TAWAS: Insentif Istimewa Khas Anak-Anak Selangor

Kerajaan Negeri terus mengambil inisiatif membantu anak-anak kelahiran Selangor menerusi Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), yang juga antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. Program tersebut diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat di mana permohonan perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun. Pada 17 Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Bermula dari 1 Mac 2014, Skim

285,267 ahli TAWAS berdaftar setakat ini

SHAH ALAM, 19 OKT: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) merekodkan 285,597 ahli berdaftar dengan 285,267 masih hidup manakala baki 330 sudah meninggal dunia, setakat hari ini. Tinjauan SelangorKini di laman rasmi TAWAS juga menunjukkan 128,409 ahli sudah menerima penyata, sementara 156,858 masih belum menerimanya. Berdasarkan statistik, bangsa Melayu mencatatkan ahli tertinggi dengan 194,377 diikuti Cina (51,659), India (31,509) dan lain-lain (7,722). Pendaftaran tertinggi diterima, pada 2014 dengan 49,566 berbanding pendaftaran diterima pada tahun pertama, 2008 dengan 23,842 sahaja. Untuk tahun ini, setakat 19 Oktober, TAWAS menerima 14,850 permohonan namun hanya 9,815 didapati layak. Diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), TAWAS

280,568 ahli TAWAS sejak 2008

SHAH ALAM, 3 SEPT: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mencatatkan 280,568 ahli berdaftar dengan 280,246 masih hidup dan baki 322 sudah meninggal dunia, setakat hari ini. Tinjauan di laman rasmi TAWAS juga menunjukkan 128,412 ahli sudah menerima penyata sementara 151,834 masih belum menerimanya. Berdasarkan statistik, bangsa Melayu mencatatkan ahli tertinggi dengan 190,509 diikuti Cina (50,993), India (31,155) dan lain-lain (7,589). Pendaftaran tertinggi diterima pada 2013 dengan 47,901 berbanding pendaftaran diterima pada tahun pertama, 2008 dengan 23,844 sahaja. Untuk tahun ini, setakat 2 September, TAWAS menerima 11,020 permohonan, namun hanya 7,304 didapati layak. Diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), TAWAS terbuka

Lebih 270,000 peserta TAWAS sejak 2008

SHAH ALAM, 1 JUN: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mencatatkan 272,356 ahli berdaftar dengan 272,049 masih hidup dan baki 309 sudah meninggal dunia, setakat hari ini. Tinjauan di laman rasmi TAWAS juga menunjukkan 128,419 ahli sudah menerima penyata sementara 143,630 masih belum menerimanya. Berdasarkan statistik, bangsa Melayu mencatatkan ahli tertinggi dengan 184,367 diikuti Cina (49,851), India (30,467 dan lain-lain (7,364). Pendaftaran tertinggi diterima pada 2013 dengan 47,901 berbanding pendaftaran diterima pada tahun pertama, 2008 dengan 23,844 sahaja. Untuk tahun ini, TAWAS menerima 4,367 permohonan, namun hanya 3,177 permohonan didapati layak untuk menerima skim berkenaan, setakat Mei lalu. Diuruskan Yayasan Warisan

Kaunter TAWAS luar JPN dapat sambutan

SHAH ALAM – Yayasan Tabung Anak Warisan Selangor (YAWAS) mengambil pelbagai langkah bagi memastikan anak kelahiran Selangor tidak ketinggalan menerima pelbagai manfaat dengan menyertai Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS). Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Pengurusan Acara YAWAS, Atikah Akma Ramly berkata, antaranya langkah membuka tujuh kaunter pendaftaran TAWAS di luar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). “Sehingga kini, YAWAS mempunyai tujuh kaunter di luar pejabat JPN dan mempunyai perancangan untuk menambahnya, pada masa akan datang. “ Pe m b u k a a n kaunter di luar pejabat JPN sa-ngat membantu meningkatkan jumlah pendaftaran TAWAS kerana JPN tempat ibu bapa mendaftar kelahiran

YAWAS salur RM292,800

SHAH ALAM – Yayasan Anak Warisan Selangor (YAWAS) sudah membelanjakan RM292,800 untuk membayar khairat kematian kepada waris peserta Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS) yang meninggal dunia sebelum usia 18 tahun. Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Pengurusan Acara YAWAS, Atikah Akma Ramly berkata, pembayaran khairat kematian itu adalah salah satu manfaat yang diterima peserta TAWAS. “Jumlah pembayaran khairat kematian TAWAS adalah RM292,800, sehingga 2 Mac lalu. “Bagaimanapun, YAWAS sentiasa mendoakan setiap peserta TAWAS dipanjangkan usia dan mereka akan menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun,” katanya kepada SelangorKini, di sini. Sementara itu, statistik status pendaftaran TAWAS sehingga 4 Mac lalu mencatatkan

Orang ramai beratur panjang serbu kaunter TAWAS

SUNGAI BULOH, 26 FEB: Program Penyampaian Penyata dan Pendaftaran Baru Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang diadakan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mendapat sambutan luar biasa. Hal ini terbukti apabila SelangorKini mendapati orang ramai mula beratur panjang sebaik sahaja kaunter TAWAS dibuka pada jam 8.30 pagi. Eksekutif Perhubungan Awam & Pengurusan Acara YAWAS, Noor Hayati Bibid berkata, pihak YAWAS menjemput seramai 5,560 peserta berdaftar TAWAS untuk hadir mengambil penyata dan kad keahlian TAWAS. “Fokus program ini untuk ahli berdaftar di kawasan DUN Paya Jaras, Kuang dan Bukit Lanjan dengan

Orang luar teringin sertai Tawas, rakyat Selangor jangan lepas peluang

SUNGAI BULOH, 26 FEB: Penduduk di Selangor disarankan supaya tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang disediakan Kerajaan Negeri untuk rakyatnya. Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata antara program terbabit adalah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang turut menarik perhatian rakyat negeri lain. “Sejak 2008 Kerajaan Negeri tidak meletakkan syarat hanya pengundi sahaja yang dapat manfaat program Kerajaan Negeri tetapi bukan pengundi seperti kanak-kanak juga boleh dapat manfaat seperti TAWAS di mana bila umur dia mencecah 18 tahun dia akan dapat RM1,500 seorang. Kalau dalam keluarga itu ada tiga anak, dah

PULAU INDAH MENJADI DESTINASI PERTAMA PROGRAM SERAHAN PENYATA SIMPANAN TAWAS BAGI TAHUN 2017

OLEH HAYATI YAWAS PULAU INDAH, 5hb Februari 2017 – Awal Februari lalu, Pulau Indah buat julung kalinya mengadakan Program Semarak Kasih Jiran Sekampung yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Sungai Pinang, Kampung Perigi Nenas , Kampung Teluk Nipah dan Kampung Sungai Tembung.  Karnival yang diadakan selama 2 hari itu telah dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat DUN Pelabuhan Klang .YAWAS turut dijemput bagi membuka kaunter serahan penyata, kad  dan kaunter pendaftaran Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Menurut Encik Azmizam Zaman Huri, Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, beliau mahu penduduk-penduduk di kawasan Pulau Indah ini cakna dan tidak terlepas segala maklumat

TAWAS semakin popular, catat keahlian lebih 250,000

SHAH ALAM, 21 JAN: Angka penyertaan anak kelahiran Selangor dalam skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) terus meningkat kepada 258,530 sejak dilancarkan pada Jun 2008. Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 258,253 masih hidup sementara 277 sudah meninggal dunia. Pendaftaran ahli tertinggi dicatatkan bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan. Sementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,32o sahaja. Bagi 2016, lebih 24,148 permohonan diterima, namun 19,370 yang lulus. Daripada pecahan kaum, Melayu mendahului dengan 173,785 ahli (67%) diikuti Cina 48,051 ahli (19%) sementara India 29,376 ahli (11%) dan lain-lain 7,041 ahli