Bapa terharu terima sumbangan khairat kematian anak RM1,500

SHAH ALAM, 21 APR: Bapa kepada tiga orang anak melahirkan rasa gembira atas keprihatinan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menghulurkan bantuan khairat kematian kepada keluarganya. Taslim Mohd Kassim, 29 dan isterinya, Noraishah Mohd Shukri, 29 baru sahaja kehilangan anak bongsu mereka berusia lima bulan ekoran penyakit jantung dan hati menerima sumbangan RM1,500. Taslim, peniaga daging, berkata sumbangan terbabit dihulurkan tepat pada masa kerana ia sedikit sebanyak membantu keluarganya dalam kehidupan seharian. “Terima kasih kepada pihak Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Kerajaan Negeri atas bantuan ini. Kami sekeluarga sangat terharu,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui. Beliau menyifatkan pemberian bermakna itu

54 keluarga mangsa banjir terima bantuan

KLANG – Sebanyak 54 keluarga mangsa banjir DUN Meru menerima sumbangan RM200 bagi setiap anak berdaftar di bawah program kebajikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Eksekutif Kanan Perhubungan Awam YAWAS, Atiqah Akma, berkata bantuan berkenaan adalah inisiatif berterusan TAWAS dalam memastikan aspek kebajikan ahlinya tidak dipinggirkan. “Sumbangan yang kita dapat daripada pelbagai syarikat korporat dan individu tertentu, kita agihkan kepada ahli TAWAS kurang bernasib baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Sumbangan TAWAS. Bantuan disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Abdul Rani Osman di Masjid Asy Syariff, Meru Klang pada 29 April lalu. Sementara itu penerima bantuan, Elyzan Mohd

YAWAS terus konsisten bantu masyarakat

KLANG – Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mendapat kelulusan pengecualian cukai daripada Kementerian Kewangan Malaysia sehingga tahun berakhir 2016. Pengurus Besarnya, Mohd Nor Mohd Zin, berkata proses terbabit membolehkan YAWAS melaksanakan program bantuan jangka panjang sekali gus mampu memberi manfaat kepada masyarakat memerlukan. “Alhamdulillah YAWAS mendapat kelulusan pengecualian cukai di bawah subsekyen 44(6) ACP 1967 daripada pihak kementerian. “Kelulusan ini membolehkan pihak YAWAS mewujudkan tabung dikenali sebagai Tabung Generasi YAWAS (TERAS) apabila penyumbang layak menerima rebat cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya. Beliau berkata demikian menerusi kenyataan disampaikan Esekutif Kanan Perhubungan Awam YAWAS, Atiqah Akma pada Majlis

YAWAS terus konsisten bantu masyarakat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD KLANG, 30 APR : Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mendapat kelulusan pengecualian cukai daripada Kementerian Kewangan Malaysia sehingga tahun berakhir 2016. Pengurus Besarnya, Mohd Nor Mohd Zin, berkata proses tersebut membolehkan YAWAS melaksanakan program bantuan jangka panjang sekali gus mampu memberi manfaat kepada masyarakat memerlukan. “Alhamdulillah YAWAS mendapat kelulusan pengecualian cukai di bawah subsekyen 44(6) ACP 1967 daripada pihak kementerian. “Kelulusan ini membolehkan pihak YAWAS mewujudkan tabung dikenali sebagai Tabung Generasi YAWAS (TERAS) apabila penyumbang layak menerima rebat cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya. Beliau berkata demikian menerusi kenyataan disampaikan Esekutif Kanan Perhubungan

Penyumbang Tabung TERAS, terima rebat cukai LHDN 10%

OLEH : ERMIZI MUHAMAD KLANG, 29 APR : Penyumbang kepada Tabung Generasi Yawas (TERAS) layak menerima rebat cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ketetapan itu bagi menarik lebih banyak lagi syarikat swasta dan anak syarikat milik Kerajaan Negeri menyumbang kepada tabung kebajikan itu. “Diharap anak syarikat Kerajaan Negeri, syarikat swasta mahupun individu agar dapat memberikan sokongan kepada usaha ini dengan menyumbang kepada tabung TERAS. “Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan menyokong sepenuhnya usaha seperti ini agar Selangor terus diiktiraf sebagai negeri maju menjaga kebajikan rakyatnya,” katanya.

TAWAS: Tukar SST AmBank kepada Penyata Simpanan untuk manfaat khairat kematian

SHAH ALAM, 21 APR: Pengurusan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menukar Simpanan Tetap-AmBank (SST AmBank) peserta Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bernilai RM100 kepada Penyata Simpanan bernilai RM1,500. Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Pengurusan Acara, Atikah Akma Ramly, berkata penutupan akaun terbabit bagi membolehkan ibu bapa peserta menerima manfaat tambahan, khairat kematian. “Kita menyarankan ibu bapa prihatin dengan hebahan kami ini. TAWAS ketika ini giat memberi hebahan kepada ibu bapa yang belum menukar sijil simpanan kepada penyata simpanan ini. “Ia bertujuan memudahkan urusan ibu bapa peserta mendapat faedah yang diberikan,” katanya kepada SelangorKini. Atikah berkata, bagi ibu bapa yang

TAWAS: Lebih 200,000 kanak-kanak terima manfaat

SHAH ALAM, 8 APR: Seramai 224,794 kanak-kanak seluruh Selangor sudah menikmati manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) setakat 8 April (hari ini). Mengikut statistik dikeluarkan TAWAS, hanya 22,348 pemohon gagal dari jumlah keseluruhan 257,538 permohonan diterima. TAWAS (1) Jumlah itu terus meningkat berbanding 204,500 peserta Disember tahun lalu. Daripada jumlah permohonan itu, sebanyak 3,004 terdiri daripada permohonan yang tidak lengkap dan 37 permohonan belum disemak. Manakala, bagi status pendaftaran TAWAS mengikut pecahan bangsa pula seramai 148,912 (66 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, 43,007 (19 peratus) kaum Cina dan India seramai 26,630 (12 peratus) serta lain-lain seramai 6,245 (3 peratus). TAWAS

2,774 permohonan layak terima TAWAS

SERI SERDANG – Sebanyak 2,774 permohonan di DUN Seri Serdang layak menerima manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008. Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail, berkata sambutan itu di DUN berkenaan menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan. Beliau berkata pihaknya turut giat menjalankan kempen penerangan berterusan sebagai galakan kepada orang ramai yang layak untuk memohon faedah daripada program itu. “Setiap kali pergi ke ceramah, kita sebarkan maklumat mengenai program ini, malah ia turut diuar-uarkan melalui akhbar Selangor Kini termasuk penerangan kepada ibu bapa yang datang ke pejabat DUN. “Selain program Tawas, agenda MES lain turut mendapat

Hanya Selangor ada Program Jom Shopping TAWAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM SUNGAI BULOH, 16 JAN: Kerajaan Selangor merupakan satu-satunya Kerajaan Negeri yang mengadakan program Jom Shopping menerusi pelbagai skim untuk rakyatnya, kata Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman. Kata Mohd Khairuddin, antara program Jom Shoping yang diadakan seperti Jom Shoping Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Jom Shopping sempena perayaan dan Jom Shopping Kembali Ke Sekolah untuk peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).  “Program ini adalah tanda sokongan Kerajaan Negeri kepada rakyat tidak mengira politik dan tidak kira mereka adalah pengundi atau tidak sebab ini adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri. “Program Kembali Ke Sekolah TAWAS 2009 ini adalah julung-julung kali

‘Back To School’ bantu ringankan beban ibu bapa

Nor Az Azlan bersama sebahagian penerima sumbangan Program Tawas di Pasir Penambang. PASIR PENAMBANG – Beban lebih 100 ibu bapa diringankan menerusi sumbangan ‘Back To School’ Program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas). Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad berkata, seramai 134 anak penduduk dipilih menyertai program itu yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008 lagi. “Program Tawas antara agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Selangor. “Ketika rakyat dihimpit pelbagai bebanan dan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali komited membantu