Taska di rumah bantu wanita jana pendapatan

Shah Alam – Skim SiKembar bukan sahaja menolong ibu bapa berpendapatan rendah menghantar anak ke taska, malah membuka peluang bagi suri rumah dan ibu tunggal menjana pendapatan dengan membuka taska sendiri. Skim yang memberi RM100 bagi seorang kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah itu mendapat respons positif daripada kalangan wanita yang berminat mengusahakan pusat jagaan secara persendirian di rumah. Oleh itu Kerajaan Negeri mengadakan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak bagi melatih bakal usahawan, khususnya wanita untuk membuka taska mereka sendiri. Nor Suhazianty Saufi, 32, pengasuh kanak-kanak persendirian dari Cheras, Kuala Lumpur, memuji langkah Kerajaan Negeri yang membuka peluang untuk suri rumah dan

Kerajaan Selangor Sediakan RM100 Bantuan Taska Pada Keluarga Miskin

SHAH ALAM 7 MEI : Bagi berjuta-juta ibu seperti perkerja kantin Umi Kalsum Harun, tekanan kos hidup yang semakin meningkat menjadi kekuatiran yang terpaksa dihadapi setiap bulan dengan suami. Akan tetapi beban mereka diringankan apabila mereka dipilih untuk menyertai program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Sikembar) Kerajaan Selangor. Umi Kalsum, 36, adalah antara peserta pertama ke dalam program Sikembar yang memperuntukan RM100 bagi menghantar seorang anak ke Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Suami bekerja di kilang. Kami mempunyai tiga orang anak. Gaji kami tidak banyak dan dalam masa yang sama kami sibuk bekerja jadi memang akan menghantar anak