IPR berjaya, Kerajaan Negeri teruskan dalam Belanjawan 2018

BATU CAVES, 1 OKT: Kerajaan Negeri meneruskan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam Belanjawan 2018 berikutan kejayaannya yang memberi manfaat kepada rakyat. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keberkesanannya membuktikan dasar digariskan Kerajaan Negeri adalah tepat apabila hasil kekayaan negeri disalurkan kepada rakyat dalam bentuk program. “Ia amat berjaya dan setakat ini kita ada 42 program IPR di mana Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM2 bilion yang diserahkan kepada rakyat. “Oleh kerana keberkesanan program ini yang dapat memberdayakan rakyat maka ia akan diteruskan dalam Belanjawan 2018 akan datang,” katanya kepada media. Beliau berkata demikian selepas Majlis Menyemarakkan

Hasil Selangor dinikmati rakyat, banyak program kebajikan dirangka

RANTAU PANJANG, 27 MEI: Tumpuan kebajikan dizahirkan pentadbiran Pakatan terhadap rakyat negeri ini disifatkan lebih konsisten berbanding komitmen pentadbiran negeri diterajui Barisan Nasional. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Indusri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, perolehan hasil kekayaan negeri kini dinikmati rakyat secara adil hasil pentadbiran telus kerajaan Pakatan di negeri ini.  Mengambil contoh di Sarawak sebagai negeri pentadbiran Barisan Nasional (BN), Chang Khim berkata, kebajikan rakyat negeri itu seolah-olah dinafikan apabila mereka tidak mendapat kebajikan sebaiknya walaupun negeri itu kaya dengan sumber aslinya namun rakyat miskin. “Sarawak mempunyai rizab yang jauh lebih tinggi dari

Rakyat terus dibela di bawah Inisiatif Peduli Rakyat

RANTAU PANJANG, 27 MEI: Seramai 79 masyarakat DUN Sungai Pinang menerima manfaat bantuan Smart Selangor Food Stamp dan Kad Peduli Sihat yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri membantu rakyat dengan program kebajikan. Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang, Dato’ Teng Chang Khim berkata, ia bertujuan membantu mengurangkan beban keluarga kurang berkemampuan iaitu isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.  “Sejak diperkenalkan tahun lalu, rakyat yang terpilih mendapat bantuan Food Stamp hampir setiap bulan. “Kerajaan Negeri berharap dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka dapat menghadapi ekonomi yang tidak stabil,” katanya ketika berucap dalam program Smart Selangor Food Stamp di Dewan Orang

Tingkat kaedah pemberian Food Stamp

SHAH ALAM, 10 MEI: Program Bantuan Makanan Asas Food Stamp perlu dipertingkat dan diperkemaskan melalui beberapa kaedah yang boleh dikaji semula. Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, kaedah itu boleh dikaji semula khususnya penghantaran dari rumah ke rumah membabitkan penerima yang tidak mempunyai kenderaan. Katanya, pengagihan secara berpusat ketika ini menyukarkan penerima untuk hadir menerima sumbangan. “Kita memahami mungkin kos kaedah ini akan sedikit meningkat tetapi boleh dihadkan kepada golongan tertentu. “Ada penerima yang sanggup menaiki bas dan teksi untuk mengambil sumbangan ini setiap bulan. Jadi, ia menyukarkan penerima,” katanya kepada Selangorkini di majlis penyerahan bantuan itu

SmartSelangor Food Stamp bantu 5,600 keluarga kurang mampu

SUNGAI BESAR, 20 MEI: Program bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” 2016 dilancarkan Kerajaan Negeri hari ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan di seluruh Selangor. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata program bantuan bulanan itu adalah yang pertama seumpama diperkenalkan sebuah Kerajaan Negeri di negara ini.  “Selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri seperti mana dibentangkan dalam Belanjawan 2016, kita peruntukkan RM3 juta untuk membantu 5,600 keluarga di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor. “Kita menyasarkan program dijalankan mulai Jun ini,” katanya kepada media di sini, hari ini. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food

RM2.1 juta diperuntuk jayakan Smart Selangor Food Stamp

SHAH ALAM, 1 OGOS: Sejumlah RM2.1 juta diperuntukkan menerusi Program Smart Selangor Food Stamp untuk membantu 5,600 keluarga miskin bagi 2016. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata RM156,800 turut dibelanjakan sebagai kos pengurusan merangkumi kos logistik, penghantaran dan pekerja. “Nilai barangan dibekalkan kepada penerima tidak ditolak kos pengurusan yang dikendalikan HIJRAH Selangor. “Kita sedar rakyat berhak menerima nilai bantuan ditetapkan secara penuh tanpa kos tersembunyi bagi mengelakkan perkara luar jangkaan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib berhubung

Food Stamp: Ramai terima manfaat menerusi sistem penggiliran

BATU CAVES, 29 JULAI: Sistem penggiliran bakal digunakan dalam Program #SmartSelangor Food Stamp bagi memberikan peluang lebih ramai penerima. Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari, berkata program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan peningkatan jumlah pendaftaran sejak diperkenalkan. “Ini program kedua dalam tempoh dua bulan dan kita merancang dari segi pengagihan dalam memastikan mereka yang benar layak dan susah menerima bantuan. “Ia sangat membantu bagi mereka yang berdepan pendapatan kecil dan masalah pendapatan,” katanya kepada Selangor Kini. Sejak diperkenalkan, hampir 200 keluarga di DUN Batu Caves menerima manfaat Food Stamp. Amirudin sebelum itu menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan

Selangor Food Stamp ditambah baik tepati golongan sasar

SHAH ALAM, 10 JULAI: Program Selangor Food Stamp akan ditambah baik daripada segi bahan barangan yang diedarkan selepas Aidilfitri, kata Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi. Daroyah berkata, pihaknya sudah berbincang dan mengenal pasti bentuk barangan yang akan ditukar supaya ia menepati golongan sasar. “Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan bentuk barangan yang diberikan. Oleh itu, kita mengambil maklum perkara ini. “Jadi, kita sudah mengenal pasti bentuk barangan yang akan ditukar dan berbincang dengan pihak terbabit,” katanya kepada SelangorKini, baru-baru ini. Daroyah berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan pemberian itu dinikmati golongan berpendapatan rendah

100 keluarga DUN Taman Templer terima Smart Selangor Food Stamp

SELAYANG, 26 JUN: Program Smart Selangor Food Stamp 2016 yang kian diperluaskan ke semua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi bukti Kerajaan Negeri peka dengan situasi ekonomi rakyat. Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata meskipun masih ada segelintir keluarga berdepan kesusahan namun diharapkan dengan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan dapat meringankan keluarga yang kurang berkemampuan. “Kita perkenalkan Smart Selangor Food Stamp untuk membantu masyarakat. Kerajaan Negeri mendengar segala pandangan dan cadangan yang rakyat kemukakan. “Walaupun hanya 100 keluarga menerima bantuan untuk setiap DUN, saya harap jangan ada pihak berkecil hati jika tidak menerima bantuan

Penerima Smart Selangor Food Stamp puji keprihatinan kerajaan

SHAH ALAM, 19 JUN: Usaha pimpinan Kerajaan Negeri membantu rakyat Selangor dengan pelbagai program kebajikan terus menerima pujian rakyat. Pemandu lori, Omar Ahmad, 45, berkata program seperti Smart Selangor Food Stamp sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban belanja dapurnya. “Diharap lebih banyak lagi program sebegini dapat diadakan, jika boleh tambah lagi peruntukan memandangkan kos hidup sekarang juga tinggi. “Syabas kepada Kerajaan Negeri dan semoga terus maju untuk membangunkan negeri bersama rakyatnya,” kata bapa kepada enam anak ini. Pasangan kurang upaya suami isteri, Tumairi Paiman, 54 dan Aishah Mohamad, 47, pula berharap program dilaksanakan Kerajaan Negeri tidak bersifat ‘one off’ dan