DUN Sementa sumbang 500 peralatan sekolah

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa mengagihkan 500 beg sekolah kepada peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tahun satu yang terpilih.

Menurut kenyataan, program “Back To School” DUN Sementa itu berlangsung semalam dan disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Turut hadir, Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali dan ketua kampung.

Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat, terutama pada zaman ekonomi yang kian meleset.

Pada masa sama, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) turut menyumbangkan 500 pakaian seragam sekolah.

Mohd Jaafarudin berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan seiring matlamat MBI menuju ke arah kebajikan dan membantu meringankan beban ibu bapa.

“MBI dan Kerajaan Negeri sentiasa komited melaksanakan CSR dalam meneruskan pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat,” katanya dalam kenyataan.

OLEH SHEEDA FATHIL (Selangorkini.my)

Admin1