Kad KISS bakal dilancar Januari ini

SHAH ALAM, 24 DIS: Kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang dinantikan rakyat bakal dilancarkan Januari ini oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pelancaran itu dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada seluruh wanita, terutama golongan ibu di negeri ini. “Setiap hari di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) sentiasa dipenuhi orang ramai yang hadir untuk memohon KISS. “Selepas perayaan Krismas ini, kami akan mula membuat tapisan dan memilih pemohon yang layak menerima kad KISS,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata, setiap permohonan akan ditapis

Permohonan KISS bagai pisang goreng panas

RAWANG, 22 DIS: Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang memfokuskan golongan ibu, di negeri ini terus mendapat sambutan menggalakan daripada rakyat. Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, sehingga kini lebih 700 permohonan KISS sudah diterima, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. “Kami sasarkan 1,000 permohonan bakal diterima sehingga hujung tahun ini. “Setiap hari Pusat Khidmat Rakyat DUN Rawang menerima kunjungan daripada komuniti setempat untuk memohon KISS,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata, setiap permohonan KISS akan menjalani proses tapisan sebelum diluluskan, sama ada layak atau tidak untuk menerima skim terbabit. Pei Nei berkata, setakat ini sudah lima

Program KISS Bantu Golongan Ibu

SHAH ALAM – Program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) yang diperkenalkan kerajaan negeri disifatkan jauh lebih baik berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khususnya bagi membantu golongan wanita berpendapatan rendah. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kiss memberikan bantuan kewangan RM200 setiap bulan selama setahun bagi membolehkan golongan ibu terlibat membeli barangan keperluan asas berbanding BR1M yang diberikan secara one-off. “Kiss jauh lebih baik kerana setahun mereka memperoleh bantuan terus berjumlah RM2,400 berbanding BR1M hanya RM1,200. “Bantuan BR1M oleh kerajaan persekutuan juga diberikan kepada ketua keluarga manakala Kiss kita berikan kepada golongan ibu,” katanya. Beliau

KISS jauh lebih baik dari BR1M

SHAH ALAM, 8 NOV 2017: Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diperkenalkan Kerajaan Negeri disifatkan jauh lebih baik berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khususnya bagi membantu golongan wanita berpendapatan rendah. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, KISS memberikan bantuan kewangan RM200 setiap bulan selama setahun bagi membolehkan golongan ibu terlibat membeli barangan keperluan asas berbanding BR1M yang diberikan secara ‘one-off’. “KISS jauh lebih baik kerana setahun mereka memperloleh bantuan sekitar RM2,400 berbanding BR1M hanya RM1,200. “BR1M diberikan kepada ketua keluarga manakala KISS kita berikan kepada ibu,” katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang