241 wanita DUN Dengkil terima KISS

DENGKIL, 3 SEPT: Seramai 241 wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menerima kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), di sini, pada 30 Ogos lalu. Penyerahan kad KISS itu disempurnakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dengkil. Adhif berkata, ikatan kebajikan itu amat bagus terhadap golongan sasar yang amat memerlukan bantuan sedemikian. “Ia bertujuan meringankan beban tanggungan keluarga terutama kepada ibu yang tidak bekerja dan mempunyai anak ramai. “Manakala, kepada mereka yang sudah memohon, urusan anda akan saya percepatkan dan berusaha untuk menyelesaikan dengan kadar segera,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook

Mahu kuota bantuan KISS ditambah

SHAH ALAM, 22 MEI: Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli mahu bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ditambah kuota bagi memastikan kebajikan rakyat yang memerlukan terjamin. Katanya, hal itu kerana, beliau menerima permohonan yang banyak daripada penduduk setempat. Beliau berkata, Dato’ Menteri Besar sebelum ini mengumumkan pertambahan 10,000 lagi permohonan dibuka untuk rakyat Selangor menikmati manfaat Kiss. “Oleh itu, bagi DUN Bukit Melawati, saya akan menyemak semula sama ada kuota masih ada atau sebaliknya. “Saya kena semak dahulu memandangkan peruntukan KISS ini terhad bagaimanapun permohonan bagi Kad Peduli Sihat masih dibuka seperti biasa,” katanya. Terdahulu, katanya, permohonan KISS yang

Ibu tunggal disantuni, ADN Sementa serah KISS

SHAH ALAM,11 APR : Kematian suami tiga hari lalu akibat masalah pernafasan dan perlu membesarkan lima anak ternyata satu ujian besar buat Norliza Adnan, 48 dari Kampung Sementa. Prihatin dengan nasib menimpa ibu tunggal itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi tampil membantu dengan menyerahkan kad Kasih Ibu Smart Selangor, di kediamannya di Lapis 5, semalam. Terdahulu, program KISS adalah inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk memberdaya golongan wanita dengan pemberian RM2,400 setahun atau RM200 sebulan untuk mereka membeli barang keperluan. Peserta KISS akan mendapat bekalan makanan asas, peralatan juga pakaian sekolah untuk anak di lebih 500 pasar raya

KISS diperluas seluruh negara jika PAKATAN menang

SHAH ALAM, 7 APR: Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bakal diperluaskan ke seluruh negara jika Pakatan Harapan (PAKATAN) berjaya mentadbir Putrajaya. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, KISS akan turut dirasai seluruh rakyat Malaysia jika PAKATAN memenangi Pilihan Raya Umun ke-14 (PRU14) akan datang. “Daripada melaksanakan Baucer Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih baik kita berikan mereka KISS. “KISS merupakan insentif yang sangat membantu rakyat kerana penerima (wanita) diberikan RM200 setiap bulan berbanding pemberian BR1M hanya ada masa tertentu sahaja,” katanya ketika dihubungi SelangorKini. Daroyah berkata, walaupun KISS

Kedai runcit Wak Adon ada KISS

PELABUHAN KLANG, 29 MAC: Kedai runcit Wak Adon yang terletak di Kampung Perajurit, Telok Gong terpilih menjadi sebahagian daripada kedai panel program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Kedai itu yang menjual pelbagai barangan keperluan asas, basah dan kering, turut menawarkan khidmat penghantaran kepada penerima KISS. Pemiliknya, Mohd Ahadon Samlan, rasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama menjadi sebahagian dari KISS. “Saya harap kedai ini dapat membantu ibu-ibu di kawasan ini yang mempunyai kad KISS supaya membeli keperluan harian dan asas dengan mudah. “Saya juga berhasrat untuk membeli bekalan barangan keperluan asas ini terus daripada pembekal,” katanya. Kedai itu dirasmikan oleh Exco

Mahu lebih ramai peniaga mohon sebagai kedai panel KISS

PELABUHAN KLANG, 29 MAC: Peniaga dan peruncit digalakkan untuk menghantar permohonan bagi menjadi sebahagian daripada kedai panel program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, permohonan untuk menjadi kedai panel program KISS masih dibuka sehingga kini. “Sebenarnya kita mahu menggalakkan lagi peniaga dan peruncit khususnya rakyat Malaysia supaya mendaftar, sekali gus memudahkan penerima KISS berbelanja di kedai panel berdaftar. “Walaupun saiz kedai mereka mungkin tidak besar seperti pasaraya lain, namun atas semangat dan sokongan yang diberikan, mereka telah bersama-sama menjadi sebahagian dari ahli keluarga KISS. “Maka, diharapkan akan ada lebih

MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang

SHAH ALAM, 28 MAC: Penerima bantuan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dinaikkan daripada 30,000 kepada 40,000 golongan ibu di Selangor dengan peruntukan sebanyak RM96 juta. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri menyedari penerimaan luar biasa program itu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan ibu di negeri ini. “Oleh itu, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk mengumumkan bilangan penerima KISS dinaikkan daripada 30,000 kepada 40,000. “Dengan peruntukan awal sebanyak RM72 juta setahun, sejumlah RM4.3 juta telah dibelanjakan peserta KISS secara tanpa tunai (cashless) dilebih dari 300 kedai dan pasaraya panel KISS berdaftar di seluruh Selangor,” katanya

KISS tidak terhad 500 peserta bagi satu DUN

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri menafikan peserta skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dihadkan kepada 500 orang sahaja bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebaliknya jumlah itu bergantung kepada demografi penduduk. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, setiap DUN mempunyai demografi penduduk berbeza antara kawasan bandar dan luar bandar. “Jumlah sasaran 30,000 peserta tidak menghadkan mana-mana DUN tetapi mengikut demografi DUN tersebut. “Setiap DUN tidak semestinya kuota 500 orang sahaja tetapi yang penting dapat bantu golongan ibu yang menghadapi desakan hidup,” katanya. Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

KISS: Penerima gembira, ringankan kos sara hidup

KAPAR, 17 MAC : Seramai 438 wanita dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa menerima kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), semalam. Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, penyerahan itu merupakan penerima kad KISS fasa kedua di DUN berkenaan. “Sebelum ini saya sudah menyerahkan 119 kad KISS fasa pertama di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda. “Semua penerima amat gembira dan saya berharap dengan pemberian kad KISS ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ibu dan suri rumah di sini,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan kad KISS Fasa kedua di Dewan Taman Seri Kerayong,

KISS bukti iktiraf peranan Hawa

SHAH ALAM – Inisiatif pelaksanaan Skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membuktikan komitmen Kerajaan Negeri mengangkat martabat wanita, di negeri itu. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, skim berkenaan menjadi penanda aras bagi meringankan beban kemiskinan membabitkan wanita, di Selangor. “KISS dikhaskan untuk ibu kerana mereka insan yang tahu segalanya (mother knows best). “Sempena Hari Wanita Sedunia, saya ingin mengulangi tekad dan komitmen Kerajaan Negeri untuk memberdaya serta mengiktiraf peranan serta pengorbanan wanita,” katanya sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia, pada 8 Mac lalu. Terdahulu, laporan United Nations Children’s Fund (UNICEF) berhubung tahap kesihatan wanita dan kanak-kanak di negara ini iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kuala