Program PTRS Bantu Pelajar Miskin

Petaling Jaya – Usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Dewan Undangan Negeri (DUN) taman Medan mengadakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Mohd Talha berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun kedua itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka. Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insane dalam bentuk sumbangan pendidikan