Buat pemeriksaan payudara tiga tahun berturut

SHAH ALAM, 14 OKT: Golongan wanita disaran mengambil kesempatan membuat pemeriksaan mammogram percuma menerusi Skim MammoSel, sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut bagi mengesan kanser payu dara lebih awal. EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kesukaran mengesan sel kanser lebih awal. “Mammogram ini bukan sekali buat, bila dapati kita bebas daripada kanser payudara, bukan bermakna kita bebas sepenuhnya. “Wanita sekurang-kurangnya perlu buat selama tiga tahun berturut-turut, selepas itu barulah boleh berhenti sekejap dan kemudian buat semula pemeriksaan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Media Selangor pada program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

MammoSEL: 30,456 wanita terima manfaat

SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya 30,465 wanita 35 tahun keatas sudah menerima manfaat daripada Skim Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSEL) setakat ini. Statistik terkini program di bawah Inisiatif Peduli Rayat (IPR) itu menunjukkan lebih RM3.4 juta sudah dibelanjakan bagi menjayakan program itu. Skim Kesihatan Wanita Selangor itu ditubuhkan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri membuktikan bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun keatas. Program MammoSEL secara percuma itu dilancarkan pada 6 November 2010, di Hulu Langat

Program Mammogram DUN Batu Tiga diteruskan Ramadan ini

SHAH ALAM, 31 MEI : Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga meneruskan inisiatif membantu golongan wanita di kawasan DUN berkenaan dengan menawarkan tawaran pemeriksaan Mammogram percuma. Ahli Dewan Negerinya (ADN), Rodziah Ismail berkata, perkhidmatan itu diteruskan sepanjang Ramadan ini. “Bagi memenuhi permintaan bertambah ramai daripada peserta pemeriksaan mammogram di DUN Batu Tiga Ramadan ini, DUN Batu Tiga akan melaksanakan perkhidmatan percuma Mamogram pada setiap Sabtu dan bukan lagi pada Selasa dan malam Jumaat. “Perubahan ini bagi mennghormati Ramadan sepanjang bulan ini,” katanya di Facebook. Sesi pemeriksaan akan dijalankan di KPJ Seksyen 20 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang.

MammoSel terus dapat sambutan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan wanita di seluruh DUN. Terbaru, 90 wanita dari DUN Kota Anggerik menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB), baru-baru ini. Menerusi Facebook, pemeriksaan itu dijalankan secara berperingkat di Saujana Utama membabitkan pelbagai peringkat usia.  Program terbabit dikolalakn Penyelia PWB Kota Anggerik, Fida Viantymala Sakdin di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 18 selama dua hari berturut-turut, pada 18 dan 19 April lalu. MammoSel yang dilancarkan pada 6 November 2010 bertujuan memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma

DUN Batu Tiga tawar pemeriksaan Mamogram percuma

SHAH ALAM,7 FEB : Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menawarkan sesi pemeriksaan Mamogram percuma kepada kaum wanita di negeri ini. Ahli Dewan Negerinya, Rodziah Ismail berkata, sesi tersebut terbuka kepada wanita berumur 35 tahun ke atas. “Tarikh pemeriksaan untuk pendaftaran terkini iaitu pada 17 Februari di KPJ Selangor Seksyen 20 bermula jam 6.00 petang hingga 9 malam. “Untuk pendaftaran orang awam perlu menyertakan nama penuh berserta dua salinan kad pengenalan, alamat dan nombor telefon di talian 0192676879,” katanya. Terdahulu, Kerajaan Negeri meneruskan program tersebut sebagai inisiatif bagi menimbulkan kesedaran optimum terhadap bahaya penyakit kanser dalam kalangan wanita. Program pemeriksaan

Program MammoSel terus disemarakkan

SHAH ALAM, 19 DIS: Seramai 26 wanita dari DUN Bukit Antarabangsa menerima perkhidmatan Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) secara percuma di Hospital Columbia Asia, Setapak, baru-baru ini. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, program di bawah agenda Merakyat Ekonomi Selangor (MES) itu turut mendapat kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dari semua DUN.  “Seluruh wanita di Selangor disarankan untuk menyertai program ini bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum. “Kerajaan Negeri amat menitikberatkan soal kesihatan terutama golongan wanita,” katanya dalam kenyataan. Golongan wanita berusia 40 tahun ke atas layak mendapatkan perkhidmatan itu secara percuma

Haniza komited mahu wanita sihat

PETALING JAYA – Sekurangkurangnya 27 wanita dari Taman Sri Manja dan Medan Pejasa, di sini, menjalani pemeriksaan kesihatan Mammogram percuma anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Medan di Hospital Columbia Asia, Petaling Jaya, baru-baru ini. Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, pihaknya komited memastikan seramai mungkin golongan wanita di kawasannya menikmati produk kebajikan yang ditawarkan Kerajaan Negeri. “Wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri, jadi kita mahu memastikan kesihatan mereka terus terjaga dalam keadaan optimum. Barah payudara pembunuh senyap utama kepada wanita. “Penganjurannya juga menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri yang mensasarkan 1 juta wanita menerima manfaat program,” katanya.

4,552 terima manfaat SKW sejak 2015

OLEH NAZLI BRAHIM SHAH ALAM, 9 NOV: Seramai 4,552 wanita menerima manfaat daripada Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) dengan peruntukan RM575,643.80 sejak 2015 hingga 30 September lalu. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, program yang dilancarkan sejak 2010 itu bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap aspek pembangunan juga kesejahteraan negeri.   “Kempen Jelajah MammoSel turut diperkenalkan dengan kerjasama Majlis Kanser Negara (MAKNA) dan BP Healthcare bagi memenuhi keperluan pemeriksaan saringan mammogram peserta luar bandar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong di Dewan

Pentadbiran RMSB bergabung YAWAS

Syarikat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mencapai pesetujuan bersama untuk menggabungkan operasi di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Sebagaimana yang telah dipersetuji, semua kakitangan RMSB akan diserap sepenuhnya di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bermula pada 17hb Oktober 2016 yang lalu.  Penggabungan ini adalah untuk memantapkan lagi perkhidmatan kepada warga Selangor. Sejak dari tahun 2008 RMSB telah mentadbir beberapa program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti : Skim Mesra Usia Emas Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar)  Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) Skim Kesihatan Wanita Selangor Pusat Dialisis Rakyat (sebelum dikeluarkan daripada MES)

Kamsani dilantik Pengurus Besar YAWAS

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 13 OKT: Kamsani Nasir dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), berkuatkuasa 1 September lalu. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan YAWAS, pelantikan Kamsari itu bagi mengantikan Bekas Pengurus Besar, Mohd Nor Mohd Zin. Selain itu, dimaklumkan operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd kini beroperasi sepenuhnya di bawah pengurusan syarikat YAWAS, berkuatkuasa 17 Oktober ini. Segala urusan surat-menyurat berkaitan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah kendalian YAWAS & RMSB perlu dialamatkan di pejabat YAWAS yang terletak di Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000