Hari Terbuka Tadika Taska Daerah Petaling 2016/2017

Hari Terbuka Tadika Taska Daerah Petaling 2016/2017 Tarikh: 27 November 2016 (Ahad) Mula: 9.00 pagi – 2.00 Petang Lokasi: Shah Alam Convention Centre, Selangor Aktiviti : Taklimat dan Pendaftaran Skim Tunas, Skim Sikembar & Skim Tawas 2017 Pameran dan Pendaftaran Tadika & Taska Daerah Petaling 2017 Pameran dan Pendaftaran Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) “Parenting Talk” Pertandingan mewarna, bakat kanak-kanak, dan lain-lain    

Pentadbiran RMSB bergabung YAWAS

Syarikat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mencapai pesetujuan bersama untuk menggabungkan operasi di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Sebagaimana yang telah dipersetuji, semua kakitangan RMSB akan diserap sepenuhnya di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bermula pada 17hb Oktober 2016 yang lalu.  Penggabungan ini adalah untuk memantapkan lagi perkhidmatan kepada warga Selangor. Sejak dari tahun 2008 RMSB telah mentadbir beberapa program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti : Skim Mesra Usia Emas Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar)  Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) Skim Kesihatan Wanita Selangor Pusat Dialisis Rakyat (sebelum dikeluarkan daripada MES)

441 warga Sabak Bernam terima insentif Kerajaan Negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD SABAK BERNAM, 2 SEPT: Seramai 441 penduduk Sabak Bernam menerima insentif Kerajaan Negeri menerusi pelbagai program bantuan jangka panjang di Dataran Niaga Bagan Terap, Sungai Besar, hari ini. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan itu diberikan ekoran peningkatan kos sara hidup rakyat masa kini yang mendorong ia diteruskan ke seluruh negeri. “Untuk meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan rakyat majmuk dan berbilang kaum, pelbagai program bantuan dirangka dan diterjemahkan kepada rakyat. “Pelaksanaan program bantuan ini memberi impak sosial kepada rakyat khususnya di kawasan pinggir bandar,” katanya. Penyerahan bantuan khas meliputi serahan Plak

Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak Siri 1/2016

Pada 15 -17 April 2016, Rantaian Mesra Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak untuk pertama kali bagi tahun 2016. Kursus Taska Di Rumah tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Hotel Puteri Garden, Klang yang dihadiri oleh seramai 28 orang peserta. Para peserta yang hadir di kursus ini akan mendapat sijil penyertaan dari Negeri Selangor serta sijil kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Seterusnya para peserta boleh mendaftar Taska dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), buka akaun Taska dan juga mendaftar dengan program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) bagi bantuan yuran

Program KIPK dedah peserta penjagaan terbaik kanak-kanak di rumah

SHAH ALAM, 17 NOV: Seramai 30 peserta mengambil bahagian dalam Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) bagi perkongsian ilmu dan pendedahan berhubung perkhidmatan penjagaan kanak-kanak secara terbaik. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia juga dapat membantu pengasuh meningkatkan kualiti jagaan dan asuhan terhadap kanak–kanak dijaga di rumah. Selain itu, katanya ia dapat membantu pengasuh menjalankan perkhidmatan di rumah mendapatkan lesen pendaftaran sah sekaligus melaksanakan pemutihan taska dan pusat jagaan kanak–kanak yang beroperasi secara tidak sah. “Kursus ini juga istimewa apabila pengasuh dikumpulkan dan dibekalkan dengan ilmu dan pendedahan yang baik dan berguna supaya dapat

Exco: Wanita berpeluang tambah pendapatan jadi pengasuh dari rumah

SHAH ALAM 31 MAC: Wanita yang mengambil upah mengasuh anak-anak kecil di rumah, kini berpeluang meningkatkan taraf mereka dengan bergelar pengusaha taska. Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri kini memberi peluang kepada pengasuh kanak-kanak menjadikan bidang kerja mereka sebagai satu kerjaya dengan pendapatan tinggi. Katanya, setiap pengasuh hanya perlu menjalani kursus dan memenuhi syarat tertentu bagi membolehkan mereka memperoleh lesen dan mendapat bantuan subsidi daripada Kerajaan Negeri. “Sebelum ini, memang bantuan diberi kepada yang berdaftar (taska institusi) sahaja, jadi kita lihat ini perlu diolah supaya yang di rumah juga boleh dapat bantuan. “Saya teliti dan

Exco: Selangor Perlu Lebih Banyak Taska

SHAH ALAM, 21 OGOS : Kerajaan Selangor sedang giat menaiktaraf pusat penjagaan kanak-kanak di rumah (home-based nurseries) menerusi program Si Kembar bersama pakar-pakar pendidikan anak-anak bagi memenuhi piawai kelayakan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska). Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata usaha itu diambil bagi menampung keperluan rakyat. “Kerajaan Selangor sentiasa bersedia untuk sebarang perkongsian dan pelaksanaan mekanisme terbaik bersama Kerajaan Persekutuan bagi isu ini,” ujarnya. Serentak dengan usaha ini, Kerajaan Negeri turut meneliti dasar perancangan bandar untuk memperuntukkan tapak-tapak khusus bagi mendirikan Taska. Buat masa ini, pusat penjagaan kanak-kanak hanya menggunakan rumah-rumah

Rodziah : Program Kebajikan Bantu Golongan Sasaran, Jana Pendapatan

SHAH ALAM : Program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan diperluaskan supaya lebih ramai lagi golongan OKU, kanak-kanak, warga emas dan miskin akan mendapat pembelaan. Kerajaan Selangor kini telah mengenalpasti 10,000 yang tergolong sebagai kumpulan sasaran di atas dan sedang berusaha untuk menaikkan taraf hidup mereka. Setakat ini 538 daripada jumlah tersebut telah mendapat bantuan daripada kerajaan negeri dan dapat dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan, kata Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail. “Kita akan terus giatkan supaya peratusan golongan bebas masalah ini bertambah dari masa ke semasa,” katanya di dalam satu temuramah eksklusif bersama Selangorkini baru-baru