Ahli TAWAS kini 251,354

SHAH ALAM, 2 DIS: Seramai 251,354 anak kelahiran Selangor berjaya mendaftar sebagai ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak dilancarkan pada Jun 2008. Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 251,094 ahli masih hidup sementara 260 sudah meninggal dunia.  Pendaftaran tertinggi dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan. Sementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,32o sahaja. Bagi 2016, lebih 18,000 permohonan diterima, namun 15,262 yang lulus, sehingga hari ini. Dalam perkembangan lain, seramai 113,410 ahli sudah menerima penyata, manakala baki 135,684 belum. Setiap ahli TAWAS layak menerima RM1,500 apabila mereka

Statistik Keseluruhan TAWAS sehingga 22.11.2016

  Sehingga 22/11/2016, status pendaftaran TAWAS adalah seperti berikut : 2.  Manakala, bagi status pendaftaran TAWAS mengikut pecahan bangsa bagi ahli masih hidup adalah seperti berikut : 3.  Berikut merupakan laporan pendaftaran TAWAS mengikut tahun kelahiran bagi ahli masih hidup sehingga 22/11/2016 : 4.  Berikut adalah laporan bagi pengeluaran penyata TAWAS sehingga 22/11/2016 :

Mangsa banjir terima bantuan RM1,050

OLEH NAZLI IBRAHIM KLANG, 17 OKT: Sebanyak 35 keluarga yang terkesan akibat fenomena air laut pasang besar, pada 30 September lalu, menerima sumbangan bantuan sekurang-kurangnya RM1,050. Sumbangan itu membabitkan RM300 daripada Kerajaan Negeri, RM300 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), RM250 sumbangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa dan Yayasan Islam Darul Ehsan sebanyak RM200. Selain itu, Yayasan Warisan Anak Selangor turut menyumbang sebanyak RM200 bagi setiap ahli keluarga yang berdaftar sebagai ahli Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS). Selain bantuan kewangan, keluarga mangsa turut diberikan bantuan makanan kering seperti beras . Bantuan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin

Kamsani dilantik Pengurus Besar YAWAS

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 13 OKT: Kamsani Nasir dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), berkuatkuasa 1 September lalu. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan YAWAS, pelantikan Kamsari itu bagi mengantikan Bekas Pengurus Besar, Mohd Nor Mohd Zin. Selain itu, dimaklumkan operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd kini beroperasi sepenuhnya di bawah pengurusan syarikat YAWAS, berkuatkuasa 17 Oktober ini. Segala urusan surat-menyurat berkaitan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah kendalian YAWAS & RMSB perlu dialamatkan di pejabat YAWAS yang terletak di Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000

YAWAS saran penyertaan syarikat swasta bantu ahli TAWAS

KLANG, 30 JUN : Syarikat swasta disaran tampil menyokong usaha Kerajaan Negeri membangunkan program kebajikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Penolong Pengurus Pemasaran, Sharizan Shariff, berkata penglibatan tersebut diyakini mampu meringankan beban ahli TAWAS meneruskan kehidupan, walaupun dilanda musibah. “Kita bermula secara aktif sejak tahun lalu, namun agak sukar untuk kami untuk dapatkan sumbangan itu agak terbatas kerana dana kita bukan ditaja (sepenuhnya) oleh Kerajaan Negeri. “Pihak kami berharap supaya lebih banyak anak syarikat swasta dapat menyumbang dalam merealisasikan hasrat kita membantu ahli TAWAS,” katanya kepada SelangorKini. Terdahulu, anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta menjadi penyumbang terbesar dana bantuan sebanyak

Sokong usaha pelbagai pihak, realisasi Selangor negeri kebajikan – Dr Daroyah

OLEH ERMIZI MUHAMAD SHAH ALAM, 1 JUL : Kerajaan Negeri menyambut baik sebarang usaha daripada pelbagai pihak untuk menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia termasuklah inisiatif syarikat korporat dan individu yang menyumbang kepada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). “Saya berharap dan menyeru semua anak-anak syarikat Kerajaan Selangor, syarikat swasta mahupun individu agar dapat memberikan sokongan pada usaha mereka dengan menyumbang kepada tabung kebajikan seluruh negeri. “Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan menyokong sepenuhnya usaha begini agar negeri Selangor terus diiktiraf sebagai sebuah negeri maju yang menjaga kebajikan rakyatnya,” katanya dalam

YAWAS pertimbang sedia taska, kemudahan pendidikan ahli TERAS

KLANG, 30 JUN : Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mempertimbang untuk menyediakan kemudahan taska kepada ahli TERAS melibatkan 56 kawasan DUN di seluruh negeri. Penolong Pengurus Pemasarannya, Sharizan Shariff, berkata pihaknya kini sedang mengumpulkan dana bagi tujuan pelaksanaan pelan jangka panjang itu. “Selain aspek kebajikan, objektif kami menjurus kepada pembangunan modal insan dan pendidikan. “Untuk bidang pendidikan itu, kita bercadang untuk menyediakan taska khas untuk ahli TAWAS dari keluarga kurang berkemampuan seluruh negeri. “Namun cadangan tersebut masih diperingkat awal kerana kekangan utama kita adalah soal dana,” katanya kepada SelangorKini. Dalam perkembangan sama, YAWAS sebelum ini giat merangka pelan jangka panjang

‘Sentuhan kasih’ Kerajaan Negeri, prihatin nasib anak yatim TAWAS

KLANG, 30 JUN : Program Kebajikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagai inisiatif Kerajaan Negeri membantu ahli TAWAS yang kehilangan ibu bapa, sakit kronik dan terlibat dalam bencana alam seperti banjir. Terbaru, sumbangan bantuan Syawal dihulurkan kepada ahli TAWAS, Dhiya Qaysara (10 bulan), kehilangan bapanya Mohamed Ilahi akibat kompilasi kuman, Mei lalu. Nurun Naeemah Abdul Kalam, 28, menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan sumbangan. “Saya dan suami sebelum ini mendaftar anak kami di bawah program ini awal tahun lalu selepas dimaklumkan kebaikan menyertai program ini. “Selepas suami pergi meninggalkan saya dan anak, pihak TAWAS memaklumkan saya layak dengan

SELANGOR ‘Sentuhan kasih’ Kerajaan Negeri, prihatin nasib anak yatim TAWAS

OLEH : ERMIZI MUHAMAD KLANG, 30 JUN : Program Kebajikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagai inisiatif Kerajaan Negeri membantu ahli TAWAS yang kehilangan ibu bapa, sakit kronik dan terlibat dalam bencana alam seperti banjir. Terbaru, sumbangan bantuan Syawal dihulurkan kepada ahli TAWAS, Dhiya Qaysara (10 bulan), kehilangan bapanya Mohamed Ilahi akibat kompilasi kuman, Mei lalu. Ibunya, Nurun Naeemah Abdul Kalam, 28, menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan sumbangan. “Saya dan suami sebelum ini mendaftar anak kami di bawah program ini awal tahun lalu selepas dimaklumkan kebaikan menyertai program ini. “Selepas suami pergi meninggalkan saya dan anak, pihak

Bapa kematian anak terima RM1,500

OLEH AFEEQA AFEERA SHAH ALAM, 28 MEI: Seorang bapa yang kehilangan anaknya ekoran jangkitan kuman pada otak Disember tahun lalu merima khairat kematian Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bernilai RM1,500. Sumbangan diserahkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari kepada Mohd Farid Mohd Sani di kediamannya, pada 25 Mei lalu. Kanak-kanak berdaftar di bawah skim TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun, layak menerima khairat kematian. Ibu bapa boleh membuat tuntutan itu dengan melaporkannya di pejabat TAWAS atau di mana-mana pusat khidmat DUN di kawasan tempat tinggal. Pada masa sama, Dr Yaakob turut mengajak orang ramai