3,588 kemudahan Wifi Smart Selangor

SHAH ALAM, 28 MAC: Sebanyak 3,588 perkhidmatan jaringan Wifi Smart Selangor telah diwujudkan sejak bermula pelaksanaannya pada Disember 2015 sehingga Disember 2017. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia merangkumi penambahan liputan wifi di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh dua tahun berkenaan. “Sebanyak 12 PBT di Selangor, termasuk iaitu di bandar dan luar bandar dalam tempoh berkenaan telah menunjukkan peningkatan lokasi hotspot. Antaranya adalah Majlis Bandaraya Shah Alam daripada 399 kepada 607, Majlis Bandaraya Petaling Jaya daripada 377 kepada 563, Majlis Perbandaran Subang Jaya (321 kepada 519), manakala Majlis

Wifi Smart Selangor capai 20.7 juta penggunaan

Pemerkasaan inisiatif Wifi Smart Selangor yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah komponen penting dalam pembangunan Smart Digital Eco-System, negara ini. Usaha itu, sekali gus meletakkan Selangor sebagai sebuah negeri berteknologi dan berdaya saing seiring hasrat Kerajaan Negeri untuk mengaplikasikan pembangunan Smart State menerusi pemberdayaan Internet Of Things. Inisiatif berterusan itu dilaksanakan secara komprehansif meliputi keperluan kemudahan Wifi Smart Selangor yang turut dinikmati masyarakat bukan sekadar di bandar, namun turut dirasai masyarakat pinggir bandar. Permulaannya, perkhidmatan wifi percuma mula dilaksanakan sebagai keperluan ‘digital lifestyle’ untuk memastikan rakyat di negeri itu menerima informasi tepat dan bebas. Keperluan itu disifatkan bersesuaian dengan Enakmen Kebebasan

RM22 juta bangunkan infrastruktur digital

OLEH LIZAWATI MADFA SHAH ALAM, 31 OKT: Sejumlah RM22 juta diperuntukkan bagi membangun infrastruktur digital di Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, RM14 juta disediakan untuk membangunkan Smart Digital Eco-system merangkumi Big Data Command & Control Centre juga Smart Apps Development Platform. Katanya, baki RM8 juta pula diperuntukkan untuk Internet of Things (IoT) enabler dan pemerkasaan WiFi Smart Selangor yang merupakan komponen penting dalam pembangunan Smart Digital Eco-system. “Big Data Analytics memainkan peranan kritikal, merangkumi prinsip 3V iaitu ‘high volume’, ‘high velocity’ dan ‘high variety’ yang bernilai tinggi. “Kita membayangkan Big Data Analytics dapat

Portal MES perlu dikemaskini

OLEH : NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 29 MAC: Laman sesawang Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu dikemaskini bagi membolehkan pengguna melayari atau mendapatkan informasi berkenaan program Kerajaan Negeri itu. Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Ying, berkata hal itu juga bagi mengelakkan orang ramai tidak salah faham dengan berita palsu yang banyak disampaikan menerusi aplikasi Whatsapp. “Bila kita sebut mahu menjadikan Selangor sebagai Smart Stateterkemuka dunia dan ‘internet of things’ sudah tentu langkah utama ia diambil kira. “Bagaimana mencapai Smart State jika laman sesawang utama seperti program MES tidak dikemaskini,” katanya yang membahas titah ucapan DYMM Sultan Selangor, Sultan

Wifi Selangorku di 2,200 kawasan lagi akhir Disember

Oleh: SYASYA SUFIAN PETALING JAYA: Sebanyak 1,735 lokasi hotspot siap dipasang Wifi Selangorku membabitkan seluruh Selangor, sehingga 15 Disember lalu. Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata baki 2,200 kawasan hotspot bakal siap dipasang selewatnya akhir bulan ini.  Katanya, ia bagi melestarikan masyarakat berinfomasi, maka perkhidmatan Wifi Selangorku memberi kemudahan akses kepada pengguna dengan perkembangan isu semasa. “Lokasi hotspot yang dipilih adalah kawasan tumpuan awam berdasarkan sasaran kita kepada empat golongan iaitu belia dan pelajar, berpendapatan rendah, mereka yang tinggal di luar bandar dan lokasi tumpuan pelancong . “Semua wifi hotspot yang dipasang menggunakan teknologi Fiber Optic dengan kelajuan minima

WiFi Smart Selangor perlu diperluas seiring permintaan tinggi

Oleh : NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 4 NOV: Cadangan pemasangan 2,500 hotspot WiFi Smart Selangor menjelang Disember tahun ini di sambut baik. Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bahru), berkata Kerajaan Selangor perlu memperluaskan kemudahan wifi percuma itu di masa hadapan.  Katanya, usaha terbabit perlu dilakukan secara berperingkat seiring negara maju seperti Singapura. “Pemasangan kemudahan itu perlu dipertingkat memandangkan permintaaan wifi percuma adalah tinggi. “Singapura sudah memasang 10,000 hotspot dan 10,000 hotspot lagi pada 2016 bagi mencapai jumlah 20,000 hotspot. “Populasi penduduk Selangor agak sama dengan Singapura. Maka, jumlah hotspot WiFi Smart Selangor tidak boleh jauh ketinggalan dengan jumlah hotspot Wireless@SG,”

MB: Wifi Selangorku pemacu pelaburan luar negara

Oleh: NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 22 SEP: Pelancaran Wifi Selangorku mampu menarik pelaburan dalam dan luar negara ke Selangor. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata hal itu kerana Wifi merupakan kemudahan asas yang penting bagi menarik minat pelabur.  “Pelaksanaan kemudahan ini kita zahirkan komitmen Kerajaan Negeri semasa pembentangan Belanjawan tahun lalu. “Kita berjaya menyediakan kemudahan ini kepada semua golongan. Ini adalah jaminan hubungan desa dan bandar dihubungkan tanpa ada kawasan terpisah,” katanya kepada pemberita. Mohamed Azmin berkata kemudahan itu juga dapat melonjakkan pertumbuhan ‘Urban Growth’ termasuk modal insan tenaga kerja berteknologi tinggi bagi tujuan komunikasi dari pelajar dan masyarakat.