KISS bantu, GST miskinkan rakyat

KUALA SELANGOR, 23 JAN: Pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tepat pada masanya tatkala ekonomi semakin tenat, pada masa kini. Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, KISS mendapat sambutan luar jangkaan ekoran ramai dalam kalangan penerima skim berkenaan dibelenggu kos sara hidup tinggi. Katanya, situasi itu berbeza dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan Kerajaan Persekutuan yang menyebabkan semakin ramai rakyat menjadi papa kedana. “Semuanya berpunca daripada pelaksanaan GST menjadikan harga barangan semakin tinggi dan rakyat terhimpit dengan bebanan membeli barang keperluan,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran KISS, di Padang

Rebut peluang mohon KISS

KUALA SELANGOR, 22 JAN: Pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membuka peluang kepada seluruh wanita, khususnya golongan ibu, di negeri ini untuk memohon skim terbabit bagi meringankan beban. Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, beliau berharap lebih ramai wanita mahupun golongan ibu memohon KISS, pada masa akan datang. “Peluang emas begini tiada di mana-mana negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan, jadi saya harap golongan wanita mulai sedar dan ambil peluang memohon KISS. “Saya rasa terharu kerana Kerajaan Negeri mengiktiraf status dan sumbangan golongan wanita dan ibu, di Malaysia dengan mewujudkan program yang

KISS: Inisiatif RM72 juta, Selangor dahului komitmen bantu wanita

KUALA SELANGOR, 22 JAN : RM72 juta diperuntukan Kerajaan Selangor bagi membantu meningkatkan martabat wanita dan golongan ibu menerusi pengenalan inisiatif berkebajikan, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor mendahului negeri lain dalam membantu merancakkan agenda pembangunan wanita di negara ini. Beliau berkata, komitmen itu seiring matlamat yang digariskan dalam Dasar Wanita Selangor, bertujuan meningkatkan status sosio ekonomi dan autonomi wanita terpinggir. “Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri mengiktiraf setiap ibu yang layak untuk menerima bantuan sebanyak RM2,400 setahun, atau RM200 setiap bulan. “Peserta KISS mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak

KISS: Sinar baru buat ibu Selangor

KUALA SELANGOR, 22 JAN: Pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diyakini mampu membawa sinar baru kepada golongan ibu, di negeri ini. Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, inisiatif berkenaan dilihat relevan ketika golongan itu terus terbeban dengan pelaksanaan dasar yang menekan rakyat, di peringkat Persekutuan. Beliau berkata, menerusinya penerima boleh membeli keperluan makanan dan perlatan serta kelengkapan, di pasar raya berdaftar. “Jadi tidak hairanlah selepas KISS dibentangkan, tular di media sosial dengan jelas ada pihak yang cemburu dengan pelaksanaan berkebajikan, di Selangor. “Hakikatnya, dasar ini dilihat mampu memberi sinar baru kepada golongan ibu,

KISS tepat masanya, bantu hadapi cabaran ekonomi

SHAH ALAM, 20 JAN: “Apabila melihat kepada permohonan daripada golongan wanita khususnya ibu tunggal, saya sangat sedih,” luah Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan keluarga, Dr Daroyah Alwi. Hal itu kerana pendapatan yang mereka terima sangat sedikit berbanding tanggungjawab yang dipikul golongan itu. Katanya, ada dikalangan ibu tunggal memelihara enam hingga tujuh orang anak dengan hanya berpendapatan kira-kira RM1,000 sahaja. “Jadi, pada saya langkah Kerajaan Negeri mewujudkan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sangat bertepatan. “Ketika ekonomi sangat mencabar ini, mereka sangat memerlukan kita sebagai pihak kerajaan untuk membantu mereka,” katanya. Beliau berkata permohonan KISS itu kini terdiri daripada

KISS terima sambutan luar biasa

SHAH ALAM, 17 JAN: Bakal dilancarkan pada 22 Januari ini, program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) menerima sambutan luar biasa apabila hampir setiap kawasan DUN menerima lebih 1,000 permohonan. Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, walaupun Kerajaan Negeri hanya menetapkan kuota 500 permohonan di setiap DUN, namun pejabatnya masih menerima permohonan baru sehingga kini. “Kalau ikot kuota, kawasan saya memang tidak cukup sebab masih ramai pemohon berpendapatan rendah dan sederhana rendah. “Justeru, saya berharap Kerajaan Negeri boleh meluluskan untuk memberi kuota bagi kawasan DUN yang masih tidak penuh kepada kawasan yang lebih memerlukan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Kad KISS dilancar 22 Januari ini

SHAH ALAM, 5 JAN: Kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) akan dilancarkan pada 22 Januari ini oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, lokasi pelancaran program itu akan diumumkan kelak. “Sejumlah 30,000 permohonan yang berdaftar akan selesai, pada hujung Januari ini, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh wanita, terutama golongan ibu di Selangor,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Ramah Mesra Hi-Tea Bersama Media sempena tahun baru 2018: Usher in The New Year and #PressForProgress with IWB, di Hotel Concorde, di sini. Turut hadir, Penasihat

Kiss: Permohonan melebihi sasaran

KERAJAAN Selangor memahami beban kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor khususnya dalam mendapatkan bahan keperluan asas bagi keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah. Justeru menerusi inisiatif peduli rakyat (IPR), kerajaan negeri memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) iaitu satu program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah yang akan dilaksanakan Januari 2018. Program ini bukan sahaja mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam menguruskan keluarga, malah membantu dari segi kewangan untuk pembelian barangan keperluan asas.  Lebih menarik, peserta Kiss boleh membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless). Ikuti kupasan lanjut serta

Kad KISS bakal dilancar Januari ini

SHAH ALAM, 24 DIS: Kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang dinantikan rakyat bakal dilancarkan Januari ini oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pelancaran itu dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada seluruh wanita, terutama golongan ibu di negeri ini. “Setiap hari di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) sentiasa dipenuhi orang ramai yang hadir untuk memohon KISS. “Selepas perayaan Krismas ini, kami akan mula membuat tapisan dan memilih pemohon yang layak menerima kad KISS,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata, setiap permohonan akan ditapis

Permohonan KISS bagai pisang goreng panas

RAWANG, 22 DIS: Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang memfokuskan golongan ibu, di negeri ini terus mendapat sambutan menggalakan daripada rakyat. Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, sehingga kini lebih 700 permohonan KISS sudah diterima, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. “Kami sasarkan 1,000 permohonan bakal diterima sehingga hujung tahun ini. “Setiap hari Pusat Khidmat Rakyat DUN Rawang menerima kunjungan daripada komuniti setempat untuk memohon KISS,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata, setiap permohonan KISS akan menjalani proses tapisan sebelum diluluskan, sama ada layak atau tidak untuk menerima skim terbabit. Pei Nei berkata, setakat ini sudah lima