SMUE bukti pembelaan terhadap warga emas

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) antara Insiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diperkenalkan bagi membolehkan kumpulan warga  emas berusia 60 tahun ke atas menikmati manfaat sebahagian daripada hasil negeri. Mula diperkenalkan pada 2008, SMUE dilaksanakan bertujuan membantu keluarga warga emas berdaftar yang meninggal  dunia dengan memberikan insentif RM2,500. Fasa pertama RM1,000 diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap yang diserah dan disahkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala baki RM1,500 diserahkan selepas 60 hari dari tarikh serahan pertama, dalam satu majlis khas. Menyingkap semula syarat kelayakan pemohon, warga emas yang layak mendaftar adalah warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas sama ada lahir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebelum 1  Febuari 1974. Warga emas yang sedang menetap di

Warga emas perlu ambil peluang daftar SMUE

SHAH ALAM, 8 SEPT: Rakyat di Selangor berusia 60 tahun ke atas disarankan mendaftar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi memastikan bantuan RM2,500 dapat disalurkan kepada waris terdekat untuk mengurangkan kos pengurusan kematian. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, sekiranya mereka sudah melepasi had umur tetapi tidak mendaftar, ia akan menimbulkan kesukaran menuntut wang pendahuluan RM1,000. “Apabila meninggal dunia, waris boleh menuntut di Pusat Khidmat DUN dan RM2,500 dibayar dalam dua fasa. “Fasa pertama waris akan menerima RM1,000 dan baki akan dibayar dalam fasa kedua,” katanya laporan Sinar Harian. Menurutnya, bantuan tersebut dapat digunakan untuk

Selangor bayar RM211.8 juta kepada waris SMUE sehingga Julai

SHAH ALAM, 6 SEPT: Walaupun berhabis berbilion ringgit, namun kebajikan rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan terus mendapat keutamaan Kerajaan Negeri termasuk ketika berhadapan dengan detik kehilangan orang tersayang. Hal ini dapat dilihat apabila sehingga 31 Julai 2017, Kerajaan Negeri membelanjakan RM211,877,000 untuk khairat kematian kepada waris peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi membantu meringankan tanggungan perbelanjaan urusan pengkebumian dan urusan lain selepas kematian si mati. Statistik terbaru dikeluarkan laman sesawang Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi program yang diperkenalkan selepas Pakatan menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008 itu juga menunjukkan sebanyak 83,964 keluarga atau waris si mati telah menerima bayaran

Kaji mekanisme IPR, terus bantu warga emas

SHAH ALAM, 25 JULAI: Mekanisme pelaksanaan bantuan di bawah Program Insentif Peduli Rakyat (IPR) dikaji semula bagi memastikan golongan emas berkelayakan menerima manfaat. Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, inisiatif itu dijalankan membabitkan kerjasama Kumpulan Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB). Katanya, ia sebahagian daripada komitmen penambahbaikan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ke arah perancangan dasar lebih bermanfaat kepada golongan sasar. “Pengurusan RMSB dan YAWAS masih belum mengemukakan cadangan baru kepada Kerajaan Negeri, namun RMSB diminta mengkaji mekanisme pelaksanaan manfaat lain selain fokus kepada program yang memberi impak lebih besar kepada ahli SMUE dengan mengambil

Semua urusan libat wang dijaga penuh integriti

SHAH ALAM, 4 APR: Kerajaan Negeri menafikan dakwaan tidak telus dalam menguruskan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pembayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah yayasan itu diselesaikan dalam tempoh dua bulan dengan syarat semua dokumen lengkap.  “Pemberian RM1,000 diberikan pada fasa pertama dan fasa kedua untuk warga emas, RM1,500 akan diberikan selepas 2 bulan daripada penyerahan dokumen dari pejabat DUN ke pejabat daerah. “Jadi, maknanya, RM1,000 dipegang oleh Adun dan RM1,500 dipegang pejabat daerah. Beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) akan menyerahkan wang bantuan SMUE kepada waris

Akaun SMUE sudah, 1MDB dan Permata bila lagi nak dedah?

PETALING JAYA, 23 MAC: Bagi membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawaban memikul amanah menguruskan pembayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin mendedahkan kesemua akaun dan dokumen bayaran kepada penerima manfaat skim terbabit. Pengerusi Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga dituntut mengambil langkah sama bagi menafikan segala salah laku kerana membabitkan dana pembayar cukai. “Saya rasa tak salah sesiapa nak bertanya. Jamal juga boleh bertanya soalan kerana kita berurusan dengan wang pembayar cukai tetapi jabatan atau agensi kerajaan jangan terlalu defensif. “Bila Bee Yin persoal akaun Permata, apa yang perlu dilakukan

MP di KL juga dibekal kad ATM SMUE

SHAH ALAM, 14 MAC: Penggunaan kad ATM bagi bayaran wang ikhsan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) turut dibekalkan kepada Ahli Parlimen (MP) PAKATAN di Kuala Lumpur bagi memudahkan mereka membantu Kerajaan Negeri menjayakan program berkenaan. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, kenyataan itu ekoran timbul kekeliruan sebelum ini berkenaan perkara terbabit. “Semasa menjawab pertanyaan media semalam, saya menyatakan bahawa kad ATM untuk program SMUE hanya dikeluarkan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor. “Bagaimanapun, setelah disemak saya diperjelaskan bahawa Ahli Parlimen PAKATAN di Kuala Lumpur juga boleh dibekalkan kad ATM