Jom mohon Program Khas Peduli Siswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri

SHAH ALAM, 18 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mempelawa anak Selangor yang berminat untuk memohon Program Khas Peduli Siswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri. Mohamed Azmin berkata, program terbabit dilaksanakan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri bagi memudahkan anak Selangor melanjutkan pengajian menerusi skim biasiswa dan pinjaman. “Kerajaan Negeri guna kekayaan negeri untuk memudahkan anak Selangor melanjutkan pengajian dengan skim biasiswa dan pinjaman serta hadiah istimewa. “Inisiatif ini menggunakan hasil negeri dan mengupayakan ilmu anak muda Selangor. Ia bertujuan mengangkat anak muda melalui program biasiswa dan pinjaman,” katanya. Permohonan Program Khas Peduli Siswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor tanpa

Pendaftaran Peduli Siswa mula dibuka hari ini

PENDIDIKAN SELANGOR   February 1, 2017 11:43 am SHAH ALAM, 1 FEB: Anak Selangor yang menuntut di universiti awam diharap tidak melepaskan peluang menyertai Program Khas Peduli Siswa. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sejumlah RM10 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membiayai pengajian menerusi pinjaman tanpa faedah.  Katanya, ia juga berbentuk pinjaman boleh ubah berdasarkan kecemerlangan akademik menerusi pencapaian Prestasi Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir pelajar. “Melalui Belanjawan Selangor 2017, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan inisiatif baru ini bagi membantu anak Selangor yang ingin menyambung pelajaran di universiti