Pendaftaran Peduli Siswa mula dibuka hari ini

SHAH ALAM, 1 FEB: Anak Selangor yang menuntut di universiti awam diharap tidak melepaskan peluang menyertai Program Khas Peduli Siswa. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sejumlah RM10 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membiayai pengajian menerusi pinjaman tanpa faedah. Katanya, ia juga berbentuk pinjaman boleh ubah berdasarkan kecemerlangan akademik menerusi pencapaian Prestasi Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir pelajar. “Melalui Belanjawan Selangor 2017, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan inisiatif baru ini bagi membantu anak Selangor yang ingin menyambung pelajaran di universiti awam. “Universiti berkenaan adalah Universiti Islam Antarabangsa (UIA),