PTRS beri pelbagai manfaat kepada rakyat Selangor

Dasar PTRS Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri ingin membantu pelajar supaya tidak terus tercicir dalam pelajaran, satu program dinamakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diperkenalkan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) atau kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). PTRS yang dianjurkan Kerajaan Negeri dan bekerjasama bersama Yayasan Selangor sejak Mac 2009 itu diteruskan dengan beberapa penambahbaikan demi meningkatkan tahap pencapaian diraih setakat ini. Dasar pertama PTRS adalah memberi bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) secara percuma kepada pelajar yang memperolehi keputusan sederhana atau lemah mata pelajaran manakala kedua ia diberi kepada pelajar yang keluarganya berpendapatan bawah RM2,000. Objektif

PTRS mantapkan pendidikan anak-anak

KLANG – Ibu bapa di Selangor perlu memainkan peranan yang lebih meluas untuk merangsang anak menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan negeri, Dr Halimah Ali, berkata pendekatan itu perlu diambil bukan sahaja untuk memantapkan pembelajaran anak-anak tetapi juga mengelakkan anak terbabit dengan aktiviti tidak bermoral. “Ini sebenarnya cara Kerajaan Negeri keluar daripada kepompong kemiskinan. Selain duit kita mahu bagi pendidikan masa depan yang lebih baik,” katanya di program pelancaran PTRS dan motivasi keibubapaan anjuran Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) Selat Klang dan Pejabat ADUN Selat Klang di Dewan Putra, Kampung Delek Kanan, baru-baru ini.

Program Tuisyen Rakyat Selangor lahir pelajar cemerlang

SHAH ALAM 13 DIS : Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dilaksanakan kerajaan negeri di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) memberi manfaat kepada lebih 60,000 pelajar di seluruh Selangor yang mengikuti program berkenaan. Penolong Setiausaha, Unit Pendidikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Siti Syazwani Ab Latib, berkata kira-kira 62,749 pelajar seluruh Selangor mengikuti program berkenaan membabitkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak dimulakan, pada Mac 2009. Beliau berkata, PTRS adalah program khas bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan percuma yang disediakan kepada pelajar dengan keputusan sederhana dan lemah bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Dari segi

PTRS akan ditambah baik

SHAH ALAM – Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dimulakan Kerajaan Negeri sejak 2009 akan diteruskan den – gan beberapa penambahbaikan demi mening-katkan tahap pencapaian diraih setakat ini. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali (gambar), berkata program bantuan kelas tusiyen percuma melalui skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu jelas mendapat sambutan majoriti rakyat Selangor. “Memang ramai berikan input yang baik terhadap PTRS dan minta ia diteruskan, malah tidak sabar untuk turut serta,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata, antara penambahbaikan bagi program itu ialah Adun dan Penyelaras di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN akan

Lebih 13 Ribu Pelajar Nikmati Program PTRS

SHAH ALAM, 12 JULAI : Seramai lebih 13 ribu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor menikmati manfaat daripada program Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sejak dilancarkan pada 2009 dengan peruntukan RM3.45 juta. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, Kerajaan Negeri melaksanakan PTRS atau Tuisyen Percuma dengan sasaran golongan pelajar yang akan menduduki SPM dan berasal dari keluarga berpendapatan kurang RM1,500 sebulan. Menurutnya, program tersebut dijalankan di seluruh Selangor mengikut DUN sebanyak 56 kawasan dengan setiap kawasan diberi kuota sebanyak 100 tempat sahaja. “Kerajaan negeri konsisten memberikan peruntukan sama pada 2010, 2011 dan tahun

PTRS bantu anak pekerja kilang cemerlang SPM

PETALING JAYA – Selain doa ibu bapa dan usaha sehingga mencatat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sharina Sarimin, 18, tidak melupakan peranan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang melayakannya menerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang peringkat DUN Taman Medan. “Saya merupakan harapan keluarga dan ingin menjadi seorang ahli sains yang berjaya, seterusnya mengubah nasib keluarga saya,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Pelancaran PTRS di Dewan MBPJ, baru-baru ini. Bapanya, Sarimin Salleh ternyata berbangga dengan pencapaian anaknya dan berkata, beliau dan isteri hanya bekerja kilang dan berusaha mencari rezeki untuk anak-anak melanjutkan pelajaran sehingga ke menara

PTRS bantu dua beradik masuk IPTA

Siti Aishah, 20, dan Siti Sarah, 18, mempunyai bapa yang bekerja sebagai pemandu lori. Tetapi kedua-dua anak Mohd Rasid Hashim, 48, berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selepas mengikuti Program Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) anjuran kerajaan Selangor. Siti Aishah yang kini menuntut dalam jurusan Akauntansi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPR) 2009 dengan 7A. “Saya mengikuti tuisyen di PTRS pada 2009 dalam DUN Sri Muda dan bersyukur dengan bimbingan tenaga pengajar yang berwibawa menjadikan saya lebih berilmu dan bersedia dalam menghadapi peperiksaan. “Keputusan 7A yang saya capai amat menggembirakan

Lebih 13,000 Pelajar Menikmati Program Tuisyen Rakyat Selangor

SHAH ALAM, 30 APR : Selama tiga tahun penganjuran Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) seramai 13,367 pelajar di Selangor mendapat faedah daripadanya. Exco Selangor Dr Halimah Ali berkata, PTRS ini ditawarkan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana. “PTRS membantu pelajar-pelajar berasal dari keluarga berpendapatan kurang dari RM1,500 untuk meningkatkan kecemerlangan dalam SPM,” jelasnya. Halimah turut menambah, setiap DUN diperuntukkan RM3.45 juta setahun untuk membantu seramai 100 orang pelajar. “Kerajaan negeri merupakan satu-satunya negeri yang memberikan tuisyen percuma seperti ini,” katanya ketika memberi ucapan pada Majlis Program Tuisyen

PTRS Menolong Pelajar Miskin Berjaya Hadapi SPM

SHAH ALAM, 30 APR : Mereka mahu cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malangnya bagi pelajar seperti Jeetha Balasubramaniam dan Nasuha A’adil Bohar, keluarga mereka tidak mampu untuk menghantar mereka ke tuisyen. “Dahulunya saya ingin mengambil tuisyen tetapi ibu saya merupakan ibu tunggal dan tidak mampu membayar tuisyen. PTRS banyak membantu saya,” ujar Jeetha, 18, apabila ditemui pada satu majlis pelajar cemerlang Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di sini semalam. Semenjak ia diperkenalkan pentadbiran Pakatan Rakyat tiga tahun lalu, PTRS telah menolong pelajar SMK (P) Sri Aman, Meru ini, untuk meningkatkan tahap prestasi pelajar. Ia bitawarkan kepada pelajar daripada

Program Tuisyen Rakyat Berjaya Beri Manfaat Kepada Pelajar

SHAH ALAM, 30 Mac – Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang dilaksanakan secara percuma di seluruh negeri Selangor mencapai kejayaan apabila program tersebut banyak membantu mempertingkatkan prestasi dan mutu pelajaran pelajar di negeri ini dengan 8,841 sudah mengikuti program yang bermula sejak 2009. Daripada jumlah itu seramai 4,333 pelajar adalah bagi 2009 dan 4,508 bagi 2010 menerima manfaat program yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam sidang DUN hari ini menjelaskan bahawa PTRS merupakan program tuisyen percuma yang dianjurkan kerajaan negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi