan awam lain seperti komuter, ERL, MRT, LRT dan BRT akan menjadikan sistem pengangkutan awam yang lebih baik, teratur dan

Lebih 10 juta guna Bas Percuma Smart Selangor

SHAH ALAM, 25 SEPT: Sejumlah RM42.5 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyediakan perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor, setakat ini. Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, RM33.5 juta merupakan peruntukan disediakan Kerajaan Negeri manakala baki RM9 juta pula ditanggung PBT. Katanya, PBT berkenaan adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Sepang. “Kos yang dibelanjakan adalah merangkumi kos sewaan termasuk pengurusan dan penyelenggaraan yang dipertanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat bas dilantik. “Kos lain termasuk ‘wrapping

Bas Smart Selangor ke-100 dilancar, diiktiraf MBOR

SUBANG JAYA, 24 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini melancarkan Bas Smart Selangor ke-100 yang turut menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR). Beliau berkata, pelancaran itu bukti keupayaan Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat. “Kita satu-satunya negeri yang memperkenalkan bas percuma dalam negara dan mungkin di dunia. “Inisiatif ini sejajar hasrat Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat, di samping 42 inisiatif lain yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya di hadapan lebih 200 hadirin. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor ke-100, di Pintu Masuk Utama Pusat Membeli Belah

‘Smart Bus Stop’ bakal diperkenal Oktober ini

SHAH ALAM, 19 SEPT: ‘Smart Bus Stop’ yang dilengkapi kemudahan aplikasi dalam talian akan diperkenalkan, pada Oktober ini. Pengurus Projek Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Mazlan Mahadi berkata, sebagai permulaan hanya beberapa lokasi dipilih sebagai perintis kepada perancangan itu menjelang tahun depan. Katanya, satu sistem pengawasan bas menerusi pusat kawalan akan turut diperkenalkan bersama pelancaran aplikasi itu nanti. “Pengguna boleh mendapatkan maklumat lokasi hentian terdekat dan laluan bas, sekali gus menjimatkan masa. “Hasil perkongsian maklumat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kami juga sedang memajukan sistem pengesan bas yang membolehkan pengguna membuat aduan secara terus. “Ia membabitkan cara pemanduan, kejadian tidak

Bas percuma Selangor dicemburui rakyat negeri lain

SHAH ALAM, 7 SEPT: Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dicetuskan Kerajaan Negeri bukan sahaja dinikmati anak jati Selangor malah turut memberi manfaat kepada warga negeri lain yang menetap di sini Program Bas Smart Selangor misalnya, cukup dicemburui penduduk negeri lain sekali gus membandingkan kemudahan itu dengan kemudahan di negeri mereka. Pengguna, Giman Saliman menyifatkan perkhidmatan itu memberi manfaat yang besar kepada penduduk tetap selain kepada rakyat yang ‘menumpang’ kasih mencari rezeki di negeri itu. “Terbaik Selangor. Walaupun bukan anak Selangor..alhamdulliah dapat juga nikmati sebagai rakyat menumpang kasih di negeri orang..tahniah dan terbaik Kerajaan Selangor,” tulisnya di laman Facebook. Selain itu,

Laluan bas Smart Selangor ditambah, galak guna pengangkutan awam

AMPANG, 6 OGOS: Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan Bas Percuma Smart Selangor dengan laluan tambahan baru di kawasan untuk kemudahan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Kim berkata, perkhidmatan bas percuma itu diperluaskan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ekoran sambutan menggalakkan daripada orang ramai. “Seperti dinyatakan Yang Dipertuan MPAJ, Abd Hamid Hussain, bagi 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu seramai lebih kurang 460,000 penumpang manakala bagi tempoh 1 Januri hingga 30 Jun lalu mencatat seramai kira-kira 229,000 penumpang. “Tahniah kepada MPAJ atas usaha

MB: Bas Percuma Smart Selangor ke-100 dilancar 24 September

KAJANG, 5 OGOS: Bas Percuma Smart Selangor yang ke-100 bakal dilancar pada 24 September hadapan, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, Selangor setakat semalam, mempunyai 93 bas yang disediakan secara percuma di 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri. Katanya, Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM32 juta bagi menyediakan perkhidmatan yang terunggul di Malaysia itu. “Ia sememangnya melibatkan kos yang agak besar tetapi Kerajaan Negeri sedia menanggungnya untuk kemudahan rakyat. “Walaupun perkhidmatan pengangkutan awam bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri, tetapi atas dasar tanggungjawab dengan kedudukan kewangan kukuh, kita sediakan perkhidmatan bas percuma di bandar dan luar

Sepang terima lapan Bas Smart Selangor, dua laluan baru

SEPANG, 4 OGOS: Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) menerima lapan bas dan dua laluan baru bagi perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor di daerah itu. Majlis Pelancaran Laluan Bas Smart Selangor disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, di sini, hari ini. Dengan pelancaran ini, MPSp kini memiliki tiga laluan dan 10 bas yang beroperasi di daerah itu bermula jam 6 pagi hingga 10 malam. Pada awal tahun ini, perkhidmatan Bas Smart Selangor di MPSp mencatatkan 23,255 penumpang dan meningkat kepada 29,906 penumpang pada Julai lalu. Pada 18 Julai lalu, Exco Pelaburan, Perindustrian Industri