9-sikembar

FAQ ASUH PINTAR

1. Soalan: Di manakah boleh saya mendapat borang Program ASUH PINTAR?

Jawapan: Sila dapatkan borang berkenaan di pejabat Rantaian Mesra Sdn Bhd. Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam Tel: 03-5481 8800 Faks: 03-5524 2068

Borang boleh dimuat turun di siniĀ Klik di sini

2. Soalan: Bagaimana kalau tidak ada slip gaji kerana bekerja sendiri?

Jawapan: Sila buat surat akuan mengenai pendapatan diri/keluarga, dan dapatkan sokongan pengesahan dari JKKK, Nazir Masjid, Pengerusi Taman, atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

3. Soalan: Adakah setiap tahun perlu diperbaharui permohonan?

Jawapan: Skim ini dihadkan untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Jadi, apabila sudah sampai umur 4 tahun, mereka yang telah berada di bawah skim ini dengan sendirinya terkeluar. Kerana itu perlulah memperbaharui permohonan bagi memastikan hanya yang berumur bawah 4 tahun sahaja menyertai skim ini.

4. Soalan: Bagaimanakah cara pembayaran?

Jawapan: Yuran TASKA sebanyak RM100 sebulan, untuk seorang anak akan dibayar kepada pihak TASKA.

5. Soalan: Berdekatan rumah saya ada TASKA, bolehkah saya menghantar anak saya ke situ dan menyertai Skim ini?

Jawapan: Boleh, asalkan TASKA tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor. Sebaiknya, sila semak SENARAI TASKA di sini.

6. Soalan: Bagaimakah mengetahui permohonan telah berjaya?

Jawapan: Anda boleh menghubungi Pejabat Rantaian Mesra Sdn Bhd, 03-5481 8827 atau semak atas talianĀ di sini.