Orang ramai beratur panjang serbu kaunter TAWAS

SUNGAI BULOH, 26 FEB: Program Penyampaian Penyata dan Pendaftaran Baru Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang diadakan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mendapat sambutan luar biasa. Hal ini terbukti apabila SelangorKini mendapati orang ramai mula beratur panjang sebaik sahaja kaunter TAWAS dibuka pada jam 8.30 pagi. Eksekutif Perhubungan Awam & Pengurusan Acara YAWAS, Noor Hayati Bibid berkata, pihak YAWAS menjemput seramai 5,560 peserta berdaftar TAWAS untuk hadir mengambil penyata dan kad keahlian TAWAS. “Fokus program ini untuk ahli berdaftar di kawasan DUN Paya Jaras, Kuang dan Bukit Lanjan dengan

Orang luar teringin sertai Tawas, rakyat Selangor jangan lepas peluang

SUNGAI BULOH, 26 FEB: Penduduk di Selangor disarankan supaya tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang disediakan Kerajaan Negeri untuk rakyatnya. Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata antara program terbabit adalah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang turut menarik perhatian rakyat negeri lain. “Sejak 2008 Kerajaan Negeri tidak meletakkan syarat hanya pengundi sahaja yang dapat manfaat program Kerajaan Negeri tetapi bukan pengundi seperti kanak-kanak juga boleh dapat manfaat seperti TAWAS di mana bila umur dia mencecah 18 tahun dia akan dapat RM1,500 seorang. Kalau dalam keluarga itu ada tiga anak, dah

PULAU INDAH MENJADI DESTINASI PERTAMA PROGRAM SERAHAN PENYATA SIMPANAN TAWAS BAGI TAHUN 2017

OLEH HAYATI YAWAS PULAU INDAH, 5hb Februari 2017 – Awal Februari lalu, Pulau Indah buat julung kalinya mengadakan Program Semarak Kasih Jiran Sekampung yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Sungai Pinang, Kampung Perigi Nenas , Kampung Teluk Nipah dan Kampung Sungai Tembung.  Karnival yang diadakan selama 2 hari itu telah dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat DUN Pelabuhan Klang .YAWAS turut dijemput bagi membuka kaunter serahan penyata, kad  dan kaunter pendaftaran Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Menurut Encik Azmizam Zaman Huri, Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, beliau mahu penduduk-penduduk di kawasan Pulau Indah ini cakna dan tidak terlepas segala maklumat

TAWAS semakin popular, catat keahlian lebih 250,000

SHAH ALAM, 21 JAN: Angka penyertaan anak kelahiran Selangor dalam skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) terus meningkat kepada 258,530 sejak dilancarkan pada Jun 2008. Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 258,253 masih hidup sementara 277 sudah meninggal dunia. Pendaftaran ahli tertinggi dicatatkan bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan. Sementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,32o sahaja. Bagi 2016, lebih 24,148 permohonan diterima, namun 19,370 yang lulus. Daripada pecahan kaum, Melayu mendahului dengan 173,785 ahli (67%) diikuti Cina 48,051 ahli (19%) sementara India 29,376 ahli (11%) dan lain-lain 7,041 ahli

Terima kasih ringankan beban

SUBANG JAYA, 7 DIS: Dengan kos sara hidup semakin meningkat naik, nilai baucar RM50 bagi program Back To School di mata golongan memerlukan amat bermakna. Ibu kepada empat anak, Arabiah Basir, 37, terharu dan berterima kasih atas inisiatif Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu. “Dengan nilai itu saya dapat menyediakan stokin, baju dan tudung sekolah baru buat anak saya. “Melihat anak tersenyum, apa lagi yang lebih bererti dalam hidup ibu bapa. Saya bersyukur atas bantuan ini,” katanya yang ditemui di pasar raya Mydin USJ, di sini. Beliau merupakan salah seorang daripada 120 penerima yang diraikan di Majlis Penyampaian Baucar Back

Ahli TAWAS kini 251,354

SHAH ALAM, 2 DIS: Seramai 251,354 anak kelahiran Selangor berjaya mendaftar sebagai ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak dilancarkan pada Jun 2008. Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 251,094 ahli masih hidup sementara 260 sudah meninggal dunia.  Pendaftaran tertinggi dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan. Sementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,32o sahaja. Bagi 2016, lebih 18,000 permohonan diterima, namun 15,262 yang lulus, sehingga hari ini. Dalam perkembangan lain, seramai 113,410 ahli sudah menerima penyata, manakala baki 135,684 belum. Setiap ahli TAWAS layak menerima RM1,500 apabila mereka

Statistik Keseluruhan TAWAS sehingga 22.11.2016

  Sehingga 22/11/2016, status pendaftaran TAWAS adalah seperti berikut : 2.  Manakala, bagi status pendaftaran TAWAS mengikut pecahan bangsa bagi ahli masih hidup adalah seperti berikut : 3.  Berikut merupakan laporan pendaftaran TAWAS mengikut tahun kelahiran bagi ahli masih hidup sehingga 22/11/2016 : 4.  Berikut adalah laporan bagi pengeluaran penyata TAWAS sehingga 22/11/2016 :

Mangsa banjir terima bantuan RM1,050

OLEH NAZLI IBRAHIM KLANG, 17 OKT: Sebanyak 35 keluarga yang terkesan akibat fenomena air laut pasang besar, pada 30 September lalu, menerima sumbangan bantuan sekurang-kurangnya RM1,050. Sumbangan itu membabitkan RM300 daripada Kerajaan Negeri, RM300 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), RM250 sumbangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa dan Yayasan Islam Darul Ehsan sebanyak RM200. Selain itu, Yayasan Warisan Anak Selangor turut menyumbang sebanyak RM200 bagi setiap ahli keluarga yang berdaftar sebagai ahli Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS). Selain bantuan kewangan, keluarga mangsa turut diberikan bantuan makanan kering seperti beras . Bantuan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin

Kamsani dilantik Pengurus Besar YAWAS

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 13 OKT: Kamsani Nasir dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), berkuatkuasa 1 September lalu. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan YAWAS, pelantikan Kamsari itu bagi mengantikan Bekas Pengurus Besar, Mohd Nor Mohd Zin. Selain itu, dimaklumkan operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd kini beroperasi sepenuhnya di bawah pengurusan syarikat YAWAS, berkuatkuasa 17 Oktober ini. Segala urusan surat-menyurat berkaitan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah kendalian YAWAS & RMSB perlu dialamatkan di pejabat YAWAS yang terletak di Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000