37,626 kanak-kanak terima pendidikan awal

Pembangunan pendidikan di Selangor kian berkembang di bawah pelaksanaan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang berjaya membantu 37,626 penerima sejak dilaksanakan, pada Julai 2012. Skim itu menyalurkan bantuan subsidi RM50 setiap bulan dalam bentuk yuran yang disalurkan terus kepada tadika atau PASTI berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor. Peruntukan itu akan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai keluarga berpendapatan bawah RM3,000 bagi seisi  keluarga dengan syarat ibu, bapa dan anak lahir atau tinggal, di Selangor. Melalui skim berkenaan, ia mensasarkan pemberian pendidikan dari tadika kepada kanakkanak supaya mereka mendapat manfaat pendidikan awal demi masa hadapan yang lebih sempurna. Ia juga selaras hasrat Kerajaan Negeri dalam merancakkan lagi pelan pembangunan pendidikan menerusi skim ini yang  menumpukan sasaran kepada pendidikan kanak-kanak tadika, di Selangor. Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak  Sepanjang pelaksanaan skim ini,

Hari Terbuka Tadika Taska Daerah Petaling 2016/2017

Hari Terbuka Tadika Taska Daerah Petaling 2016/2017 Tarikh: 27 November 2016 (Ahad) Mula: 9.00 pagi – 2.00 Petang Lokasi: Shah Alam Convention Centre, Selangor Aktiviti : Taklimat dan Pendaftaran Skim Tunas, Skim Sikembar & Skim Tawas 2017 Pameran dan Pendaftaran Tadika & Taska Daerah Petaling 2017 Pameran dan Pendaftaran Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) “Parenting Talk” Pertandingan mewarna, bakat kanak-kanak, dan lain-lain    

Skim Tunas Selangor tumpu tingkat pendidikan Tadika seluruh negeri

SHAH ALAM, 1 OGOS : Kerajaan Negeri giat merancakkan lagi pelan pembangunan pendidikan negeri menerusi Skim Tunas Selangor dengan tumpuan sasaran kepada pendidikan kanak-kanak tadika seluruh negeri. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata insiatif tersebut digerakkan supaya semua peringkat umur kanak-kanak mendapat manfaat pendidikan jangka panjang. “Kerajaan Selangor memandang serius tentang perkembangan sektor pendidikan di Selangor terutamanya pendidikan awal kanak-kanak. “Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, kerajaan negeri berharap agar setiap anak-anak yang lahir di negeri ini mendapat pendidikan sebaik mungkin terutamanya pada peringkat awalan,” katanya. Beliau berkata demikian pada

Pentadbiran RMSB bergabung YAWAS

Syarikat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mencapai pesetujuan bersama untuk menggabungkan operasi di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Sebagaimana yang telah dipersetuji, semua kakitangan RMSB akan diserap sepenuhnya di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bermula pada 17hb Oktober 2016 yang lalu.  Penggabungan ini adalah untuk memantapkan lagi perkhidmatan kepada warga Selangor. Sejak dari tahun 2008 RMSB telah mentadbir beberapa program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti : Skim Mesra Usia Emas Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar)  Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) Skim Kesihatan Wanita Selangor Pusat Dialisis Rakyat (sebelum dikeluarkan daripada MES)

Kamsani dilantik Pengurus Besar YAWAS

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 13 OKT: Kamsani Nasir dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), berkuatkuasa 1 September lalu. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan YAWAS, pelantikan Kamsari itu bagi mengantikan Bekas Pengurus Besar, Mohd Nor Mohd Zin. Selain itu, dimaklumkan operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd kini beroperasi sepenuhnya di bawah pengurusan syarikat YAWAS, berkuatkuasa 17 Oktober ini. Segala urusan surat-menyurat berkaitan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah kendalian YAWAS & RMSB perlu dialamatkan di pejabat YAWAS yang terletak di Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000

441 warga Sabak Bernam terima insentif Kerajaan Negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD SABAK BERNAM, 2 SEPT: Seramai 441 penduduk Sabak Bernam menerima insentif Kerajaan Negeri menerusi pelbagai program bantuan jangka panjang di Dataran Niaga Bagan Terap, Sungai Besar, hari ini. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan itu diberikan ekoran peningkatan kos sara hidup rakyat masa kini yang mendorong ia diteruskan ke seluruh negeri. “Untuk meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan rakyat majmuk dan berbilang kaum, pelbagai program bantuan dirangka dan diterjemahkan kepada rakyat. “Pelaksanaan program bantuan ini memberi impak sosial kepada rakyat khususnya di kawasan pinggir bandar,” katanya. Penyerahan bantuan khas meliputi serahan Plak

Exco: Kelewatan bayaran TUNAS diteliti

SHAH ALAM, 4 OGOS: Kerajaan Negeri akan meneliti isu kelewatan pembayaran Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) seperti dibangkitkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia termasuk mengambil kira sekiranya peruntukan itu boleh disalurkan terus kepada Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) untuk tujuan pembayaran. Katanya, model pembayaran secara terus itu dilihat banyak membantu proses pembayaran Skim Kesihatan Wanita dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR). “Kelewatan antara lain berpunca daripada senarai permohonan yang terpaksa dibuka semula kerana tidak lengkap. “Permohonan juga semakin meningkat selain peruntukan yang

Statistik Skim Tunas untuk tempoh 1 Julai 2008 sehingga 30 Jun 2016

Berikut adalah statistik pencapaian Skim Tunas untuk tempoh 1 Julai 2008 sehingga 30 Jun 2016. 1. Jumlah Keseluruhan Pendaftaran Anak-anak  TUNAS sehingga 30.06.2016 2. Pecahan Pendaftaran Anak-Anak Tunas Mengikut Kaum Sehingga 30.06.2016 3. Pecahan Pembayaran Tunas Mengikut Daerah Sehingga 30.06.2016 4. Pecahan Pembayaran Tunas Mengikut Tahun Sehingga 30.06.2016

Bantuan pendidikan berterusan bukti Kerajaan Negeri peduli rakyat

Oleh: NAEEM RAFFI KUALA KUBU BHARU, 22 MEI: Komitmen berterusan Kerajaan Negeri memperkasa sektor pendidikan melalui pelbagai skim bantuan mendapat reaksi positif dan sokongan padu warga pendidik. Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Escot, M Vijayakumar, 28, menzahirkan rasa terharu atas Bantuan Pendidikan Selangor yang diterima sekolahnya, sejak empat tahun lalu. Katanya, bantuan lebih RM100,000 itu memberi manfaat dan banyak membantu ke arah penambahbaikan kemudahan serta pendidikan di sekolahnya. “Melalui bantuan ini, kita berupaya menyediakan kemudahan dan persekitaran belajar lebih kondusif. Kita juga berjaya membina makmal komputer bernilai RM50 ribu. “Kesannya, keputusan peperiksaan pelajar semakin bertambah

Lebih 20,000 terima manfaat TUNAS sejak 2012

SHAH ALAM, 16 FEB: Lebih 20,000 anak negeri ini menerima manfaat Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) sejak diperkenalkan pada 2012. Pegawai Operasi TUNAS, Abdul Mutalib Islan, berkata kesedaran ibu bapa terutama dalam kalangan golongan muda menyumbang kepada peningkatan pendaftaran dari tahun ke tahun. Katanya, peningkatan itu juga meliputi ibu bapa di kawasan bandar dan luar bandar. “TUNAS kini menjadi keperluan dan bukan lagi pilihan buat mereka terutama dalam menghadapi kos sara hidup. “Skim ini pastinya membantu ibu bapa menyediakan pendidikan awal buat anak-anak secara percuma,” katanya kepada SelangorKini. Setakat 15 Februari 2016, sebanyak 9,000 permohonan baru berserta 5,000 permohonan semula