Kursus insentif latih pengasuh bertauliah

SHAH ALAM, 13 NOV: Lebih banyak kursus penjagaan kanak-kanak bakal diwujudkan, di negeri ini melalui Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK). EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemerdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia bagi memberi ilmu kepada golongan terbabit, terutama suri rumah menjadi pengasuh terlatih dan berpengetahuan. Katanya, selain menjana pendapatan, langkah itu juga mampu menyediakan lebih banyak pusat asuhan di rumah dan memberi kemudahan untuk ibu bapa bekerja meninggalkan anak masing-masing, di pusat asuhan terlatih, teratur dan selamat. “Secara umumnya, sebagai ibu bapa kita perlu memeriksa latar belakang pusat asuhan atau pengasuh dan keluarganya terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan.

Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak dapat sambutan

CYBERJAYA, 22 OKT: Seramai 39 peserta di daerah Sepang menyertai Program Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK), di Hotel Tune, di sini, semalam. Ketua Unit Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB), Arba’ain Abdul Rahman berkata, kursus selama tiga hari itu mendedahkan kepada peserta berkenaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dengan cara betul. “Program KIPK anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama RMSB sudah masuk siri keenam untuk tahun ini dan sejak ditubuhkan pada 2012, seramai 810 suri rumah di Selangor sudah menyertainya. “Kita juga turut menguar-uarkan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di setiap Dewan Undangan Negeri untuk mencari mereka yang berminat menyertai program ini,” katanya. Beliau

Pei Nei sedia hadapi cabaran besar terajui YAWAS

SHAH ALAM, 8 OKT: Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) baharu, Gan Pei Nei merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri terutama Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari yang melantik beliau memimpin agensi penting bagi meneruskan hasrat membantu kehidupan rakyat. Katanya, lantikan itu merupakan amanah besar yang akan dilaksanakan sebaik mungkin selain membuat persediaan rapi dalam tempoh tiga bulan ini bagi membolehkan semua program dibawah kendalian YAWAS berjalan lancar. “Terima kasih atas kepercayaan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melantik saya mengetuai YAWAS. Saya akan bertemu beliau yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah dalam masa terdekat untuk lebih memahami hala tuju YAWAS. “Ini

Belanjawan Selangor 2019: Pendidikan awal kanak-kanak OKU dipertingkat

SHAH ALAM, 9 OKT: Aksesibiliti pendidikan awal kanak-kanak kelainan upaya di Selangor dirancang untuk ditingkatkan dengan membuka pusat khas buat golongan itu, mulai tahun depan. EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, inisiatif itu menyasarkan anak-anak down syndrom, autisme dan disleksia dari keluarga kurang berkemampuan. Katanya, usaha itu masih giat dirangka dan perincian lanjut berkenaannya akan dibentangkan di Sesi Pembentangan Belanjawan Selangor 2019, pada 23 November depan. “Pusat khas itu bertujuan supaya setiap kanak-kanak OKU mampu menjalani kehidupan dengan menitikberatkan beberapa aspek kemahiran, bermain dan belajar. “Kita akan melaksanakan pusat khas ini di dua taska

Selangor biaya 810 pengasuh di rumah jalani kursus

PETALING JAYA, 30 SEPT: Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan terbaik bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di Selangor khasnya bagi golongan keluarga berpendapatan rendah. EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, antara langkah diambil Kerajaan Negeri dengan mengadakan Program Kursus Instensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK). “Sejak 2013 hingga Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM652,000 untuk membiayai 810 orang suri rumah di Selangor menyertai program untuk menjadikan mereka sebagai pengasuh lebih terlatih dan selamat. “Kursus akan diteruskan pada tahun akan datang dan akan mensasarkan wanita yang menerima insentif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) iaitu mereka yang berpendapatan rendah di

Suri rumah main peranan penting, tak perlu rendah diri

PETALING JAYA, 30 SEPT: Suri rumah yang bekerja di rumah seperti pengasuh tidak perlu merendah diri kerana golongan itu memberi sumbangan yang besar untuk membina keluarga, masyarakat dan negara. EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, golongan suri rumah juga layak mendapat pengiktirafan kerajaan dengan menyediakan pelbagai insentif untuk mereka. “Penghargaan kepada puan-puan yang menjaga anak-anak selama ini tidak diberikan pengiktirafan mana-mana pihak sedangkan kita semua tahu suri rumah adalah tenaga pembangunan negara yang sangat besar. “Antaranya pendapatan mereka tidak termasuk dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau produktiviti negara dan sebab itu kami pimpinan

SiKembar bantu golongan berpendapatan rendah

Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup sering meniti daripada bibir ke bibir masyarakat,  sejak kebelakangan ini. Situasi runcing itu ternyata memberi kesan kepada kuasa beli pengguna dan menjadi keluhan rakyat akibat ketidakcukupan pendapatan untuk menampung keperluan asas serta bebanan hutang. Bagaimanapun, ia adalah realiti yang harus diharungi semua rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Bukan sahaja untuk menampung kenaikan harga barang, malahan aspek keselamatan juga harus diberi penekanan serius kerana ia adalah elemen keperluan terhadap anak. Menyedari hakikat itu, Kerajaan Selangor tampil menjadi contoh terbaik dengan merancakkan lagi peranan pentadbirannya melalui tawaran Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar). SiKembar adalah program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) atau kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dalam menguruskan kehidupan

30 Peserta Ikuti Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK)

YB Dr Daroyah Alwi hadir merasmikan Program Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) anjuran Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & keluarga Negeri Selangor yang dijayakan bersama Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Seramai 30 orang peserta terdiri dari suri rumah yang mengasuh anak-anak atau ‘Baby Sitter’ di rumah diberikan peluang mengikuti kursus penjagaan dan pelbagai aspek untuk menjaga anakanak asuhan mereka dirumah. Ini bagi meningkatkan kualiti penjagaan anak-anak ini di rumah dengan lebih baik di Negeri Selangor. Setiap tahun sebanyak 4 siri program dianjurkan dengan kapasiti setiap siri adalah 30 orang yang diberi peluang mengikuti kursus ini secara percuma. Sehingga kini hampir 500

Kerajaan Negeri taja pengasuh taska rumah sertai KAP

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Negeri bakal menaja sepenuhnya pengasuh taska beroperasi di rumah, yang terpilih, untuk menjalani Kursus Asuhan Permata (KAP). Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, tajaan dibuat selepas mengambil kira kos kursus yang tinggi dan ketidakmampuan pengasuh menyertai kursus wajib pendaftaran taska itu. Katanya, inisiatif Kerajaan Negeri itu juga bertujuan menyokong usaha ke arah jaminan kualiti penjagaan kanak-kanak di Selangor. “Kita juga menerusi Kursus Intensif Pengembangan Kanak-kanak (KIPK) turut menyediakan 16 modul pengusahaan penjagaan kanak-kanak di rumah. “Sejak dilaksanakan pada 2013, seramai 506 pengasuh di rumah sudah menjalani KIPK secara percuma,”

Kerjasama pengusaha Taska – ibu bapa perlu, elak beban kadar yuran naik

SHAH ALAM, 2 JAN: Kadar yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang dinaikkan mulai Januari ini diharap berpatutan dan tidak membeban kalangan ibu bapa juga penjaga di Selangor. Malah pengusaha Taska diharap tidak mengambil kesempatan terhadap perkara itu dan memberi kerjasama kepada golongan berkaitan demi kebaikan bersama. Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail berkata, dengan kos operasi meningkat ketika ini tentunya kenaikan kadar yuran tidak dapat dielakkan tambahan dengan peningkatan kos sara hidup yang perlu ditempuh. “Situasi menang-menang perlu dipraktikkan antara pengusaha Taska dan ibu bapa juga penjaga kerana kedua-duanya saling memerlukan. “Biarpun kenaikan kadar yuran perlu tetapi