Dua pusat penjagaan kanak-kanak istimewa terima RM200,000

SHAH ALAM, 18 JULAI: Sekurang-kurangnya RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri kepada dua pusat penjagaan kanak-kanak istimewa.

Sumbangan RM100,000 disampaikan Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang (PKIK) di Taman Kajang Utama.

“Dengan menitikberatkan tiga modul iaitu intervensi awal, terapi dan latihan, kanak-kanak istimewa ini dididik untuk lebih berdaya saing dan akhirnya berjaya dan mampu memiliki pekerjaan sektor awam mahupun swasta.

DAROYAH (1)“Semoga suntikan dana ini menjadi pemangkin semangat kepada usaha berterusan PKIK dalam memperjuangkan masa depan anak-anak istimewa di negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara Peruntukan Dana Pendidikan Khas dibawah Early Intervention Program (EIP) RM100,000 disalurkan kepada Kiwanis Down Syndrome yang berpusat di Petaling Jaya.

Kini seramai 135 anak-anak istimewa di Kiwanis Down Syndrome mendapatkan terapi empat kali seminggu.DAROYAH (6)DAROYAH (5)DAROYAH (4)DAROYAH (3)DAROYAH (2)

OLEH NAEEM RAFFI (selangorkini.my)

Admin2

Leave Comment :