MB: Jumlah penerima KISS dinaikkan kepada 40,000 orang

SHAH ALAM, 28 MAC: Penerima bantuan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dinaikkan daripada 30,000 kepada 40,000 golongan ibu di Selangor dengan peruntukan sebanyak RM96 juta. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri menyedari penerimaan luar biasa program itu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan ibu di negeri ini. “Oleh itu, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk mengumumkan bilangan penerima KISS dinaikkan daripada 30,000 kepada 40,000. “Dengan peruntukan awal sebanyak RM72 juta setahun, sejumlah RM4.3 juta telah dibelanjakan peserta KISS secara tanpa tunai (cashless) dilebih dari 300 kedai dan pasaraya panel KISS berdaftar di seluruh Selangor,” katanya

KISS tidak terhad 500 peserta bagi satu DUN

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri menafikan peserta skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dihadkan kepada 500 orang sahaja bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebaliknya jumlah itu bergantung kepada demografi penduduk. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, setiap DUN mempunyai demografi penduduk berbeza antara kawasan bandar dan luar bandar. “Jumlah sasaran 30,000 peserta tidak menghadkan mana-mana DUN tetapi mengikut demografi DUN tersebut. “Setiap DUN tidak semestinya kuota 500 orang sahaja tetapi yang penting dapat bantu golongan ibu yang menghadapi desakan hidup,” katanya. Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

KISS: Penerima gembira, ringankan kos sara hidup

KAPAR, 17 MAC : Seramai 438 wanita dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa menerima kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), semalam. Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, penyerahan itu merupakan penerima kad KISS fasa kedua di DUN berkenaan. “Sebelum ini saya sudah menyerahkan 119 kad KISS fasa pertama di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda. “Semua penerima amat gembira dan saya berharap dengan pemberian kad KISS ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ibu dan suri rumah di sini,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan kad KISS Fasa kedua di Dewan Taman Seri Kerayong,

KISS bukti iktiraf peranan Hawa

SHAH ALAM – Inisiatif pelaksanaan Skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membuktikan komitmen Kerajaan Negeri mengangkat martabat wanita, di negeri itu. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, skim berkenaan menjadi penanda aras bagi meringankan beban kemiskinan membabitkan wanita, di Selangor. “KISS dikhaskan untuk ibu kerana mereka insan yang tahu segalanya (mother knows best). “Sempena Hari Wanita Sedunia, saya ingin mengulangi tekad dan komitmen Kerajaan Negeri untuk memberdaya serta mengiktiraf peranan serta pengorbanan wanita,” katanya sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia, pada 8 Mac lalu. Terdahulu, laporan United Nations Children’s Fund (UNICEF) berhubung tahap kesihatan wanita dan kanak-kanak di negara ini iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kuala

DUN Taman Medan rekod pendaftaran tertinggi KISS

PETALING JAYA, 24 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan antara kawasan yang merekodkan pendaftaran skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tertinggi dengan jumlah hampir 500 peserta. Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, beliau gembira dengan sambutan diterima terhadap skim terbaru Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri tahun ini. “Alhamdulillah, kita berjaya mendaftarkan seramai 472 golongan ibu di DUN Taman Medan hari ini. “Penerima boleh membeli belah di lima pasaraya di sekitar Taman Medan, tiga cawangan di 99 Speedmart dan dua Pusat Pakaian Hari-Hari,” katanya. Dalam ucapannya pada Karnival Inisiatif Peduli Rakyat DUN Taman Medan,

KISS penuhi aspirasi rakyat

TANJONG KARANG, 18 FEB: Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) memenuhi aspirasi rakyat dalam usaha memberdaya golongan itu, di Selangor. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Shamshida Taharin berkata, beliau bersyukur kerana program itu menerima sambutan luar biasa sejak dilancarkan, pada Januari lalu. Katanya, kejayaan itu sekali gus membuktikan inisiatif meningkatkan taraf ekonomi golongan ibu, di Selangor bercaya dicapai. “Ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri meraikan golongan wanita yang merupakan insan paling istimewa dalam hidup kita,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Hi-Tea dan Wacana Wanita bersama penerima kad KISS DUN Permatang, di sini,

Selangor pelopor kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 18 FEB: Selangor menjadi pelopor kepada amalan berkebajikan demi kepentingan rakyat yang menjadi asas kukuh pentadbiran Kerajaan Negeri, hari ini. Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, ia dapat dilihat apabila Selangor muncul negeri pertama menawarkan air percuma 20 meter padu, sejak 2008. “Pada 2008, kita bermula dengan keadaan ‘zero’ dan tiada apa yang boleh dibanggakan kerana rizab ketika itu hanya RM400 juta. “Justeru, kita cuba sedaya upaya menawarkan dan memenuhi manifesto untuk diterjemahkan kepada rakyat antaranya pemberian air percuma, yang tidak pernah dilaksanakan di mana-mana negeri,” katanya. Beliau berkata demikian dalam temu bual FB Live

119 ibu terima manfaat KISS fasa pertama

KLANG, 15 FEB: Seramai 119 ibu yang berkelayakan menerima manfaat menerusi program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) DUN Sementa, semalam. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, penyerahan itu merupakan pemberian fasa pertama di kawasan berkenaan. Katanya, fasa kedua pemberian pula dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi. “Kita berharap penerima dapat menggunakan kemudahan kad ini dengan sepenuhnya. “Kita juga berharap pemberian bantuan ini akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ibu dan suri rumah di sini,” katanya di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda, di sini. Dr Daroyah yang juga Ahli Dewan Negeri

146 pemohon terima Kad KISS DUN Rawang

RAWANG, 13 FEB : Sambutan majlis penyerahan kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) fasa satu di Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang pada 11 Februari lalu berlangsung dengan penuh meriah. Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Gan Pei Nei berkata, sehingga kini sejumlah 146 penerima sudah menerima kad KISS itu. “Untuk penyerahan fasa kedua ia akan dilakukan selepas perayaan Tahun Baru Cina. “Ramai di kalangan penerima berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan inisiatif ini,” katanya kepada SelangorKini. Pei Nei berkata, setakat ini masih ada orang ramai datang untuk memohon kad KISS namun ia akan dibincangkan sama ada untuk menambahkan

240 golongan ibu terima kad KISS di DUN Sri Muda

SHAH ALAM, 11 FEB: Seramai 240 golongan ibu yang berkelayakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda menerima kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), hari ini. Ahli Dewan Negerinya, Shuhaimi Shafiei berkata, ia adalah pemberian peringkat pertama di kawasan berkenaan. “Diharap penerima dapat menggunakan kemudahan kad ini sepenuhnya bagi manfaat seluruh ahli keluarga. “Semoga pemberian bantuan kad ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ibu dan suri rumah di sini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kad KISS di Dewan Cendana, di sini. Shuhaimi berkata, sebelum ini pihaknya telah menghantar 500 permohonan untuk ditandatangani namun sempat dikeluarkan sebanyak