Pentadbiran RMSB bergabung YAWAS

Syarikat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mencapai pesetujuan bersama untuk menggabungkan operasi di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Sebagaimana yang telah dipersetuji, semua kakitangan RMSB akan diserap sepenuhnya di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bermula pada 17hb Oktober 2016 yang lalu.  Penggabungan ini adalah untuk memantapkan lagi perkhidmatan kepada warga Selangor. Sejak dari tahun 2008 RMSB telah mentadbir beberapa program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti : Skim Mesra Usia Emas Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar)  Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) Skim Kesihatan Wanita Selangor Pusat Dialisis Rakyat (sebelum dikeluarkan daripada MES)

Kamsani dilantik Pengurus Besar YAWAS

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 13 OKT: Kamsani Nasir dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), berkuatkuasa 1 September lalu. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan YAWAS, pelantikan Kamsari itu bagi mengantikan Bekas Pengurus Besar, Mohd Nor Mohd Zin. Selain itu, dimaklumkan operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd kini beroperasi sepenuhnya di bawah pengurusan syarikat YAWAS, berkuatkuasa 17 Oktober ini. Segala urusan surat-menyurat berkaitan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah kendalian YAWAS & RMSB perlu dialamatkan di pejabat YAWAS yang terletak di Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000

100 wanita DUN Sementa terima manfaat pemeriksaan kesihatan

OLEH SYASYA SUFIAN SHAH ALAM, 9 OKT: Seramai 100 wanita dari DUN Sementa mendapatkan manfaat pemeriksaan kesihatan melalui Program Skim Kesihatan Wanita atau MammoSel. Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi, berkata seramai 60 wanita menerima pemeriksaan percuma anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita yang diadakan di KPJ Bukit Raja. “Inisiatif itu membolehkan wanita menikmati program mamogram percuma secara lebih dekat. “Ia juga sebagai langkah pencegahan awal daripada kanser payudara,” katanya dalam kenyataan. Manakala sebelum itu, seramai 40 wanita dari DUN Sementa juga mengikuti Skim Kesihatan Wanita Mammogram di KPJ Bandar Baru Klang pada 1 Oktober lalu.   EZY

RM2.03 juta manfaatkan 21,135 peserta Mammogram

PETALING JAYA, 28 FEB: Seramai 21,135 wanita seluruh Selangor sudah menikmati manfaat program Mammogram dengan peruntukan RM2.03 juta setakat Disember 2015. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta setiap tahun bagi menyediakan khidmat saringan mammogram secara percuma. “Daripada jumlah itu, seorang peserta mammogram meninggal dunia akibat kelewatan didiagnosa. “Ketika itu beliau berada pada tahap tiga kanser payudara dan daripada jumlah ini juga seramai 176 orang dikenal pasti mempunyai tanda kanser. “Mereka ini dirujuk ke hospital ataupun pakar untuk rawatan lanjut,” katanya pada program Mammogram Selangor 2016 di Padang Desa Mentari

Kadar pemeriksaan saringan mammogram naik sehingga RM150

PETALING JAYA, 28 FEB: Kerajaan Negeri meluluskan penambahbaikan program Skim Kesihatan Wanita (MammoSel) dengan kenaikan kadar pemeriksaan saringan sehingga RM150. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia meningkat berbanding kadar sebelum ini iaitu RM90 bagi setiap peserta. DAROYAH – TAWAS“Kerajaan Negeri prihatin dengan cabaran semasa pembekal perkhidmatan yang terpaksa berhadapan keadaan ekonomi lemah, kenaikan harga pasaran, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta keperluan menaik taraf teknologi perubatan masa kini. “Malah lebih penting adalah rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dan memuaskan,” katanya. Selain itu, katanya, program itu turut ditambah baik dengan keperluan tambahan pemeriksaan susulan

MammoSel, tujuh rakan kerjasama hospital bersatu

PETALING JAYA, 28 FEB: Program Skim Kesihatan Wanita atau MammoSel yang wujud sejak 2010 akan diperluaskan tahun ini membabitkan tujuh rakan kerjasama hospital seluruh Selangor. Mereka adalah Majlis Kanser Nasional (MAKNA), National Cancer Society Malaysia (NSCM), Columbia Asia Hospital, BP Healthcare, KPJ Hospital, Darul Ehsan Medical Center (DEMC) dan Salam Medical Center. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata inisiatif itu membolehkan wanita menikmati program mamogram percuma secara lebih dekat. “Kerjasama ini akan memudahkan wanita mendapatkan perkhidmatan lebih dekat dan diharapkan lebih ramai tampil kehadapan menerima manfaat secara percuma ini. “Ia sebagai satu langkah pencegahan

Periksa payudara percuma

Seramai 11,000 wanita bakal menerima perkhidmatan pemeriksaan kanser payudara melalui program ‘Mobile Unit Reaching Nationwide with Information’ (Murni). Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi (PKR-Sementa) berkata Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Pusat Wanita Berdaya (PWB) supaya wanita mendapat perkhidmatan percuma itu. “Kita mahu memperluaskannya secara menyeluruh melalui kerjasama PWB dan DUN seluruh negeri,” katanya menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga) 6 April lalu. Murni memudahkan wanita khususnya luar bandar memperoleh perkhidmatan pemeriksaan kanser payudara tanpa perlu ke hospital melalui penggunaan van merah jambu yang menjelajah ke semua 56 DUN (DUN).