JANGAN LEPASKAN PELUANG SERTAI PEDULI SIHAT

SUNGAI BULOH, 16 JAN: Masyarakat di Selangor diseru supaya tidak melepaskan peluang menyertai skim Peduli Sihat yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2017. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri memperuntukan RM125 juta bagi membantu rakyat negeri itu meringankan tanggungan masing-masing untuk mendapatkan rawatan ketika memerlukan. “Rakyat perlu mengambil manfaat daripada usaha Kerajaan Negeri ini di mana setiap keluarga diperuntukan sebanyak RM500 untuk mendapat rawatan di klinik dalam Selangor,” katanya pada Program Exco Turun Padang di Dewan Pangsapuri Kuang Raya di sini, semalam. Jelasnya, Kerajaan Negeri berusaha sedaya mungkin bagi memastikan rakyat di

RM125 juta bantu rakyat Selangor nikmati Skim Peduli Sihat

SHAH ALAM, 20 DIS: Kerajaan Negeri memperuntukan RM125 juta bagi tujuan perbelanjaan Skim Peduli Sihat bagi meringankan beban masyarakat Selangor dari segi kos rawatan kesihatan. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, skim berkenaan bakal memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan RM1,500. “Kita anggarkan satu juta rakyat di Selangor bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan skim ini yang akan dimulakan Januari depan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini. Beliau berkata, pelaksanaan skim berkenaan meliputi tawaran pemberian kad kesihatan berjumlah RM500 setahun bagi inidividu berkeluarga dengan pendapatan RM3,000 ke bawah dan RM1,500

1,000 klinik swasta seluruh Selangor, bakal tawar Skim Peduli Sihat

SHAH ALAM, 20 DIS: Klinik-klinik swasta di seluruh negeri disaran menyertai program ‘Skim Peduli Sihat’ yang bakal dilancarkan Kerajaan Negeri, bermula Januari depan. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, penyertaan tersebut boleh dibuat menerusi pendaftaran bersama Selgate Corporation. “Dianggarkan sebanyak 1,000 klinik swasta seluruh negeri akan menjadi panel klinik bagi pelaksanaan Skim Peduli Sihat ini. “Inisiatif ini bagi memudahkan rakyat mendapatkan akses rawatan yang lebih murah dan berdekatan dengan tempat tinggal mereka,” katanya. Maklumat mengenai pendaftaran tersebut boleh dibuat menerusi atas talian di www.pedulisihat.com, atau mendafat di pusat khidmat seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebelum

MB ajak rakyat daftar Skim Peduli Sihat

SHAH ALAM, 9 DIS: Rakyat Selangor khususnya kelompok B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan disarankan untuk mendaftar di bawah Skim Peduli Sihat bagi mendapatkan rawatan hospital secara percuma. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali berkata, pemohon yang layak boleh mendaftar secara atas talian di https://pedulisihat.com atau melalui pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) berdekatan. “Skim ini terbahagi kepada dua iaitu kategori A akan menerima manfaat kelebihan isi kad RM500 setahun dan tiada had jenis rawatan atau perubatan tertakluk kepada syarat kelayakkan. “Manakala, kategori B untuk individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah

Tak kisah berbelanja besar – Janji rakyat sihat

Seseorang bertanya kepada pengamal perubatan: “ Apakah itu kebahagiaan?” Pengamal perubatan menjawab: “Anda akan nikmati kebahagiaan bila badan sihat” Seseorang bertanya pula kepada ahli kitab: “ Apakah itu kebahagiaan?” Ahli kitab ringkas menjawab: “kesihatan itu nikmat di dunia, sementara keampunan nikmat di akhirat,” Menikmati hidup yang sihat menjadi impian dan harapan panjang setiap insan. Tanggungjawab memastikan kesihatan itu bertahan wajar digalas individu, masyarakat dan pemerintah. Atas amanah besar itu, Kerajaan Negeri menyambut baik, memperhalusi selanjutnya merangka pelan kesihatan terbaik untuk rakyat Selangor. Maka terhasilah ‘Skim Peduli Sihat’. Skim Peduli Sihat Walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan sehebat Putrajaya, namun Selangor memiliki

Skim Peduli Sihat disegerakan

SHAH ALAM – Skim Peduli Sihat yang diumumkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Selangor 2017 akan dilancarkan penghujung tahun ini ekoran permintaan mendesak daripada ramai pihak. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan memilih beberapa daerah untuk melaksanakan projek perintis bagi memastikan prosesnya berjalan lancar. “Kita mahu perkara ini bukan sahaja cantik di atas kertas tetapi disegerakan dengan persiapan membabitkan syarat kelayakan, operasi prosedur standard, risalah juga keperluan lain dimaklumkan kepada pejabat daerah dan ketua kampung. “Saya sendiri akan turun mendaftarkan rakyat untuk membuktikan komitmen Kerajaan Negeri,” katanya. Mohamed Azmin berkata, skim terbabit sama sekali berbeza dengan

Selangor laksana Skim Peduli Sihat hujung tahun ini

SHAH ALAM, 3 NOV: Skim Peduli Sihat yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Negeri 2017, akan dilancarkan hujung tahun ini. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia ekoran permintaan mendesak dari ramai pihak yang mahukan skim itu dilancarkan segera kerana memberi manfaat kepada rakyat. Katanya, pihaknya akan memilih beberapa daerah untuk melaksanakan projek perintis. “Saya sudah memaklumkan kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, supaya ia dilancarkan segera. Kita mahu perkara ini bukan sahaja cantik di atas kertas tetapi juga disegerakan. Jadi, skim ini kita akan lancarkan sebelum hujung tahun ini. “Semua persiapan membabitkan syarat kelayakan, operasi prosuder standard,

Skim Peduli Sihat perlu diperluas

SHAH ALAM, 2 NOV: Walaupun dibiayai subsidi, namun kos perubatan di hospital kerajaan didapati masih tinggi hingga memberi tekanan kepada golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan. Justeru, Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin mencadangkan Skim Peduli Sihat diperluaskan ke hospital kerajaan bagi meringankan beban golongan memerlukan. “Saya mendapat tahu ada pesakit kanser yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa membayar ubat hingga beratus ringgit dan tentunya jumlah ini menyebabkan golongan kurang berkemampuan tertekan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini. Sementara itu, ketika menyentuh isu lain,

Selangor perkenal skim rawatan kesihatan percuma untuk keluarga B40

SHAH ALAM, 31 OKT: Disebalik langkah Kerajaan Persekutuan memotong perbelanjaan bagi sektor kesihatan, Kerajaan Negeri sebaliknya memperuntukan RM125 juta setahun bagi melaksanakan Skim Peduli Sihat di negeri itu. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, skim itu bakal menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan percuma bagi 250 ribu keluarga atau satu juta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. “Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap tahap kesihatan rakyat yang boleh menjejaskan produktiviti. Biarpun Kerajaan Negeri tidak mempunyai sumber pendapatan sebesar Putrajaya, namun kita memiliki rasa kepedulian yang raksasa. “Kerajaan Negeri memperkenalkan skim perlindungan perubatan dan kesihatan (medical and